Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Khamis, 2 Disember 2010

Benda yang boleh Menyembuh dan Menyakitkan..

Assalam dan selamat pagi..


Apa benda yang boleh menyembuh dan menyakitkan? Aku tahu benda ini dari Imam Muda Asyraf dalam slot selami jiwa Dr Fadzilah Kamsah. Ini di ambil dari kesimpulan yang dibuat dalam slot tersebut. Kata-katanya lebih kurang begini;

" Di dalam dunia ini terdapat satu benda yang
boleh menyembuh dan memberi penyakit.
Itu adalah IBU BAPA.
Sedikit mereka gembira, maka senanglah hidup kita,
sedikit mereka terguris, maka susahlah hidup kita.
Doa ibu bapa adalah yang paling mujarab sekali di dunia ini.
Jangan sesekali kita menguris hati mereka."

Pesanan buat semua, jangan sesekali kita menyakiti hati mak ayah kita. Mereka adalah yang tiada ganti di dunia ini. Tiada siapa atau benda boleh mengantikan mereka. Adalah satu dialog dalam satu cerita melayu yang secara ringkasnya cerita tersebut mengenai adik beradik yang hendak mencari isteri baru untuk ayah mereka. Terkeluar kata-kata dari anak kedua dari keluarga tersebut, "Tiada penganti untuk mak mereka". Saya rasa yang ada hanyalah mak yang baru. Oleh itu ibu bapa kita yang melahir dan membesarkan kita memang tiada ganti. Jika kita hendak menderhaka dengan mereka, cuba fikirkan kembali betapa susahnya mak dan ayah mebesarkan kita. Mak yang mengandungkan kita, melahirkan kita dan menyusukan kita, ingat semua itu mudah ke? Pasti sangat sukar walaupun aku tidak mungkin merasainya. hehehe... Oleh itu, sahabat-sahabat, janganlah kita berbuat yang jahat kepada emak dan ayah kita. Jagalah mereka sebaiknya. Sayangilah mereka sepenuhnya. Fikirkanlah yang sebaiknya untuk mereka. ('_<)

Khamis, 25 November 2010

Kenapa bukan FACEBOOK...

Assalamualaikum...

Hari ini aku sekadar ingin berkongsi kenapa aku tidak lagi berFACEBOOK. Sebelum tamatnya sesi alam pengajian, aku telah mematikan FACEBOOK aku. Lama juga berfikir untuk menamatkan laman sosial ini. Bukan apa, hati ini tidak sedap hati bila log in FACEBOOK ini. Memanglah sebelum ini ada terbaca di dalam solusi bahawa tidak mengapa untuk kita berFACEBOOK. Dengan alasan kita dia tidak menggunakan duitnya untuk memerangi Islam.

Emm.. Memang tiada bukti lagi bahawa Mark Zuckerberg tidak menggunakan duitnya untuk memerangi Islam, tapi cuba kita fikirkan semula. Umat Islam mewajibkan umatnya untuk melakukan zakat. Tujuan zakat pula untuk apa? Untuk membantu membangunkan Islam. Begitu juga untuk Mark, sudah pasti dia akan menyalurkan sedikit dari kewangannya untuk Israel. Fikir kembali, Israel semakin berani untuk mengambil tanah Palestin. Sikit demi sedikit tanah Palestin dijajah. Dibuat rumah untuk penduduk Israel. Mana mungkin Mark tidak beri sedikit wang pun untuk Israel. MENIPU!!!! Pasti ada.Kerana dari sejarah, Israel adalah musuh yang paling dekat dengan Islam di sana. Tahukah anda semua bahawa bumi Palestin sudah hampir hilang dari Google maps? Cubalah lihat baru anda percaya.

Dari blog sahabat saya, FACEBOOK adalah laman kedua yang paling tinggi traffic(pelawat) selepas Google. Di dalam carta traffic yang melayari FACEBOOK, Indonesia,Malaysia,Filipina dan Singapura adalah negara yang paling ramai melayari FACEBOOK. Di dalam keempat-empat negara ini, penduduk majoritinya ialah Islam, betul atau tidak? Fikirkan. Ini membuktikan betapa mudahnya umat Islam ditakluki dengan hiburan. Sedarlah wahai sahabat.

Pasti akan ada yang membantah entri ini. Betul, memang ada yang menggunakan FACEBOOK untuk berdakwah, tetapi, berapa sangatlah orangnya. Kebanyakkannya guna untuk komen sana sini, Like sana sini, Tagged pic sana sini dan lain-lain.

"Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”:- (Riwayat Abu Daud )

 
Sudah banyak kita mengikut program boikot Israel, tetapi dengan nyatanya kita masih lagi menyokongnya. Di mana kesedaran kita sebagai umat? Memang aku tidak dapat membuktikan bahawa Mark tidak gunakan keuntungan dari FACEBOOK untuk membasmi Palestin. Tetapi, andai kata dia ada keluar sedikit dari wang FACEBOOK untuk Israel, macam mana? Bukankah kita seperti bersubahat? Bersamalah kita berfikir secara rasional dan berpandukan iman bukan berorentasikan nafsu. Islam kuat pabila umatnya kuat.

* Entri yang aku tulis adalah sebab aku tidak menggunakan FACEBOOK lagi. Bukan untuk menghasut atau dengki untuk mana-mana pihak. Aku menulis sekadar rasa dan hasil dari bacaan dari blog-blog juga artikel rakan maya yang lain. Sekadar berkongsi, aku tidak menyatakan menggunakan FACEBOOK itu salah, cuma berkongsi rasa. Ada rakan aku yang turut sama tidaklagi menggunakan FACEBOOK, atas dasar dia selalu diganggu oleh manusia-manusia yang tidak sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga saudaranya terutamanya kaum hawa. Banyak lagi kenapa bukan FACEBOOK jadi pilihan. Akan ku berkongsi lagi. InsyaAllah. maaf jika terasa dan sama-sama betulkan jika ada kesilapan. ('_<)

Ahad, 30 November 2008

Cinta VS Persahabatan


Ak kdg2 terfikir, pd umur ak skrg perlu ke ber'awek'.... ade org ckp, dia tak percaya bile org umur kt berkata " emm, sy masih single"... dia percaya bahawa umur tahap ak niemsti dah ade yg pny..tp pendapat die bgs jga, kt blh menanggap kt ni dah ade kalo kt rskn kt sukakan seseorg walaupun org tue tak tau pe2 pasal perasaan kt...

sebenarnye ak sdkt konfius dgn cinta dan persahabtan...kdg2 kt nak bersahabat pun org dh salah anggap sebagai mcm nak 'usha' dier...agaknye, umur tahap nie, berkawan meanz mencari pasangan hidup... mcm ne yea?? ssh jgk gini.....




Pada pendapat ak, cinta n persahabatn ni saling menyokong... kt jgn kecilkan minda kt dgn konsep cinta...cinta bukan hanya ant manusia tetapi dengan sekeliling kita.. yg paling penting cinta kita kepada ALLAH...ALLAH tak penah menghentikan pemberian kasih syg@cintaNYA kpada kt, cuma kt je kdg2 tidak sedar akn cinta yg telah diberikan...tanpa rs cinta persahabtan tue menjadi tak kukuh...tak manis...kosong...cinta tue la wat kt sentiasa hendak bersahabat dgn kwn2 kt... cayala...cuba satu hari nnti korg dah buang rs syg@cinta kat slh sorg kawan korg, pe jd?? korg msti dh tak layan dier... mcm jg bile kt ber'kapel', cinta yg diberikan mmbuatkan kt saling mngambil tahu ant satu sama laen...cuba tb2 kt clash n ms tue kt tak lg memberikan cinta pd pasangn kt, jd kt ak trs lupakan die n tidak lg bersahabat dgn nya...

org slalu ckp berkawan biar seribu tp cinta biar satu...emm...slah tue...cinta kalo satu, yg sebenar2nye hanya cinta pada ALLAH...tp ALLAH mengurniakan perasaan cinta nie untuk kt saling bersahabt n saling sayg ant satu sama laen..oleh tue, kt takleh menolak perasaan cnta nie...Cinta adalah kurniaan ALLAH, jd kt kena belajar mengawalnye... ALLAH dh bg kt petunjuk bagaimn mngawalnye ke jalan yg betul n bukan memesongkannye...anak muda skrg rosak kerana salah meletakkn perasaan cinta ini...mereka meletakkn cinta kpd psngannye lebih dr cinta kpd ALLAH...

mengenai hal jodoh, kt berusaha, ALLAH menentukan...biarlah kt bersahabat dahulu, ade rezki, kt ketemu jodoh juga...yg penting ade usaha n berdoa byk2.. bg yg dah berkapel, jg psgan anda baek2...bukan sekdr men2 shja...letakkn cinta ade di tempat yg betul..jg diri sebek nye...ingatlah bahawa ALLAH sentiasa melihat... kebebasan ada batasnye..

Bersahabatlah kerana ALLAH dan bercintalah kerana ALLAH..CINTA yg hakiki hanyalah cinta ILAHI...

*Apa2 pun ini cuma pendapat, setiap org ade pendapatnya sendiri, asalkan ia tidak lari dr jalan ALLAH, alhamdullilah...


Jumaat, 28 November 2008

Kasihkan mak n ayah sebelum dan selepas mereka pergi

Idea nie bermula masa dgr khutbah jumaat hr nie... walaupun ngantuk2 sikit, tp bertahan... mn taknye, khutbah hr nie psl berbakti kpd mak ayah..

berbakti kepada mak ayah juga dikira jihad, rsnye ctrnye bermula ketika Rasullah didatangi seorg yg ingin pergi berjihad tp tak mampu dr segi fizikal. rasullah bertnyakan adakah mak ayah nye masih ade...
die menjawab ya...
Rasullah berkata, jg lah kedua ibu bapa mu...

yg menarik ak nak bgtau ialah, mengenai, melihat kedua ibu bapa mu ketika ia masih ade...
melihat mereka adalah satu ibadah...
tgk...
senangkan nak dapat pahala...
lihat je mak ayah kita....

nasihat ak kepada semua n diriku...
sementara mak ayah kt msh ada, jaga la mereka sebaik mungkin...
tak kira seburuk mn pun mereka, igtlah, mereka yg berpenat lelah membesarkn kt...
cuba kita duduk n berfikir sejenak pengorbanan mak ayah kt...
bkn apa...kt pun bakal jd mak@ayah...bde2 yg mereka lalui, kt akan lalui...
kt nak terbek tuk kt, knp kt tak wat yg terbek tuk mereka??
berfikir la...