Sabtu, 15 Oktober 2011

Laporan Lawatan KEMRADS peringkat PPDJB

4 OKTOBER 2011, SELASA

Seawal jam 7 pagi, semua wakil KEMRADS dan guru pengiring berkumpul di Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Kedatangan diambil bagi memastikan semua guru dan ahli KEMRADS telah tiba dan berada didalam keadaan yang terbaik. Setiap sekolah menghantar wakil seorang guru dan 4 orang wakil murid. Hari ini dimulakan dengan limpahan rahmat hujan yang agak lebat. Jam 7.30 pagi, semua guru dan wakil PPD menaiki bas dan mendengar sedikit taklimat perjalanan untuk hari ini daripada En. Aziz How. Jam 8 pagi bas bertolak ke Cameron Highland dan berhenti di Hentian Machap untuk bersarapan pagi dan menunggu sebuah bas lagi yang membawa wakil pelajar tarian dari SK Gelang Patah. Selepas 45minit bersarapan, perjalanan disambung semula. Tiada banyak yang berlaku sehinggalah semua ahli rombongan berhenti rehat untuk makan tengahari di Hentian R&R Dengkil. Setelah selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Cameron dan tiba di sana seawal jam 4.30 petang. Destinasi pertama kami ialah rumah Sri Pahang. Ia adalah rumah penginapan kami semua. Rumah yang besar, dan selesa untuk diduduki olwh ahli rombongan seramai 80 orang. Setibanya kami di rumah Sri Pahang, kami diberi taklimat oleh tuan rumah tentang peraturan berada di sini dan juga taklimat untuk aktiviti hari ini dan esok pagi sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Setelah diberi bilik, kami semua berehat dan bersiap untuk pergi ke Pasar Malan Brinchang jika hujan sudah berhenti. Pada malam hari, tidak banyak aktiviti ang boleh dibuat kerana hujan masih tidak berhenti. Selepas makan malam, semua murid berehat dan membuat aktiviti sendiri di dalam bilik masing-masing. Semua murid tidur jam 10.30 malam kerana kepenatan dan perlu bangun seawal jam 5 pagi keesokkan harinya.

5 OKTOBER 2011, RABU

Seawal jam 5 pagi, murid telah dikejutkan dan diarah bersiap untuk berkemas dan solat Subuh. Setelah bersiap dan solat subuh, semua murid dan guru berkumpul di dataran yang terdapat di hadapan rumah tersebut untuk menunggu sarapan disiapkan. Jam 8.00 pagi sarapan sudah disiapkan dan kami semua menjamu selera. Sebelum perjalan diteruskan, pihak PPD telah mengadakan sesi penyampaian cenderamata kepada tuan rumah Sri Pahang sedikit ucapan penutup oleh En Aziz dan tuan rumah. Kami meneruskan perjalanan ke kawasan strawberi dan murid-murid membeli sedikit barang sebagai tanda ingatan pernah tiba di Cameron. Kami juga telah melawati ladang teh. Di sini, murid-murid mengenali, bagaimana teh ditanam dan diuruskan sehingga ia menjadi teh untuk diminum. Kami juga membeli teh segar di sini untuk di bawa pulang. Jam 12.30 petang, kami keluar dari Cameron dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui jalan penurunan ke Tapah. Sebelum tiba di Kuala Lumpur, kami berehat untuk makan tengahari di Hentian R&R Tapah. Kami juga menguruskan solat jamak di situ sebelum meneruskan perjalanan. Kami tiba di Kuala Lumpur lewat jam 6.30 petang. Sebelum kami ke Pusat Belia Antarabangsa(IYC), kami berhenti dahulu di Velodrom, Cheras untuk makan malam. Murid diberi makan sepuasnya sebelum kami ke bilik penginapan di IYC. Tidak banyak yang dilakukan, murid menerima arahan dari En Aziz untuk berehat dan bersiap seawal 5 pagi untuk pergi ke Angkasapuri kerana, murid-murid tarian Gelang Patah perlu berada di sana seawal jam 7 pagi untuk siaran Selamat Pagi Satu Malaysia. 

5 OKTOBER 2011, KHAMIS

Seawal jam 5 pagi murid bangun dan bersiap. Setelah bersiap, murid berkumpul di tempat menunggu di IYC sebelum meneruskan perjalanan ke Angkasapuri. Seawal jam 7 pagi, murid semua bergerak ke sana kerana mereka akan mengadakan persembahan di sana sebagai satu slot rancangan tersebut. Persembahan ini dibuat oleh murid kelab tarian dari SK Gelang Patah. Selepas sahaja persembahan dibuat, murid-murid diberi sarapan dahulu sebelum meneruskan aktiviti pengenalan tentang penyiaran di Angkasapuri ini. Murid diberi penerangan bermula di bahagian wisma tv dan seterusnya kebahagian wisma radio. Banyak ilmu yang dipelajari dari 2 wisma ini. Kami di bawa mengenali set pengambaran, set dj radio dan sebagainya. Di wisma radio, kami telah dapat membuat hebahan tentang lawatan KEMRADS ini secara langsung di saluran radio Selangor fm. Hebahan ini dibuat oleh wakil guru yang menyertai lawatan ini. Di sini, kami pelajari bahawa hendak menjadi DJ radio dan yang bekerja di bawahnya bukanlah sesuatu tugas sukar, tetapi komitmen yang perlu diberi adalah maksimum. Tambahan pula, jika di set penyiaran tv, semua bahagian perlu memainkan watak penting bagi memastikan semua yang dirancang berjalan lancar, termasuklah dari segi pencahayaan, rakaman dan urusan grafik. Kami juga dibawa masuk ke dalam dewan Auditorium Perdana di mana berlakunya tempat rakaman seperti pertandingan bintang RTM, bintang klasik, dan lain-lain lagi. Kami juga dibawa ke bilik persalinan di mana, kami melihat tempat semua artis dan juruhebah menukar pakaian. Kami juga di bawa ke tempat persolekan untuk melihat sendiri bagaimana persolekan itu berlaku. Memang banyak yang kami pelajari di sana dan 1 hari tidak cukup untuk mempelajari semuanya. 

Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKIM). Di sini, kami banyak mempelajari tentang penyiaran radio. Kami belajar bagaimana hendak membuat log sesuatu slot radio, bagaimana hendak susun iklan, muzik dan lain-lain lagi. Kami diberi penerangan oleh DJ Fairus dan DJ Sue. Yang menariknya, murid kita, Fahim, telah diberi kebenaran untuk membaca cerita di konti tersebut. Tidak cukup dengan itu, ahli KEMRADS juga telah membuat rakaman pendek pengenalan kepada kelab ini. Jika ada rezeki, kita akan mendengarkan rakaman tersebut di radio IKIM.fm. Ini akan mempromosikan lagi kelab ini keserata tempat. Selepas membuat sedikit sesi pengambaran dengan DJ bertugas, kami semua meneruskan perjalanan untuk pulang ke Johor Bahru. Sebelum tiba di Johor Bahru, kami berehat untuk makan malam di Hentian Ayer Hitam. Selepas selesai makan malam dan solat, kami teruskan perjalanan ke PPDJB. Kami selamat tiba di PPDJB pada jam 9.30 malam. Semua murid pulang ke rumah masing-masing. 

Tiada ulasan: