Peringatan! Jangan sertai perhimpunan. Kita ada matlamat yang lagi besar. Masa hadapan anak murid adalah tanggungjawab kita. Ingat, seorang doktor silap akan menyebabkan seorang pesakit mati, tetapi, jika seorang guru silap rosak satu generasi. Didiklah anak murid kita dengan ikhlas. Didiklah anak kita untuk berkasih sayang dan terangkan kepada mereka tentang keindahan ISLAM. bukan didik anak murid kita dengan kebencian. Kerana, kebencian memusnahkan. Contohi Rasullah dalam mendidik, insyaAllah kita berjaya. Amin..
::Berkenalan::Berkongsi::Bergaul::Berhibur::Belajar::Berfikir::Bertindak::Beriman::Bertawakal::
Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan
Jumaat, 11 Januari 2013
Guru dan pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan
11 Januari 2013
Labels:
anak-anak
Selasa, 22 November 2011
Majlis Khatan Perdana 2011 SKTS
Labels:
anak-anak,
sekolah,
Video CamBest
Isnin, 21 November 2011
UPSR 2011.. Terbaikkk.....
Salam. Hari ini baru petang ini aku buka laptop ni. Baca punya baca, aku terbaca pasal keputusan UPSR. Secara keseluruhan, UPSR 2011 menunjukkan keputusan yang sangat baik semenjak dari UPSR 2008. Walaupun sekolah aku cuma 4 orang sahaja yang mendapat 5A, tetapi, cukup alhamdulillah segalanya masih stabil. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENAT LELAH GURU YANG MENGAJAR. Lepas ini, kena usaha lebih untuk mendapat lebih terbaik dari apa yang telah kita capai. Daripada pengamatan aku tentang UPSR kali ini kat sekolah ini, banyak yang perlu sikap murid-murid itu sendiri perlu diperbaiki. Kebanyakkan mereka mengambil benda ini remeh, lepas UPSR sudah mula lupa diri yang keputusan masih belum keluar dan kurang mendekatkan diri dengan Allah. Cikgunya risau, tetapi anak muridnya masih lagi selamber dan endah tak endah. Ahhh, membebel apa plak aku ni..
Ohh yea, tentang keputusan UPSR ini, kawan2 bolehlah baca selanjutnya di link yang aku berikan. Mungkin ia boleh membantu thesis atau kajian dalaman anda. INsyaAllah...
Tahniah sekali lagi... (^-<)
http://buletinkpm.blogspot.com/2011/11/keputusan-upsr-terbaik-sejak-2008.html
Labels:
anak-anak,
Apa-apa aje..
Rabu, 16 November 2011
Thanks, its inspired me...
Assalam.. begini, sebenarnya semalam, macam biasa aku ke sekolah. Lepas punch card, aku masuk ke bilik guru untuk melepakkan diri. Tup-tup atas meja ada kad buatan tangan. Aku duduk dan baca apa yang dituliskan. Wahh... terkejut and sedikit tersentuh. Rupanya anak murid yang beri aku kad tu. Tak sangka rajin plak dorang buat benda gini tuk aku. hahaha... Aku ambil ini sebagai pemberi semangat pada aku untuk aku bantu dorang menghadapi kehidupan ini. Apa yang ditulis dalam tu? Aku ada ambil pic sikit. malas nak hurai banyak2.huhu.. sekadar berkongsi untuk menjadi lebih baik. Aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik untuk anak murid aku ini. InsyaAllah. Muga ia jalan yang betul untuk aku.. Aminnn...
* Aku tak tau apa korang pk jika aku letak benda macam ini. Ini adalah sesuatu yang beri aku inspirasi untuk aku buat lebih terbaik. Thanks for view..:)
Labels:
anak-anak,
Apa-apa aje..,
Coretan
Sabtu, 15 Oktober 2011
Gambar Lawatan KEMRADS
Tiba di rumah Sri Pahang
Ahli Kemrads lelaki yang berpoyoan.huhuh...
Bas rombongan ahli Kemrads dan kelab Tarian SK Gelang Patah.
Panorama Sri Pahang
Fahim dan Wafiey
Panorama Ladang teh
Jejaka KEMRADS. :P
Gadis KEMRADS. Comey dok?? huhuh...
Jejaka KEMRADS yang nak tunjuk body yang tak seberapa..:P
Haaa.. Cuba jangan tak cuba..:P
KEMRADS di tv... Aku tak dapat masuk, dah penuh.
Tiba di Gerbang IKIM.fm
Panorama Masjid di angkasapuri
KEMRADS dalam kamera rakaman.
Panorama IKIM 1
Panorama IKIM 2
DJ Fairus yang comey wat rakaman..huhuh..
Penyampaian cenderamata oleh Fahim kepada DJ Fairus
Labels:
anak-anak,
Gambar Terbaik,
sekolah
Laporan Lawatan KEMRADS peringkat PPDJB
4
OKTOBER 2011, SELASA
Seawal
jam 7 pagi, semua wakil KEMRADS dan guru pengiring berkumpul di Pejabat Pegawai
Pendidikan Daerah Johor Bahru. Kedatangan diambil bagi memastikan semua guru
dan ahli KEMRADS telah tiba dan berada didalam keadaan yang terbaik. Setiap
sekolah menghantar wakil seorang guru dan 4 orang wakil murid. Hari ini
dimulakan dengan limpahan rahmat hujan yang agak lebat. Jam 7.30 pagi, semua
guru dan wakil PPD menaiki bas dan mendengar sedikit taklimat perjalanan untuk
hari ini daripada En. Aziz How. Jam 8 pagi bas bertolak ke Cameron Highland dan
berhenti di Hentian Machap untuk bersarapan pagi dan menunggu sebuah bas lagi
yang membawa wakil pelajar tarian dari SK Gelang Patah. Selepas 45minit
bersarapan, perjalanan disambung semula. Tiada banyak yang berlaku sehinggalah
semua ahli rombongan berhenti rehat untuk makan tengahari di Hentian R&R
Dengkil. Setelah selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Cameron dan tiba
di sana seawal jam 4.30 petang. Destinasi pertama kami ialah rumah Sri Pahang. Ia adalah
rumah penginapan kami semua. Rumah yang besar, dan selesa untuk diduduki olwh
ahli rombongan seramai 80 orang. Setibanya kami di rumah Sri Pahang, kami
diberi taklimat oleh tuan rumah tentang peraturan berada di sini dan juga
taklimat untuk aktiviti hari ini dan esok pagi sebelum bertolak ke Kuala
Lumpur. Setelah diberi bilik, kami semua berehat dan bersiap untuk pergi ke
Pasar Malan Brinchang jika hujan sudah berhenti. Pada malam hari, tidak banyak
aktiviti ang boleh dibuat kerana hujan masih tidak berhenti. Selepas makan
malam, semua murid berehat dan membuat aktiviti sendiri di dalam bilik
masing-masing. Semua murid tidur jam 10.30 malam kerana kepenatan dan perlu
bangun seawal jam 5 pagi keesokkan harinya.
5 OKTOBER 2011, RABU
Seawal jam 5 pagi, murid telah
dikejutkan dan diarah bersiap untuk berkemas dan solat Subuh. Setelah bersiap
dan solat subuh, semua murid dan guru berkumpul di dataran yang terdapat di
hadapan rumah tersebut untuk menunggu sarapan disiapkan. Jam 8.00 pagi sarapan
sudah disiapkan dan kami semua menjamu selera. Sebelum perjalan diteruskan,
pihak PPD telah mengadakan sesi penyampaian cenderamata kepada tuan rumah Sri
Pahang sedikit ucapan penutup oleh En Aziz dan tuan rumah. Kami meneruskan
perjalanan ke kawasan strawberi dan murid-murid membeli sedikit barang sebagai
tanda ingatan pernah tiba di Cameron. Kami juga telah melawati ladang teh. Di
sini, murid-murid mengenali, bagaimana teh ditanam dan diuruskan sehingga ia
menjadi teh untuk diminum. Kami juga membeli teh segar di sini untuk di bawa
pulang. Jam 12.30 petang, kami keluar dari Cameron dan meneruskan perjalanan ke
Kuala Lumpur melalui jalan penurunan ke Tapah. Sebelum tiba di Kuala Lumpur,
kami berehat untuk makan tengahari di Hentian R&R Tapah. Kami juga
menguruskan solat jamak di situ sebelum meneruskan perjalanan. Kami tiba di
Kuala Lumpur lewat jam 6.30 petang. Sebelum kami ke Pusat Belia
Antarabangsa(IYC), kami berhenti dahulu di Velodrom, Cheras untuk makan malam.
Murid diberi makan sepuasnya sebelum kami ke bilik penginapan di IYC. Tidak
banyak yang dilakukan, murid menerima arahan dari En Aziz untuk berehat dan bersiap
seawal 5 pagi untuk pergi ke Angkasapuri kerana, murid-murid tarian Gelang
Patah perlu berada di sana seawal jam 7 pagi untuk siaran Selamat Pagi Satu
Malaysia.
5 OKTOBER 2011, KHAMIS
Seawal jam 5 pagi murid bangun dan
bersiap. Setelah bersiap, murid berkumpul di tempat menunggu di IYC sebelum
meneruskan perjalanan ke Angkasapuri. Seawal jam 7 pagi, murid semua bergerak
ke sana kerana mereka akan mengadakan persembahan di sana sebagai satu slot
rancangan tersebut. Persembahan ini dibuat oleh murid kelab tarian dari SK
Gelang Patah. Selepas sahaja persembahan dibuat, murid-murid diberi sarapan
dahulu sebelum meneruskan aktiviti pengenalan tentang penyiaran di Angkasapuri
ini. Murid diberi penerangan bermula di bahagian wisma tv dan seterusnya
kebahagian wisma radio. Banyak ilmu yang dipelajari dari 2 wisma ini. Kami di
bawa mengenali set pengambaran, set dj radio dan sebagainya. Di wisma radio,
kami telah dapat membuat hebahan tentang lawatan KEMRADS ini secara langsung di
saluran radio Selangor fm. Hebahan ini dibuat oleh wakil guru yang menyertai
lawatan ini. Di sini, kami pelajari bahawa hendak menjadi DJ radio dan yang
bekerja di bawahnya bukanlah sesuatu tugas sukar, tetapi komitmen yang perlu
diberi adalah maksimum. Tambahan pula, jika di set penyiaran tv, semua bahagian
perlu memainkan watak penting bagi memastikan semua yang dirancang berjalan
lancar, termasuklah dari segi pencahayaan, rakaman dan urusan grafik. Kami juga
dibawa masuk ke dalam dewan Auditorium Perdana di mana berlakunya tempat
rakaman seperti pertandingan bintang RTM, bintang klasik, dan lain-lain lagi.
Kami juga dibawa ke bilik persalinan di mana, kami melihat tempat semua artis
dan juruhebah menukar pakaian. Kami juga di bawa ke tempat persolekan untuk
melihat sendiri bagaimana persolekan itu berlaku. Memang banyak yang kami
pelajari di sana dan 1 hari tidak cukup untuk mempelajari semuanya.
Selepas makan tengahari, kami
meneruskan perjalanan ke Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKIM). Di sini,
kami banyak mempelajari tentang penyiaran radio. Kami belajar bagaimana hendak
membuat log sesuatu slot radio, bagaimana hendak susun iklan, muzik dan
lain-lain lagi. Kami diberi penerangan oleh DJ Fairus dan DJ Sue. Yang
menariknya, murid kita, Fahim, telah diberi kebenaran untuk membaca cerita di
konti tersebut. Tidak cukup dengan itu, ahli KEMRADS juga telah membuat rakaman
pendek pengenalan kepada kelab ini. Jika ada rezeki, kita akan mendengarkan
rakaman tersebut di radio IKIM.fm. Ini akan mempromosikan lagi kelab ini
keserata tempat. Selepas membuat sedikit sesi pengambaran dengan DJ bertugas,
kami semua meneruskan perjalanan untuk pulang ke Johor Bahru. Sebelum tiba di
Johor Bahru, kami berehat untuk makan malam di Hentian Ayer Hitam. Selepas
selesai makan malam dan solat, kami teruskan perjalanan ke PPDJB. Kami selamat
tiba di PPDJB pada jam 9.30 malam. Semua murid pulang ke rumah masing-masing.
Isnin, 26 April 2010
Muridku bernama Farid
Jumaat, April 23 - Pada hari ini, pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan seperti biasa. Topik bahagi menjadikan murid berasa sukar untuk belajar. Murid susah untuk memahami cara menulis bahagi di dalam bentuk lazim. Aku telah cuba sedaya upaya untuk mengajar topik ini dan pulang ke rumah dengan fikiran sentiasa bergerak untuk memikirkan apa yang boleh dibuat untuk memudahkan kefahaman murid di dalam topik bahagi ini.
Sebelum ke masjid untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, aku merehatkan diri dan menenangkan fikiran. Setelah merebahkan diri untuk seketika, aku bangkit dan membersihkan diri dengan niat sunat Jumaat dan bersiap untuk ke surau.
