Isnin, 20 April 2009

Anak-anak ku....

Assalamualaikum...

itu bukan bermaksud dah berkahwin dan memp
unyai anak yea... anak-anak itu bermaksud ANAK MURID ku...

Ini adalah gambar mereka sekelas... Ada 40 orang murid semuanya, 16 orang perempuan dan selebihnya adalah lelaki... ramai tu... tapi best la dalam kelas ni... dari kelas yang senyap saja, baik kita mempunyai kelas yang macm ni, tak bising sangat dan tak senyap sangat.

emmm... cerita pasal murid lelaki yea... macam mana nak cakap yea.. ok lah, macam nie la, tidak semua pelajar lelaki yang kenal rapat dan hendak berkongsi cerita dengan aku. bayangkanlah 24 pelajar lelaki nak dikenali secara mendalam dalam tempoh tak sampai sebulan di sekolah? mana mampu... tapi aku kenal hati budi mereka semua sikit-sikit.. macam amir umar, memang bising dia ni, tapi cikgu tau dia baik orangnya. samalah macam aiman.. dua murid ni memang suka bermain, nanti hamizan pun ikut main.. tp alhamdullillah, mereka masih dengar kata lagi... budak-budak kan... biasa la tu... tp ada gak yang jarang bercakap dengan aku, apatah lagi bertanya soalan, antaranya hakimi, firdaus, adib, azim... yang lain tu semuanya ok... tak banyak karenah dan hal... yang tunjuk semangat nak blaja macam thavinash, sollehin, saifuddin, azmi, rosihan, fadli, raj dan yang lain-lain lah... secara keseluruhannya, semuanya ok... suka sangat dekat anak murid pertama ni.. kenangan pertama mengajar... seronok dan best..



emmm... yang perempuan plak... perempuan memang tak banyak masalah.. lgpun, mereka sikit ja... boleh la ditengok kan..huhuh... priveetha, tulisan dia nampak mature(matang). kemas dan teratur kerjanya.. izzati, azzyati, diana, hazirah, eka, nampak pendiam... tapi bagus mereka ini dalam pelajaran.. ada semangat nak blajar.. terutamanya, hazirah, diam-diam ubi berisi dia ni, pemegang markah tertinggi dalam kelas ni tuk subjek matematik.. turkha rajin bertanya, jadi lebih mudah tuk aku ajar dia apa yang tidak difahami.. nazihah dan farah adalah atlit dalam kelas ini.. semasa dalam kelas, nazihah dan farah memang tak banyak masalah, tak bising dan buat apa yang disuruh... saeda pun bagus, rajin bertanya, dan kita boleh tahu mana kelemahan dia bile bertanya ni, dan aku boleh cuba untuk mengjarnya semula... aisha, izzah, tsara dan natasha.. ini 4 sekawan yang susah nak difikirkan.. tak tau apa yang difikirkan mereka ni.. kadang-kadang kita mengajar kat depan, mereka bergosip kat blakang.. huhuh... tapi bila kita suruh mereka buat kerja ataupun terlibat dalam aktiviti, mereka buat...alhamdullillah.. yang pasti semuanya bagus... mereka semuanya baik, tidak kira lelaki atau pun perempuan..


Apa yang pasti pengalaman pertama kali menjaga kelas ini memang menarik.. satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... ingin ak lihat mcm mana anak-anak ku membesar... aku sentiasa mendoakan kejayaan untuk mereka.. kejayaan mereka semua adalah hadiah yang terbaik untuk ku... jika melihat mereka, memang boleh menitiskan air mata.. kejayaan mereka kejayaan ku juga.. Selamat membesar dengan baik 'anak-anak' ku...aminnnn....

Tiada ulasan: