Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan

Rabu, 30 November 2011

Muhasabah diri...

Assalam..


Semalam aku pergi bermain bowling dengan adik aku di BP Mall. Rutin biasa masa cuti sebab masa itu orang tak ramai dan main bowling dengan harga yang murah. huhuh.. Syok woo.. Masa mula2 main, cuma ada 3 lane aja yang dibuka@ada bowler nya..


Selang beberapa minit, ade orang bermain di sebelah lane aku. Aku tak perasan yang bermain di sebelah lane aku ini orang bisu rupanya. Bagus dorang main. Tambahan dorang lebih baik bermain dari orang yang cukup sifatnya. yang menariknya, baru aku sedar orang bisu telefon rakan dorang mesti guna 3g atau pun face-to-face call. hehe.. cara dorang berbual sangat buat aku sendri nak mencuba. Bayangkan anda berbual tanpa suara, bagaimana?? Kalo kita strike, komfem ade yng menjerit. tapi dorang cool ja, just tunjuk gerak badan sahaja. 


Tiba-tiba, datang lagi warga kurang upaya. kali ini ada yang menaiki kerusi roda dan ada yang berpenyakit seperti satu tangannya tidak berfungsi. aku sangat teruja, rasa macam nak ambil gambar dorang dan bagi korang tengok. skill dorang main, memang terbaik. aku pun kalah yang sekadar main tuk balin ja. haha... kalo lawan dengan aku, komfem aku kalah teruk kowt.. hahah.. 

Sekarang ini tiada lagi istilah anda tidak boleh buat, yang ada cuma ANDA MALAS BUAT. Aku sendiri belajar dari kehadiran dorang semalam ketika bermain bowling. Kenapa kita nak memberi alasan yang kita tidak boleh buat tanpa kita mencubanya dahulu? sudah cuba nanti baru kita tahu tahap mana sebenarnya kita ini. Bila dah gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Anda tidak dilahirkan GAGAL. ALLAH telah menciptakan kita sesempurna makhluk yang telah dia ciptakan. Kenapa kita nak terus mengeluh yang kita tidak boleh buat itu dan ini. SYUKURlah dengan apa yang kita ada kerana ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. :) SHinjiteru yo.. ^^

Ahad, 20 November 2011

Kiamat semakin dekat. jarak antara 2 jari..


عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ 
 الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا


Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]

Pagi ini aku pergi ke sekolah kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Sebelum tba disekolah, aku pi la kedai makan dan membeli Harian Metro sebagai bacaan hujung minggu. Alangkah terkejutnya aku, terbaca tentang 5 peserta Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik. 

Sedikit mengenai hal ini, mereka telah ditegur tetapi tidak diambil tindakan. Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Yang aku tak tahan dengan jawapan diaorang. “Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” Memanglah dia tidak langgar undang-undang dunia nie, tapi undang-undang akhirat? Komfem langgar punya. Tak tutup aurat dah langgar peraturan Islam, apatah lagi peraturan mendedahkan aurat. Seperti hadith di atas, kiamat semakin dekat dengan perbuatan maksiat didedah sewenang-wenangnya. 

Apa-apa, anda boleh sambung membaca di link yang aku sertakan. kalo beli akhbar, siap dapat tengok gambar dorang lagi. 

Doa2lah supaya dorang insaf..






Rabu, 16 November 2011

Thanks, its inspired me...

Assalam.. begini, sebenarnya semalam, macam biasa aku ke sekolah. Lepas punch card, aku masuk ke bilik guru untuk melepakkan diri. Tup-tup atas meja ada kad buatan tangan. Aku duduk dan baca apa yang dituliskan. Wahh... terkejut and sedikit tersentuh. Rupanya anak murid yang beri aku kad tu. Tak sangka rajin plak dorang buat benda gini tuk aku. hahaha... Aku ambil ini sebagai pemberi semangat pada aku untuk aku bantu dorang menghadapi kehidupan ini. Apa yang ditulis dalam tu? Aku ada ambil pic sikit. malas nak hurai banyak2.huhu.. sekadar berkongsi untuk menjadi lebih baik. Aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik untuk anak murid aku ini. InsyaAllah. Muga ia jalan yang betul untuk aku.. Aminnn...






* Aku tak tau apa korang pk jika aku letak benda macam ini. Ini adalah sesuatu yang beri aku inspirasi untuk aku buat lebih terbaik. Thanks for view..:)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Berada di PICC..



Salam, hai, hari ini, aku sekali lagi berada di PICC. Kali ini, adik aku pula yang mendapat sijil CAT sebelum dia terima ACCA pula lepas ini. Sekarang ini, aku berada di restoran depan dewan utama, sambil buka laptop untuk siapkan laporan lawatan KEMRADS hari tu. Sementara menunggu adik aku siap kerana yang dibenarkan masuk cuma 2 orang sahaja, dan tentulah cuma mak dan ayah ku sahaja yang masuk. heheh. Jadi, aku tunggu jelah di dalam ini, nasib baik ada internet, bolehlah juga aku download, apa-apa cerita yang ada. hahaha... Apa-apa pun, tahniah kepada adik aku, Intan Syazana. Muga dia terus suksess dan berjaya dalam kerjaya. Ini ja aku mampu beli untuk adik aku, kalo ACCA nanti aku beli lagi besar kowt. huhuh.. tunggu...:)




Sabtu, 1 Oktober 2011

Pemantauan mengejut dari GB...

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? lama dah tak menulis di sini. huhuh.. makin nak habis sekolah, makin sibuk diri ini. Kursuslah, taklimatlah, fail itulah, fail inilah. Mahu tak mabuk buat semuanya. Namun ku gagahi jua.

Bukan itu yang aku nak cerita, aku nak cerita pasal tiba-tiba kena pemantau mengejut oleh GB. Masa tu aku masuk kelas ganti. Biasalah hari Jumaat aku free, takde kelas, so, kelas ganti memanglah banyak menanti. huhuh... Tengah aku menguruskan kelas ganti, GB lalu di sebelah kelas dan tiba2 dia masuk lalu pintu belakang, lalu berkata, "Bila saya mahu memantau awak ye? Itulah awak, tak cari saya?". Dalam hati aku, "Aik! aku ke yang kena cari? Ini siapa nak pantau siapa ni?". Belum habis setakat itu, "Ok, nazirul, saya beri awak masa 2 minit untuk cari kelas yang awak ajar, awak ajar. Awak pakailah apa yang ada, yang saya tahu, awak ada ABM". Wahh, hebat GB aku, 2 minit itulah aku pi kelas aku, cari sapa guru pada waktu tersebut, minta kebenaran tukar, nak sedia bahan lagi. Perghh, berpeluh aku. Nasib baik, aku memang sentiasa tersedia dengan ABM yang serba guna. huhuh.. Pakai aja lah..:P

Time masuk kelas, ajar macam biasa, gunakan 2 laras bahasa, bahasa inggeris dan terang makna dalam bahasa melayu. Selang beberapa minit mengajar, GB mencelah, "Awak semua, kalo cikgu nazirul ajar guna bahasa inggeris sahaja awak faham tak?". Dia tanya tu aku tak terkejut sangat, yang aku terkejut, anak murid dalam kelas aku tu yang kurang faham bahasa inggeris menjawab, "Fahammmmm, cikgu". Wahh..  hebat anak murid aku. takpe, aku ajar 100% bahasa inggeris. Ntah diaorang faham ke dak. aku pun tak tau lah. Masa buat aktiviti kumpulan, tengah2 bagi tugasan, murid2 aku berbisik, "Cikgu! Apa yang cikgu terangkan tadi? Tak faham saya.". haa kau.. tue lah.. Sapa suruh jawab faham, cakaplah tak faham, nanti GB suh terangkan dalam bahasa melayu ja. Ishh2.. Dalam hati tergelak aku dengan budak2 ni, tapi kesian pun ada gak. Diaorg kurang faham pada hari ini..takpe, nanti cikgu cover balik yea..:)

Seperti biasa, GB aku ini akan beri sedikit talk or motivational statement kat murid2 kelas aku ini. Aku taknak lah cerita pasal apa yang dimotivasikan sebab panjang. Tetapi apa yang pasti, dia ada beritahu kat murid2, yang aku akan jadi guru yang mengajar matematik tahun 6. Terdengar aku dari suara murid2 aku, "Yes! Yeahh! Sonok2! Dapat cikgu nazz lagi".. Dalam hati aku, tenang ja bila dorang bercakap macam tu.. Sejuk ja..huhuh... malu...:)

Bagi aku, perubahan murid aku kepada yang lebih baik walaupun sedikit menyebabkan aku rasa sangat gembira. Banyak perubahan yang aku dapat lihat pada anak murid ku ini, ada yang tidak pernah lulus, Alhamdullillah sudah lulus. Ada yang sudah mula menunjukkan minat terhadap matematik. Memang itu yang sangat seronok.

Kepada anak murid cikgu, semoga awak semua sentiasa berjaya dan menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tapi dari segi rohani dan peribadi. Berubahlah kepada yang lebih baik. Sering kali cikgu ucapkan pada kamu, "Cikgu percaya pada kamu." :)

Isnin, 12 September 2011

Selamat Berjuang anak murid ku...

Assalam.. 

Ucapan ini khas kepada anak muridku yang bakal menghadapai UPSR esok. Tidak kira semasa praktikum ke, sbe ke atau anak murid yang aku tidak ajar atau tidak kenal, cikgu ucapkan semuga kamu berjuang habis-habisan. Peduli apa orang kata. Peduli apa target sekolah. Peduli apa target cikgu. Yang penting, kamu semua perlu berusaha sehabis baik. Bukan selalu ambil UPSR pun. hehe... Sekali seumur hidup. :) 

Dikesempatan ini, cikgu sedia kongsikan beberapa tips. Mungkin berguna untuk kamu kelak. Tidak semestinya UPSR mungkin juga apa2 ujian yang lain.



TIPS DARI GURU MATHS:

Sebelum masuk dewan - Pastikan semua alatan dan kad pengenalan mesti dibawa dengan lengkap. Tinggalkan yang tidak perlu seperti marker pen, pembaris pelbagai bentuk, pen merah dan lain-lain. Bawa yang betul-betul perlu dan wajib seperti pensil 2B atau HB lebih dari 2 batang pensil, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan. Jika semua sudah tersedia. Jangan lupa mandi pagi dan bersarapan. Penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan fokus. Solat jangan dilupakan pula. Sebelum bertolak ke sekolah atau masuk, dikesempatan itu, bacalah ayat al-Quran mana yang mampu. Buat pengetahuan semua, membaca ayat al-Quran menyebabkan kita lebih fokus dan insyaAllah, ia akan memproses otak dan minda kita untuk lebih cergas. Jika yang tidak sempat ulangkaji semua, bawa nota ringkas dan bacalah sedikit dan bukan semuanya, kerana ia akan menganggu fokus anda. Yang penting anda kena yakin, anda sudah usaha dan sekarang anda mahu uji kemahiran anda. Yakin bahawa ALLAH dan doa kedua ibu bapa juga guru kamu sentiasa bersama kamu. Senyumlah semasa masuk dewan nanti. :)

Semasa perjalanan masuk ke dewan -
Seperti yang cikgu pesan sebelum masuk dewan, senyumlah ketika masuk ke dewan Tidak kira kamu belum habis ulangkaji atau pun sudah, tenang dan senyumlah. Lagi satu, JANGAN BERBINCANG SEMASA MASUK KE DEWAN. Jika ada kawan yang bertanya, anda cuma perlu tenang dan beri jawapan yang seringkas mungkin dan ubah topik kepada yang lebih ringan dan tenang. Mungkin boleh beri kata semangat dan berdoa kepada Allah bersama-sama kerana doa berjemaah lebih afdal dari seorang diri. :) Bacalah ayat al-Quran sebagai penenang jiwa. MASUK DENGAN KAKI KANAN dan BERI SALAM SEPENUHNYA (Assalamualaikumwarramtullahiwabarakatuh). Jangan kuat-kuat hingga ganggu rakan lain, cukuplah sekadar kamu sendiri yang mendengarnya. DUDUK DENGAN TENANG dan JANGAN BERBUAL DENGAN RAKAN SEBELUM, cukup sekadar senyum. :) Yang penting bertenang dan berdoa. Letakkan alatan untuk menjawab soalan di atas meja.

Sebelum dan selepas menjawab soalan - Apabila sudah dapat kertas, UCAPKAN TERIMA KASIH dan SENYUM KEPADA PENJAGA PEPERIKSAAN. Bukan apa, mungkin pemeriksa tersebut juga akan mendoakan anda semua dan mungkin juga akan membantu sedikit. heheh... Jangan terus buka kertas soalan. Dengar arahan ketua penjaga dengan sepenuh perhatian. Bertenang dan buka dengan lafaz Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Baca soalan dengan penuh perhatian dan fahaminya dengan baik. Jangan gopoh dan terlalu yakin. YAKIN ITU MESTI TETAPI BUKAN TERLALU YAKIN. Buat semakan semula jika sudah menjawab dan sebelum hantar, buat semakan terakhir dan fokuskan semakan kepada soalan yang anda yakin betul agar, ia menjamin markah penuh kepada soalan tersebut. JANGAN TINGGAL SOALAN KOSONG walaupun anda tidak tahu! Wajib kepada murid cikgu yang belajar Maths. Jangan tinggal soalan kosong, isi sahaja jawapan yang kamu rasa ia berkait dengan apa yang diminta. Tutup soalan dengan tenang dan ucapkan ALHAMDULLILLAH sebagai bukti itu usaha anda dan anda bertawakal. :) Keluar dewan dengan tenang dan tidak perlu berbincang lagi tentang perkara yang telah lepas. Fokuskan kepada peperiksaan yang seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada penjaga peperiksaan dan guru yang anda jumpa. InsyaAllah, keberkatan akan beri anda kejayaan.



USAHA sudah, JAWAB pun sudah, jadi BERTAWAKALLAH. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda.
ALL THE BEST!! tidak perlu GOOD LUCK kerana anda berjaya bukan kerana 'LUCK' tetapi kerana USAHA ANDA!

Sabtu, 10 September 2011

"Cikgu saya ini Sengal dan Lembap"

Salam..





Terkejut dengan tajuknya? Inilah yang terjadi pada kami yang berada dibawah pentadbiran guru besar yang sebegitu. Mulanya aku cuma dengar orang bercerita. Namun, semalam, sebelum pulang ke rumah, menjalankan rutin seperti biasa pada hari Jumaat, iaitu menghantar buku rancangan mengajar, masuk ke dalam pejabat, terlihat kelibat guru besar dan seorang guru. Topik perbualan mereka kelihatan begitu serius dan terdengar topik perbualan mereka tentang permohonan untuk bertukar tempat bekerja. Guru tersebut minta untuk mohon tukar di atas sebab-sebab tertentu namun, ditolak oleh guru besar atas dasar guru tersebut boleh beri kerjasama dan boleh pakai. Tengah-tengah aku nak keluar dari pejabat tersebut, aku terdengar lagi perbualan yang rasanya bukan lagi rahsia. " Awak janganlah pindah dahulu, duduk sini sampai tahun depan, saya boleh harapkan awak, CIKGU-CIKGU LAIN LEMBAP!". Mak aii! Aku tersentak juga bila buka pintu pejabat untuk keluar dari situ namun aku terus keluar sambil dalam hati masih lagi berbual, "Ai, selama guru-guru ini jayakan program sekolah dan naikkan nama sekolah, adakah usaha diri dia sendiri? Orang lain susah-susah buat kerja dia, dia dapat nama, tak cukup lagi? wahh, hebat GB aku ini". Kecewa jugalah aku dengar.

Mulanya aku cuma dengar cerita dari guru lain, yang pada awal pagi semalam, atas sebab orang lain, guru dia pula yang dipanggil sengal di hadapan seorang guru dan GPK 1. Begitu kecil dan sampahnya kami sebagai seorang guru yang bekerja di bawah dia. Itu belum cerita yang dia sebagai ketua bukan nak membantu kami malah memihak kepada pihak luar sedangkan kami ini bekerja di bawah satu bumbung dia. Ya Allah, masih lagi dia begitu. Ramai juga rakan sekerja aku yang lauh perasaan pagi semalam. Rupanya banyak juga kisah silam yang tidak baik dengan GB ini. Bayangkan seorang guru yang cemerlang di awal kemasukkannya, menjadi guru yang bermasalah? Pasti ada sesuatu yang tidak kena betul tak? Kurang sokongan dari ketua dan apa benda sahaja yang dibuat pasti akan di tahan. Sejak akhir-akhir ini, suka betul mencari salah guru. Ada sahaja yang salah pada seorang guru dan yang betul semuanya dia. Jika satu masalah itu timbul, dan guru memberi jalan penyelesaian, namun cadangan itu tidak diterima. Lepas itu bila dia dah nampak masalah itu, guru juga yang salah. Rasanya kat sekolah aku, ramai guru yang sudah mengalami 'BURNOUT'. BURNOUT itu apa? secara ringkasnya, seorang itu sudah cuba sedaya upaya namun mengalami stress kerana penat ataupun tiada sedikit pun penghargaann untuk dirinya, yang semakin dicari adalah salahnya. Di sinilah fungsi psikologi pendidikan dan psikologi rakan sekerja kena dibuat, namun gb ku ini langsung tiada kemahiran ini. Tidak layak menjadi gb bagi aku.

Setelah aku mendengar dari rakan-rakan lain, aku dapat simpulkan yang gb aku ini buat kerja bukan nak naikkan nama sekolah. Namun, dia nak menaikkan nama dia sendiri. Kata-kata dia yang kononnya akan menyokong kerja guru dia, akan memastikan nama sekolah naik, dan lain-lain adalah dusta. Maaf katalah, di dalam Islam, kita sebagai umat Islam kena menutup pekung saudaranya sendiri(menutup kelemahan saudara seIslamnya) namun, Gb aku ini habis semua pekung guru dibuka. Habis semua guru lembap, Habis semua guru sengal. Habis semua guru malas. Dihadapan ibu bapa, guru adalah satu tempat untuk menutup kelemahan pengurusannya. Dihadapan ibu bapa dan orang luar, dia adalah orang yang paling lengkap dan terbaik. 

Aku harap lepas ini, biarlah semua ketua pentadbiran dapat memberi yang terbaik untuk pekerja di bawah organisasinya. Janganlah perkecilkan rakan sekerja kita. memang manusia tidak pernah terlepas dari buat kesilapan, namun siapa kita untuk meletakkan yang dia itulah yang banyak buat masalah dan kita sahajalah yang betul. Aku dapat berita, ramai guru yang sudah sah jawatan, mohon untuk berpindah. Terkejut juga aku. Boleh kata lebih dari separuh guru isi borang online untuk pindah. Kalaulah dia seorang yang berperasaan, mesti dia terfikir, kenapalah guru dia ramai yang nak mohon pindah, betuk tak?  Ntahlah.. akup pun tak tahulah. Aku yang tidak sampai setahun berada kat situ dah rasa macam dah burnout dah. Macam nak pindah ja rasanya. Haii :(..... semoga semuanya bertambah baiklah. InsyaAllah...

Ahad, 7 Ogos 2011

Wanita muslim, jagalah aurat kamu kerana aku seorang lelaki....

Assalam..

Wahhh... tajuknya.. mantap..:P Kisahnya bermula di sini. Jumaat lepas. Aku pi lah merayau-rayau mencari baju melayu raya kononnya. Tapi tak beli juga. Kononnya berniat untuk berjalan-jalan sampai masa yang sesuai untuk membeli juadah berbuka di bazaar yang berdekatan. Maklumlah, dah namanya bazaar di hujung minggu, komfem ramai punya pengunjungnya. Mahu aku beli nanti tetapi bukanya di dalam kereta. huhuh.. Tetapi niat aku terbatal. Kerana apa? kerana wanita itu.... hahaha... Maaf, bukan niat nak sakitkan hati sesiapa kerana aku seorang lelaki yang sukakan seorang wanita muslimah. heheh.... Jadi, hari tu aku TERnampak, seorang wanita Islam yang tidak sempurna penutupan auratnya. bertudung tu memanglah bertudung, tapi yang tak sedapnya pakaian yang sangat ketat. Susah hati betul. rasa macam nak buat derma kat dia beli kain baru dan banyak sikit. Bukan seorang tapi berorang-orang. Rasanya hari Jumaat hari ini, imanku sedikit goyah dan mungkin pahala kurang dalam kuantiti yang banyak kot. Ini yang malas nak pi bazaar ni. emm.... Hal aurat wanita ini, sebagai wanita islam pasti sudah tahu batasnya kan? ke perlu diperjelaskan lagi? Jadi, jagalah sebaiknya. Aku tidak tahu nak hurai macam mana, tapi sempat jugalah aku ambil satu tulisan dari rakan Tagged.com yang juga seorang wanita. Penulisan yang aku rasa bernas dan elok juga dikongsi. Fahami dan hayatilah yea.   
Ramadhan bermulanya satu perubahan.



Hasil dari Tagged Siti Fairus Shaikh Salim  



Surah An-Nuur ayat 31 ni: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganny, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah. 

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Komen dari aku, ladi berfikirlah kerana AKU SEORANG LELAKI.....

Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa Ramadhan hari pertama disetengah hari....:)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Macam mana dengan hari anda hari ini? Ada yang sudah tidak tahan lapar ke? Sebelum tu nak tanya, bersahur ke tidak awal pagi tadi? Ke rakan semua bersahur macam dalam gambar dibawah ini? 




Haa... Takkanlah anda semua bersahur macam ini kot kan? ini mesti tidak baca doa. Takut sangat bila ditengah hari nanti jadi lapar balik. huhuh.. InsyaAllah, jika kita niat dengan betul, komfem anda semua tidak lapar. mesti tahan sampai petang punya. heheh...








Ke terjadi perkara macam anak kucing sebelah ni? huhuh... Ngantuk sungguh yea.. Pertama kalilah kononnya bangun awal pagi untuk sahur. heheh.. Takkanlah pertama kali kan. Dah tu, SOLAT SUBUH kita macam mana plak sebelum ini kan? Mungkin sebab awai sangat kot. hehhe... Takpa.. Lepas ini tak moh macam ni dah yea..:) Tapi comey gak kucing ni. Gaya dia tertido kat situ pun comey. Suka2..:)






Sepatutnya sudah menjadi begini. Kita yang sudah dewasa mudah untuk bangun subuh dan didik si cilik untuk terus serta bersama dalam bersahur. Kerana terdapat kebaikannya dalam bersahur. Tambahan pula kepada yang sebelum ini ada lompong@lubang dalam solat fardu terutama solat subuh, ada baiknya bangun sahur dan buat solat Subuh lepas ini dan niatkan ia sebagai satu titik perubahan untuk terus melakukan solat Subuh kerana ia WAJIB! :) Nasihat untuk diri sendri...(^_<)


Selesai ja perjuangan dalam sahur, ada lagi yang perlu diperjuang sebelum berbuka. Jangan puasa setengah hari ja. Lain lah jika anda ada masalahnya dan halangan2 tertentu. Selagi mampu, berpuasalah kerana dalam bulan Ramadhan ini, pahala puasanya berbeda dengan pahala puasa sunat. Tambahan pula ianya WAJIB!! Jangan ngegada untuk tidak berpuasa. huhuhuh... Haa.. so dalam seharian berpuasa, ada perkara yang kita boleh dan tidak boleh buat untuk pastikan puasa kita tidak batal sehingga terbenam matahari nanti. Contohnya dalam gambar dibawah..:)





Jika berjaya untuk tidak membatalkan puasa kita tadi. So, tibalah waktu untuk kita berbuka puasa pula. Ermm.. nasihat kepada kaki rokok, jangan mulakan iftar@berbuka anda dengan sebatang rokok. Buat yang sunat kan lebih baik. Seperti mengambil makanan yang manis sebagai pembuka selera anda seperti Kurma kerna ia pembekal tenaga kepada badan kita yang baik. Juga, kurma juga kan makanan nabi. Takkanlah kita hendak menolak makanan Nabi yang kita sanjung. ish3x.. tak molek sungguh..huhuh... So, malam nanti, jangan jadi macam pakcik dibawah ini yea..:)


Walau dengan apa pun kita bersahur dan berbuka. Pilihlah yang terbaik. Dan yang paling penting BERSYUKURlah dengan apa yang diberinya. Kerana bulan puasa ini, kita patutnya banyakkan bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan pada kita. Banyak yang kita boleh pelajari dari bulan puasa ini. Marilah bermuhasabah diri. Sekadar perkongsian untuk semua dan diri yang sering alpa ini. Carilah yang terbaik kerana pasti kebaikan akan muncul tanpa kita ketahui. InsyaAllah.. Nanti akan berkonsgi hal lain pula..:)

1 Ramadhan sudah.... Lontong goreng penutup bulan Syaban dan permulaan makan malam Ramadhan..:)

Assalamualaikum... hai semua.. Ramadhan akhirnya tiba. hari yang ditunggu2.. bestnye... BErsahur dengan famili, berbuka dengan famili, solat terawikh dengan famili. Syok2.. hehe... malam ni, aku makan malam lontong goreng. best woo.. feveret..:p


So, sempena Ramadhan dah bermula, aku nak minta maaf tuk kesemua kekurangan dan kesalahan yang telah aku buat secara sengaja atau pun tidak. Bulan ini nak buat amal banyak2, so, tak naklah ada yang berdendam atau terasa hati.. nanti amalan tak sampai pulak.. Minta maaf banyak2 yea.. jadikan Ramadhan ini satu titik perubahan pada diri kita. Jangan sia-siakannya. Anggap ia adalah Ramadhan terakhir tuk kita semua. Salinglah kita berpesan-pesan agar kita dapat perbaiki diri kita sebaiknya. InsyAllah.. All the best semua...:)
Ini ada satu puitis Ramadhan yang aku jumpa. Kongsi saja. muga jadi titik tolak tuk perbaiki amalan kita..:)

Jumaat, 22 Julai 2011

Ramadhan... Bermulanya sebuah perubahan...

Assalamualaikum... Sudah bersediakah kita mengahdapi Ramadhan? Ke takut sebab Ramadhan nak dekat sebab penat berpuasalah dan lain-lain lagi? Bukan apa, saja tulis tajuk tu sebabtadi baru balik dari ceramah Persediaan menghadapi Ramadhan. Persediaan dari segala segi. Tadi aku belajar ilmu baru, dalam dua minggu akhir dalam bulan Syaban, adalah digalakkan untuk kita membeli belah untuk raya. Sebabnya ialah, supaya Ramadhan kita tidak diganggu dan kita boleh tumpu pada ibadah kita. Yelah, mana taknya, kalo dah sibuk fikir hendak beli baju raya masa 2minggu akhir Ramadhan, kan ke dah mengganggu proses ibadah kita. Tambahan pula, bulan ini sahaja amalan kita akan diganda berganda-ganda. hehehe... 

Ok! Apa persediaan yang boleh kita buat sebelum masuknya kita di dalam bulan Ramadhan?

1. Banyakkan berdoa agar umur kita sampai ke bulan Ramadhan. Bacalah doa yang selalu kita baca. "Allahummabariqlana fi rejabin wa syaban wa baliqna ramadhan"

2. Membuat persiapan raya sebelum hadirnya Ramadhan seperti yang dicakapkan di atas tadi. 

3. Banyakkan amalan solat sunat malam.

4. Banyakkan membaca al-Quran.

5. Perbaiki masa solat lima waktu. Solat diawal waktu. Jika kita mendengar seruan solat, berhenti dari melakukan kerja dan solatlah dahulu adalah terbaik.

6. Banyakkan menuntut ilmu tentang bulan Ramadhan dan amalan wajib puasa di dalam bulan ini.

Dan pelbagai lagi. Kita buat apa termampu, seperti menanggap ia mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Ustaz juga berpesan, jika mampu dan kalau boleh, bacalah al-Quran setiap kali selepas solat. Agar hati kita ini sentiasa di beri makanan yang baik dari segi makanan rohaninya.

Aku juga sempat berbual dengan ustaz tersebut. Nama ustaz ini ialah Ustaz Rofazlin bin Jusoh dari Pertubuhan Ikram Malaysia. Buat pengetahuan semua, ustaz adalah salah seorang yang terlibat dalam penyerahan wang derma kepada anak-anak Islam di Gaza. Memang menarik kalau nak dengar dia bercerita, tetapi perbualan kami tak panjang. Dia juga ada menyarankan sekolah aku membuat aktiviti ceramah mengenai Gaza ini. Lahirkan rasa benci anak-anak kita terhadap Israel. Aku sangat sokong dengan ustaz tersebut. huhuh... Tambah pula, ustaz itu adalah wakil stormreader, jadi aku mengutarakan hasrat untuk sertai stormreader agar mudah mendapatkan buku ilmiah. insyaAllah. Apa-apa pun, pertemuan dengan ustaz tadi memang sangat bermakna. :)

Khamis, 21 Julai 2011

Hati diguris kecil...

Hai.. Selamat malam semua. Saja aku nak mengarut dalam blog ini.. Bukan apa, saja teringat akan sikap orang kita yang menilai diri kita ini. Betul kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang kita selalu menilai kita dari pengalaman kita yang sudah lepas. Orang kita juga suka lihat salah kita dan yang baik dia tidak lihat langsung. Sebab PHD yang ada dalam diri. Perasaan Hasad Dengki. Lepas ini, kita akan melihat, yang salah akan selamanya salah dan  yang baik akan jadi salah. Jika sifat ini tidak dikikis dari dalam diri. Benda ini pengalaman. Bukan omong kosong. Percayalah, bukan semua orang baik pada pandangan luaran baik juga dalaman. "Don't judge book by its cover". Suka pula aku dengan ungkapan ini, "Biarlah kita buat seadanya. Kenal seadanya. Kawan seadanya". Bukan apa, ia sebagai persediaan kita jika diri kita atau orang yang kita kenal mengalami perubahan. Sebab perubahan itu bukan selalunya kepada yang baik. Contoh, seorang guru ini mengajar tuisyen anjuran PIBG. Pada hari pertama untuk kelas yang muridnya hadir dari 'kelas terakhir' menjadikan kelas itu bising. Kebisingan dalam berdiskusi menjadi bualan yang negatif oleh pihak PAMA. Tidak menjadi masalah jika ia ditegur secara berdepan, tetapi perlu ke untuk dihebohkan dulu sebelum guru tersebut mengetahuinya? Kesian cikgu tersebut. Salah cikgu juga yang dicari. Selang beberapa minggu, guru tersebut, menjadi penganti kepada seorang guru tuisyen lain untuk 'kelas pertama' di atas sebab guru yang diganti itu ada masalah keluarga yang amat perlu dihadirinya. Sebelum mengambil alih kelas, guru yang sebelum ini pernah ditegur mengajar dalam kebisingan, memberitahu kepada pengurusan tuisyen ini. Apa jawapan yang didengar? "Alamak!"... Itu adalah ungkapan pertama dari mulut pihak pengurusan. Anda rasa apa perasaan guru tersebut? Sabar jelah, kerana bakti seorang guru bukan pernah dihargai. Yang hanya orang kita nak, anak dia berjaya. 

Sebenarnya, guru tersebut, tidak mahu pun mengambil kelas tambahan atau tuisyen ini. Apatah lagi membuat tuisyen luar. Kehidupan seorang guru semasa sesi persekolahn sahaja sudah sibuk. Hendak fikir pasal tuisyen dan kelas tambahan pula? Baik berehat sahaja. Kerana wang? Alah kena sajalah wang tersebut bila sudah mati nanti ntah ke manalah wang tersebut kan. Ntahlah.. sekarang ini, guru tersebut cuma perlu bersabar dan sentiasa bersabar. Inilah ujian seorang guru baginya. Hatiku diguris kecil...:)

Rabu, 22 Jun 2011

Temuduga SPP yang aku kurang senang...

Asssalamualaikum... haii semua.. Hari ini aku sangat kecewa dengan diri aku. Banyak soalan temuduga yang au terdiam kaku. Jika bercakap pun, tiada isi. Kalo mengoreng, sama seperti diam. Lebih baik diam sebagai tanda kita taklah mengarut banyak sangat. Nanti penemuduga tu kata kita ni kaki ngarut. hahah... 

Apa yang aku dapat hasil dari temudga tadi, sebagai seorang guru, janganlah ilmu kita terlau sikit. Kena tambah lagi walaupun ia tiada kaitan dengan guru. Siapa kata baca NKRA, PIPP, KSSR, FPK dah cukup? Langsung tadi tiada kaitan soalannya dengan benda yang aku sebut ini. Plus, fakta itu penting. Jangan goreng ikut suka ja. Bacalah buku banyak2, tengok berita, baca akhbar, selalu dengar talk dan lain-lain lagi.

Sekarang ini, aku cuma berdoa tuk yang terbaik bagi aku dan rakan-rakan. Moga kami lulus. InsyaAllah.
kepada yang belum temuduga, All the best. Bacalah sesuatu yea...:)

Ahad, 5 Jun 2011

Selesai 1 paper...



Hari ini aku habiskan masa untuk tanda paper matematik anak murid aku darjah 5 kelas ke 2 dari 3 kelas. Mungkin ada yang terbayang, kenapa lama sangat tanda. Sebabnya atas dasar kesian, mencari seberapa markah yang boleh untuk bantu diaorang dalam perolehan markah. Tetapi, susah juga nak memberi markah kerana Matematik itu rigid dan tiada gorengan. huhuhu...


Alhamdullillah, adalah yang peroleh A, namun yang FAILED nye pun boleh tahan juga. huhuh.. Ntahlah, siapa yang bersalah, aku harap apa yang telah aku sampaikan diaorang boleh terima. Tinggal mereka perlu usaha lagi. Mungkin ini bukan yang terbaik, InsyaAllah, akan datang diorang akan beri terbaik. Aminnnn.... :)


Tengah mencari-cari gambar yang berkaitan dengan post ini, aku terjumpa beberapa gambar yang melibatkan peperiksaan dan aku rasakan ia menarik dan ingin berkongsi dengan semua. hayati dan fahamilah. So, jangan terkejut kalau jumpa anak murid yang jawab begini..:)



Yang dibawah ini pula, terdapat unsur ugutan. hahah... dah tahu nak jawab, terpaksalah ugut. hahaha..




Ini bawah rumus Maths.. Kalaulah budak expand macam ni. Problem sungguh ni..huhuh..




Kreativ betul fikiran budak ini. hahah.. lain ditanya, lain pula dia bikin rumusnya. hahah...


Yang ini pula, penjelasan pasal graf yang diberi, namun tiada kaitan dengan soalan..:)




Ini pula, kreativ juga orangnya. Memandai ja tambah jawapan sendiri. Baik cikgu tak yah buat soalan. hahah...





Gambar terakhir ini pula, mungkin soalan susah sungguh, ditambah dengan jalan kerja yang tidak teratur, terus ambil keputusan gantung diri. Tekanan budak ini, guru kena berhati-hati dengan budak macam ni. Nasib baik dia lukis saja, kalau betul, susah guru tue..heheh..






Apa yang dikongsi, sekadar perkongsian. Kita sebagai orang yang boleh berfikir, fikirkan kenapa itu jawapan yang diberi. Yang tersurat ditunjuk, yang tersirat perlu difikirkan. InsyaAllah..:)

Ini salah SIAPA!!!!

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua... :) Seperti biasa, diwaktu cuti sekolah, tiada apa yang perlu dibuat, akhbar dibelek. tetapi, sejak seminggu dua ni, aku berang betul dengan spesis sejenis dengan kita semua. Adalah kesnye yang menyebabkan aku berang.

Kes 1 : Melibatkan Bayi @ anak yang baru lahir.



Yang pertama, masa aku belek akhbar, terbaca kes bayi dicampak dari tingkat 10. Habis berkecai kepala bayi tersebut. Ishh.. sampai hati ibu untuk mencampak bayi tersebut. Esoknya pula, bayi dibuang didalam tong sampah. Mak aii.. sekarang ini main Amazing Race cari bayi ke? Siapa dapat cari bayi yang dibuang, akan mendapat ganjaran. Secara kasarnya, ' Kalau dah tau main, jangan lah sampai buat bayi ' Bengonglah korang nie!!! Dahlah buat maksiat, dosa tue pun tak taubat lagi. Ini tambah plak dengan buang bayi. Gila lah lu bai.. Lepas tu, binatang yang tak besalah dilibatkan. Mana taknya, manusia yang berperangai haiwan. Apa kaitannya? Ibu haiwan pun suka dan akan beri perlindungan pada anak-anaknya. Manusia yang jenis ini ja yang tak sayang anak. Wahai manusia, sedarlah, setiap perbuatan kamu pasti akan dihisab. Berfikir mengikut iman, bukan ikut nafsu dan pengaruh. Tolonglah, tidak larat dah hati ini nak baca benda-benda gitu. Sakit sangat2. Moga Allah berikan kita petunjuk dalam setiap gerakan kita di bumi yang fana ini..

Kes 2 : Anak-anak remaja kita.

Hari ini, aku tengok page depan. kisah anak remaja kita sudah berani buat maksiat di rumah. Klik ini, dan bacalah sendiri. myMetroSeks hobi masa lapang . Itu belum yang remaja kita belasah warga emas atau pun orang tua. Mana rasa hormat mereka? Katanya kita hidup gaya ketimuran. Tapi? macam banyak ke arah ke baratan dan terus ke arah jahiliah. Haii.. Tambah plak kisah video klip orang kita yang seakan-akan berbaur lucah. Tidak silap tajuknya Marilah. Aku dah tengok, pergghhh.. memang teruk. Cayalah.. Cubalah tengok. Ini ibarat permulaan video seks disebar secara terbuka. Aduhhh.. Inilah Islam pada nama saja. Risaunya aku... Remaja sekrang, tolonglah sedar kesilapan kita ini. kembalilah.. InsyaAllah, kita akan diberi petunjuk. Kepada org sekeliling, prihatinlah sikit. jangan anggap gejala macam ini sebagai satu yang biasa. Sekurang-kurangnya, berdoalah semuga diberi petunjuk. Bantulah yea.. :)


Secara peribadi, aku sangat susah hati dengan keadaan sekarang ini. Pengaruh negatif terlalu besar pada anak-anak kita. Siapa yang pengaruh? tentulah orang-orang yang sudah tahu menggunakan akal dengan betul tetapi tidak menggunakannya secara rasional. Ini semua Israel lah nie. hahaha.. Aku selalu cakap macam tu, Saja untuk meletakan kesalahan atas diaorang. Sebabnya, dia selalu sangat tindas suadara kita kat sini. Kita sedar ke tak ni???!!! Dulu kita duk sibuk boikot, sekrang ini, senyaplah plak. Mananya boikot2 tue?? Takkan dah senyap kowt?? Kemonlah.. hahah...Boikot barangan Israel dan sekutunya. Boikot Facebook!!!!...:P Itu produk Israel tue.. Gunalah produk buatan Malaysia.. hahaha.. Apa-apa pun, fikirlah rakan..

Sekadar peringatan untuk diri ini agar jadi panduan sepanjang zaman, InsyaAllah..

Khamis, 26 Mei 2011

Lagi sekali....

Assalamualaikum...


Apa khabar semua?? Lagi sekali?? ya.. Lagi sekali aku meninggalkan blog ni.. Lama sungguh.. Sibuk tul sejak 2 menjak ni. Nak isi borang itu lah inilah.. Nak urus data itu data ini lah.. Dari pagi ke petang. Petang.. cukuplah petang jer, malam mahu tido pula..huhuh.. So, bila dah banyak tinggal, banyaklah yang nak diceritakan..hahah...

1. Sambutan Hari Guru 16Mei2011
Ini adalah sambutan pertama yang aku raikan sebagai guru sebenar. Maksudnya dah ditempatkan sekolah untuk berkhidmat. Sambutan biasa saja tetapi seronok juga. huhuh.. PIBG ada membuat aktiviti untuk guru dan seronok. huhu.. Aku penerima GURU PALING SPORTING pada tahun pertama kemasukan ke sekolah ini. Pilihan PIBG tue.. Hahaha.. Glamer dah.. :P Memang sonok.. Sambutan disambut selama seminggu, dimulai dengan bermain bowling. Perghh..Lama tul tak main bowling. Prestasi dah menurun. kecewa tak dapat perform dengan baik. huhuh..Pastu hari PIBG punya aktiviti. Syoklah, tak sangka PIBG rancang aktiviti untuk guru..heheh... Sedikit pic hari guru..:)

 Team aku nie. Alhamdullilah, berjaya membawa mendapat tempat ke-3. huhuh... 

 Ini adalah perarakan masuk ke sekolah. Guru-guru berbaju batik yang sama yang berharga RM150 untuk lelaki dan RM180 untuk perempuan. huhuh..

 Banner hari guru.

 Persembahan anak-anak cilik.
 Cup cake sempena hari guru. :)

Hadiah sempena hari guru. Sikit ja. Alhamdullillah. maklumlah guru garang juga nie.. tue yang sikit. hahah..:P

2. Pendaftaran Pengundi.
Hahaha.. akhirnya, aku sudah boleh mengundi. Lepas ini aku akan pangkah diri aku sendiri. Haha.. Suka ati aku lah nak pangkah sapa. Undi adalah rahsia. heheh..:P


3. Gaji masuk tapi.... Hutang banyak kena selesai. 
Alhamdullillah, setelah 4 bulan bekerja, aku terima gaji jua... tetapi hutang PAMA perlu diselesaikan juga. Duit tu sedikit aku guna beli laptop baru. Huhuhu.. ni tengah tapi pakai laptop baru lah..:P lepas tue belanja kawan2 dan rakan sekerja. habis banyak jugalah. Dah tinggal 1 per 4 gaji ja nie. huhuh.. takpe, yang penting puas..:) Sapa nak dibelanja?? Angkat tangan!!!! huhuh...:P

4. Hamster ditambah kawan dan rumah baru.
Sebelum ini hamster tinggal seekor ja. mati sebab diseases.. Sian dorang. Yang sekor tinggal ini, tak bermaya langsung. So, aku beli 3 lagi. Terus meriah rumah tue. hahah.. best2 tengok dorang main. hehhe... lepas nie yang bela lain plak. dah ade target nie..heheh..:P




Ermmm.. tak tau nak cerita pe lagi. lupa la plak.. huhuh..nanti kita citer lagi..daa...:)

Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Mama.. ('_<)

Mirwana - Permataku
Khas untuk mamaku dan ibu-ibu diseluruh dunia yang bakal sambut hari ibu pada 8Mac2011..