Seperti biasa, guru baru memang menjadi tumpuan oleh murid-murid sekolah. Aku masuk ke masjid dan melakukan solat sunat seperti kebiasaanku. Setelah selesai, aku duduk berzikir dan tiba-tiba aku disapa.
" Cikgu! Cikgu!"
Rupanya muridku Farid. Murid yang terkenal dengan seorang yang kelakar dikalangan murid perempuan, aktif dan sentiasa memberikan yang terbaik di dalam aktiviti kelas. Rupa Farid juga ada dan boleh dikategorikan sebagai murid hensem. Seorang yang mempunyai kelemahan di dalam penglihatan di mana dia menghadapi masalah rabun jauh. Untuk elakkan masalah ini terus berlaku, aku memberikan cermin mata terpakai kepadanya untuk digunakan olehnya ketika belajar.
" Cikgu! Saya tidak fahamlah bahagi 3 nombor tadi."
" Kenapa Farid? Saya rasa kamu faham sahaja tadi." ujarku untuk membalas.
" Tidak fahamlah cikgu...."
" Apa yang kamu tidak faham?" balasku lagi.
" Yang bahagi 3 itulah cikgu..."
Aku menerangkan seberapa boleh dengan menguji dia kembali tentang bahagi 2 nombor. Aku mengatakan bahawa bahagi 3 nombor sama sahaja dengan 2 nombor, yang bezanya adalah ditambah lagi satu nilai tempat. Dia mengangguk faham dan kelihatan mukanya faham apa yang disampaikan. Aku berfikir, perbualan kami terhenti di situ sahaja.
Selang beberapa minit, Farid menulis menggunakan jari dikarpet masjid. Aku jangkakan yang dia membuat aktiviti yang biasa dibuat oleh kanak-kanak apabila kebosanan di masjid atau pun tempat-tempat yang berkarpet. Jangkaanku meleset. Rupanya, dia menulis soalan dan membuat jalan kerja untuk operasi bahagi. Masa itu, hatiku bermonolog sendiri dengan perasaan terharu. " Begitu semangat budak ini hendak memahami bahagi." Aku tersenyum simpul yang aku sendiri tidak tahu macam mana senyum simpul.
" Cikgu! Betul tak? "
Aku mengangguk sahaja. "Yes! Dah faham." Dia membalas. Aku cuma mengukirkan senyuman dengan harapan dapat mendorong lagi dia untuk menguasai topik bahagi.
" Cikgu! Cuba cikgu bagi soalan."
Aku tersentak dan menulis di atas karpet soalannya dan dia melakukan operasi bahagi tersebut. Aku membiarkan sahaja dan sesekali ada juga aku membetulkan pengiraan yang salah. Lebih kurang 3 soalan dia telah berjaya selesaikannya ketika khutbah Jumaat berlangsung.
Perilaku Farid, menyebabkan aku bertambah semangat untuk menjadi seorang pendidik. Semangat dia untuk belajar sentiasa ada tidak kira di mana. Aku juga tidak boleh patah semangat jika ujian yang tiba mungkin sukar bagiku. Aku harap, semua guru dapat memberi yang terbaik untuk anak-anak kita. Moga apa yang kita sampaikan diberkati.
P/s: Di bawah ni, aku sertakan gambar Farid.
Selasa, 18 Ogos 2009
Kelas 4 Nilam....
Hari ini ada jamuan untuk kelas 4 Nilam.. Ya Allah, banyak betul makanannya.. bagus betul mak ayah anak murid tue.. bukan apa, memang best, rajin memasak.. terima kasihnya pakcik dan makcik.. jasa makcik sangat saya kenang.. tadi sebenarnya, jamuan perpisahan coz minggu depan dah exam, so tak sempat.. jadi buat la hari ini. sedihnya bila dipikir semula.. maklum la nak tinggalkan anak-anak.. hee.. tapi serius, sebak la juga tengok muka anak murid tadi.. sedih.. huhuh..
ini ada disediakan video untuk kelas 4 Nilam, dibuat khas oleh Cikgu Sani, guru praktikum dari IPIS. semoga semua terhibur....
ini ada disediakan video untuk kelas 4 Nilam, dibuat khas oleh Cikgu Sani, guru praktikum dari IPIS. semoga semua terhibur....
Isnin, 20 April 2009
Anak-anak ku....
Assalamualaikum...
itu bukan bermaksud dah berkahwin dan mempunyai anak yea... anak-anak itu bermaksud ANAK MURID ku...
Ini adalah gambar mereka sekelas... Ada 40 orang murid semuanya, 16 orang perempuan dan selebihnya adalah lelaki... ramai tu... tapi best la dalam kelas ni... dari kelas yang senyap saja, baik kita mempunyai kelas yang macm ni, tak bising sangat dan tak senyap sangat.
emmm... cerita pasal murid lelaki
yea... macam mana nak cakap yea.. ok lah, macam nie la, tidak semua pelajar lelaki yang kenal rapat dan hendak berkongsi cerita dengan aku. bayangkanlah 24 pelajar lelaki nak dikenali secara mendalam dalam tempoh tak sampai sebulan di sekolah? mana mampu... tapi aku kenal hati budi mereka semua sikit-sikit.. macam amir umar, memang bising dia ni, tapi cikgu tau dia baik orangnya. samalah macam aiman.. dua murid ni memang suka bermain, nanti hamizan pun ikut main.. tp alhamdullillah, mereka masih dengar kata lagi... budak-budak kan... biasa la tu... tp ada gak yang jarang bercakap dengan aku, apatah lagi bertanya soalan, antaranya hakimi, firdaus, adib, azim... yang lain tu semuanya ok... tak banyak karenah dan hal... yang tunjuk semangat nak blaja macam thavinash, sollehin, saifuddin, azmi, rosihan, fadli, raj dan yang lain-lain lah... secara keseluruhannya, semuanya ok... suka sangat dekat anak murid pertama ni.. kenangan pertama mengajar... seronok dan best..
emmm... yang perempuan plak... perempuan memang tak banyak masalah.. lgpun,
mereka sikit ja... boleh la ditengok kan..huhuh... priveetha, tulisan dia nampak mature(matang). kemas dan teratur kerjanya.. izzati, azzyati, diana, hazirah, eka, nampak pendiam... tapi bagus mereka ini dalam pelajaran.. ada semangat nak blajar.. terutamanya, hazirah, diam-diam ubi berisi dia ni, pemegang markah tertinggi dalam kelas ni tuk subjek matematik.. turkha rajin bertanya, jadi lebih mudah tuk aku ajar dia apa yang tidak difahami.. nazihah dan farah adalah atlit dalam kelas ini.. semasa dalam kelas, nazihah dan farah memang tak banyak masalah, tak bising dan buat apa yang disuruh... saeda pun bagus, rajin bertanya, dan kita boleh tahu mana kelemahan dia bile bertanya ni, dan aku boleh cuba untuk mengjarnya semula... aisha, izzah, tsara dan natasha.. ini 4 sekawan yang susah nak difikirkan.. tak tau apa yang difikirkan mereka ni.. kadang-kadang kita mengajar kat depan, mereka bergosip kat blakang.. huhuh... tapi bila kita suruh mereka buat kerja ataupun terlibat dalam aktiviti, mereka buat...alhamdullillah.. yang pasti semuanya bagus... mereka semuanya baik, tidak kira lelaki atau pun perempuan..
Apa yang pasti pengalaman pertama kali menjaga kelas ini memang menarik.. satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... ingin ak lihat mcm mana anak-anak ku membesar... aku sentiasa mendoakan kejayaan untuk mereka.. kejayaan mereka semua adalah hadiah yang terbaik untuk ku... jika melihat mereka, memang boleh menitiskan air mata.. kejayaan mereka kejayaan ku juga.. Selamat membesar dengan baik 'anak-anak' ku...aminnnn....
itu bukan bermaksud dah berkahwin dan mempunyai anak yea... anak-anak itu bermaksud ANAK MURID ku...
emmm... cerita pasal murid lelaki
emmm... yang perempuan plak... perempuan memang tak banyak masalah.. lgpun,
Apa yang pasti pengalaman pertama kali menjaga kelas ini memang menarik.. satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... ingin ak lihat mcm mana anak-anak ku membesar... aku sentiasa mendoakan kejayaan untuk mereka.. kejayaan mereka semua adalah hadiah yang terbaik untuk ku... jika melihat mereka, memang boleh menitiskan air mata.. kejayaan mereka kejayaan ku juga.. Selamat membesar dengan baik 'anak-anak' ku...aminnnn....
Langgan:
Catatan (Atom)