Mungkin ada yang sudah ataupun belum maklum bahawa hari Ahad kedua dalam bulan Mei adalah hari Ibu. Aku pun baru tahu sebab tiap-tiap hari adalah hari Ibu. Tiap-tiap akan menyayanginya. Senang cerita dia adalah perempuan yang paling aku sayang. Tiada lain selainnya. Dialah yang beri aku kehidupan. Teringat masa sekolah rendah dulu, mak akulah yang mula-mula mengajar aku mengenal tulisan al-Quran. Bukan setakat itu aja, habis semua yang berkaitan pelajaran dimulai dengan dia. Tanpa dia aku tiada. memang aku sangat sayang kat mama. Bila dah besar sikit mama ajarlah masak, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, jaga adik, dan lain-lain lagi. Masa tu, lepas darjah 6, mama kata, " Nanti bila abang dah masuk asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju sendiri....., lipat baju sendiri....., kemas baju sendiri....., gosok baju sendiri....., semua sendirilah. heheh.." Masa tu, mama terus bagi kursus kat aku, habis semua dia ajar. Memang hebat betul aku masa tu, sampai senior-senior asyik suruh aku gosokan baju diaorang aja. Tension siut..huhuh... Lepas SPM, sementara tunggu keputusan SPM keluar, mama ajar aku lebih kepada mengurus rumah dan memasak. haha.. Jadi housemaid aku masa lepas SPM hari tu. Masak memanglah reti tetapi bujang punya stail lah. hahah... Nanti bila mama dan ayah balik dari sekolah diaorang terus makan dan rehat sebab rumah dah kemas, baju dah basuh dan dijemur, nasi dan lauk dah masak. Memang hati aku puas juga. Mana taknya, kalo aku masak kureng skit, mesti diaorang kata okay punya. jaga hatilah kononnya, tetapi mama masih bagi nasihat lagi. hehehe...



Walaupun aku dah pelajari segala benda dengan mama, tetapi aku masih merasakan mama buat adalah terbaik. Kalau aku basuh baju dan jemur menggunakan mesin dan sabun yang sama, tetapi mama punya basuhan dan kain jemuran nampak kemas dan lembut saja. Aku punyalah susun macam mana pun mesti nampak macam orang malas. hahaha.. Kalau aku masak sedap manapun, bila mama yang masak sesimple manapun masakan itu, pasti aku tambah berkali-kali. Sebab itulah kalo aku balik rumah boleh bertambah berat badan yang sudah memang berat ni. hahaha.... Kalau aku gosok baju segosok manapun, mama yang gosok cepat lagi dari aku, tidak nampak kedutan lain. Bajunya akan lebih selesa dipakai berbanding aku gosok sendiri. Kalau aku menyapu rumah, pasti aku rasa macam ada habuk lagi, tetapi bila mama yang sapu, habis clear kawasan rumah. Bersih dan kemas. Aku SUKA!!!!!!

Tetapi dah besar-besar ni, tak sesuai dah nak suruh mama ja kan?? aku buat juga walaupun ia tak seBEST mama. Erm.. agak-agaknya ada ke calon isteri yang boleh jadi macam mama?? ehmmmm... Mungkin ada. Tetapi benda ini semua boleh dibentuk. Mama kan ada, bolehlah dia ajar bakal menantu dia nanti. hahah.. tetapi kalau tak tau banyak, teruk plak kena dengan mama nanti. heheh..takdelah, acah aja..:)

Ucapan buat MAMA sempena hari ibu ini. Mama, tiap-tiap hari, hari abang adalah hari mama. Selagi hayat abang ada dan selagi hayat mama ada, akan abang berikan terbaik untuk mama. Mama, terima kasih sebab mendidik abang selama ini. Terima kasih di atas susu mama yang menjadi makanan ruji utama yang pertama bagi diri ini. Terima kasih kerana memarahi abang semasa abang jatuh basikal masa kecil dulu, dalam marah-marah masih lagi mengubati luka abang. Mama, terima kasih kerana beri pendidikan yang banyak kepada abang. Mama adalah yang terbaik sekali bagi diri ini. Semuga mama akan sentiasa sihat, bahagia, bersabar, dan ceria selalu. Muga rezki mama akan terus murah dan sentiasa dalam Rahmat Ilahi.

"Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk mamaku ini. Ampunilah dosanya, ya Allah. Rahmatilah dan berkatilah dirinya agar dia dapat terus melaksanakan amanahMu ya Allah. Ya Allah, mungkin aku bukan terbaik untuknya, tetapi dia adalah yang terbaik untukku. Ya Rahim, Kau limpahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga kepadanya. Tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat memberi yang terbaik untuknya dan janganlah Kau menjadikan aku ada menyakiti hatinya. Bantulah hambuMu ini ya Allah."

Owhh yea.. Sebelum terlupa, kepada mak angkat di Kuala Lipis, terima kasih kerana sudi mengambil berat tentang Nazz, menjaga Nazz, dan segala-galanya. jasamu akan ku kenang selamanya. Nazz merasakn diri ini amat berharga. Terima Kasih.

Selamat Hari IBU semua ibu-ibu di dunia ini. ('_<)

Isnin, 11 April 2011

Belajar dari RAMA-RAMA.....

Seseorang menemukan kepompong rama-rama. Suatu hari dia melihat lubang kecil muncul pada kepompong tersebut. Dia duduk mengamati beberapa jam calon rama-rama itu ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian rama-rama itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak bisa lebih jauh lagi. Akhirnya orang itu memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

rama-rama itupun keluar dengan mudahnya, namun tubuhnya kembung dan kecil dengan sayap-sayap yang mengkerut. Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap bahwa pada suatu saat sayap-sayap tersebut akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuh kupu-kupu tersebut, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Tetapi semuanya tak pernah terjadi.Kenyataanya rama-rama itu malah menghabiskan seluruh waktunya untuk merangkak dengan tubuh kembung dan sayap-sayap yang mengkerut.Dia tidak pernah bisa terbang.

Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut adalah bahwa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang dibutuhkan oleh kupu-kupu untuk melewati lubang kecil itu ternyata adalah jalan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu ke dalam sayap-sayapnya sedemikian rupa, sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.



Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan mungkin itu justru akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang dibutuhkan untuk menopang cita-cita dan harapan yang kita inginkan. Kita mungkin tidak akan pernah “terbang”.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan, tetapi Tuhan memberikan kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar. Kita memohon kebijakan,tetapi Tuhan memberikan berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana. Kita memohon kemakmuran, tetapi Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya untuk mencapai kemakmuran. Kita memohon keteguhan hati, tetapi Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi. Kita memohon cinta, tetapi Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai. Kita memohon kemurahan dan kebaikan, tetapi Tuhan memberi kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita. Kadang Ia tidak memberikan yang kita minta, tapi yang pasti memberikan yang terbaik untuk kita. Kebanyakan kita tidak mengerti atau mengenal, bahkan tidak mau menerima rencanaNya. Padahal justru itulah yang terbaik untuk kita. Tetaplah berjuang dan berusaha. Jika itu yang terbaik, maka pasti Tuhan akan memberikannya untuk kita.

Selasa, 5 April 2011

Seminggu tidak mengajar tetapi............

Seminggu tidak mengajar tetapi aku berkhidmat untuk sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah JB sebagai pegawai pengelola peserta sempena Kejohanan Olahraga Ke-44 MSSD JB. Amacam? menarik tak kerja tu?? hahaha... Penat woo.. Pagi dan petang tue!!! patutnya gaji boleh dibayar double. :P

Kejohanan bermula dari 28 Mac sampai 1 April. Dapat pelepasan selama seminggu. Yang penatnya kena pergi pagi dan petang. Ditambah pula nak memanggil pelajar ataupun peserta sebagai kesediaan sebelum menyerahkan mereka pada hakim acara. Nak panggil bukan senang. Terutama hendak menyusun acara yang melibatkan murid sekolah rendah dan guru. Pergghh.. Rasa nak menjerit ja suruh diaorang beratur atau berkumpul ditempat yang betul. huhuh...

Yang menariknya, aku belajar macam mana hendak mengurus acara sukan dan berkenalan dengan ramai guru dan orang jabatan. hebat tak? huhu... Owhh yea.. tak lupa juga dapat berkenalan dengan pelajar SETA merangkap QM aku.. huhuhuh... Aku rasa bersyukur diberi peluang begini. kalo ada lagi, takkan aku lepaskan. lagipun cuma setahun sekali. Mungkin akan ambil balik ujian KOAM dan menjadi pegawai yang disahkan. huhuh... nanti akan dibayar pula perkhidmatan kita. huhuhu... Rasanya ada orang jabatan dah kenal aku ni.. Senang la naik jabatan..:P hahaha.. berangan jerk...

Di sini aku sediakan sedikit panorama semasa berlakunya kejohanan ini. Ohh yea... MSSJ juga bakal berlaku di JB sebab menjadi tuan rumah. Kalo ada rezki, aku terlibat juga.. hehehe.. doa2..:)




Empat gambar diatas adalah semasa upacara perasmian oelh Tuan haji Markom, pengarah ppd JB..

Di atas ialah persembahan pencaragam oelh SIGS.. Best dan mantap sebb sekoalh ini dah menang banyak anugerah..


Sedikit panorama pagi di stadium....

Pertandingan untuk guru2...:)


Panoraman, selepas tamatnya kejohanan. Aku ambil gambar dari dalam kereta. hehehe.. rasa cam sayu ja...:P

Ahad, 20 Mac 2011

Segulung IJAZAH dalam genggaman.. Alhamdullillah..

Assalamualaikum...

Mulanya aku nak ucapkan syukur alhamdullillah ke atas Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, aku telah berjaya menghabiskan pengajianku dalam bidang perguruan untuk bahagian matematik sekolah rendah. Setelah difikir-fikirkan, walaupun bukan kelas pertama, tetapi aku tetap syukur kerana berjaya juga aku mengenggam segulung ijazah. Mulanya dulu masa sekolah rendah, cikgu-cikgu asyik bercerita mengenai sijil-sijil dalam pembelajaran ini. Dari UPSR ke PMR ke SPM ke Sijil ke Diploma ke Ijazah ke Master dan PhD. Waahhh.. dengarnya macam menarik kalau dapat kumpul semua sijil. hahaha... Masa kecik-kecik dulu, dengar IJAZAH SARJANA MUDA memang teruja habis. Mula berfikir boleh berjaya ke sampai situ. Susah juga. Mungkin tak dapat sampai kot ke peringkat itu. Tetapi, alhamdullillah, tercapai juga. InsyaAllah, lepas ini akan samabung master. Buat masa ini tengah memikir-mikir master apa yang hendak diambil. Tetapi itu semua bergantung pada rezki. Sekarang ini tumpu pada kerja baru ini dulu. Perlu pastikan gaji yang bakal terima adalah berkat. InsyaAllah..

Ini ada sedikit gambar dalam tempoh konvo ini. Sekadar berkongsi dan bukan untuk menunjuk atau apa-apa.
Gambar sijil yang diterima. IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MATEMATIK RENDAH. Masa ambil sijil ini, naik pentas macam nak buat persembahan dia punya kagetnye tue.. Siap timbalan KPM suruh relax. Muka nampak tak relax kot. huhuhu.. Alhamdullillah semua berjalan lancar. Gembira sungguh.. hheheh..




Gambar ini kami ambil pada hari rabu di Putrajaya. Mulanya kami rancang nak ambil gambar pagi. Sampai ke tengahari semuanya ada hal dengan keluarga. Ditambah pula kami tiada kamera, kami tak pergi mengambil gambar. Hinggalah lepas kami bangun dari tidur petang Wardah ajak kami ambil gambar. Kami juga ada mengupah adik Wardah, iaitu Najjah untuk ambil gambar. Maklumlah dia pakai Dslr..huhuh... Thanks wardah n adiknya Najjah.. hehe..

Smart tak pic ni?? Aku suka.. heheh.. kalo ada ramai2 lagi best.hehehe..



Sebenarnya, banyak lagi aksi lompat yang menarik. huhuh.. tapi malu nak tunjuk.. banyak tenaga dah diabiskan untuk melompat nie..hahha...

Ini gambar yang mendapat rating tinggi.. haha.. Orang kata gambar ini menarik. Anglenye pun menarik.. Aku iyeakan aja.. Najjah yang amik jadikan ia cantik..:)


Ini gambar kitaorang.. Moga kami kekal bersahabat ke akhir hayat. doakan kejayaan kami.

Aku suka gambar ini. Orang yang banyak kali suh aku senyum. Najjah lah orangnya. Pantang time aku ambil gambar. Sibuk lah dia suruh senyum. Bila kita senyum, dia gelak plak. Apalah budak tue..hahah...


Gambar bawah ini plak, gambar diambil lepas majlis konvo. Dengan family. Tidak banyak gamabr diambil kerana nak cepat untuk ke Perak pula. Ada rezki, ambil gambar masa konvo master plak..hehhe...
Sebenarnya konvo ni 17 Mac yea.. kat gambar tue, kami tersalah set masa. :)


Nampak tak bunga dan patung yang dipegang tue?? mak dengan adik yang bagi. heheh.. Jangan jelez yea..:P
Ini adalah mak dan ayah ku. Tanpa dorang aku tak berjaya sampai sini. Thanks to them.. Love them very much..Muahhh..:)

Ini adalah keluarga aku. sayang dorang. Thnks support abang nie yea... Sayang kamu..

Sempat ambil gambar dengan budak ini jer.. hahaha... Syamil namanya.. Dia dah berpunya yea.. So, jangan berangan nak ngurat dia..hahaha...:P


Sampai sini sahaja aku berkongsi.. Nanti ada rezki lain, aku akan kongsi lagi. Muga semua sahabat berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaALLAH.. All the BEST.. :)