1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita
lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan
ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain
walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana
baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai
mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.
....
Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman
lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita
adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda ...
::Berkenalan::Berkongsi::Bergaul::Berhibur::Belajar::Berfikir::Bertindak::Beriman::Bertawakal::
Memaparkan catatan dengan label Apa-apa aje... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa-apa aje... Papar semua catatan
Rabu, 1 Februari 2012
Selasa, 31 Januari 2012
Kerana kami seorang GURU...
oleh kerana kami ni guru...
bila ada sedikit ganjaran,
semua pakat marah
semua mengungkit pelbagai alasan
waktu kerja jadi bandingan
paling hangat sebab cuti cikgu panjang
ada yang mencemuh sebab murid tak pandai pandai pun
ada yang mencebek sebab murid panjat pagar tanpa gerun
cikgu berniaga antara yang hebat terima kutukan
sampai ke PPD, cikgu yang pergi kursus pun dapat aduan
kereta cikgu lawa, besar pun kena bahan
guru malas, guru tak guna, guru tak bersopan...
haihhhh..... banyak lagi yang mereka bidaskan
Labels:
Apa-apa aje..
Khamis, 26 Januari 2012
Paku di dinding
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘”Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,
sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita .
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati awak......
Labels:
Apa-apa aje..
Ahad, 8 Januari 2012
Lama tak update.. The New Prince of Tennis...
Assalam semua.. pekabar?? wahh.. lama gile tak update.. sejak nak naik sekolah hari tue.. sibuk memanjang. Nie pun, curi2 taip..hahha.. ade lagi keje lum siap. Tadi duk tgah2 aku membelek internet. Aku tgkla laman web download ctr. terutamanya yang anime nie.. Tup2 jumpa prince of tennis yang baru. huhuh teruja siut.. lama dah tak kuar ctr nie.. Favorite aku nie.. Sapa yg nak download ctr nie?? angkat tangan?? nanti aku bg link..huhu...:)
Labels:
Apa-apa aje..
Isnin, 21 November 2011
UPSR 2011.. Terbaikkk.....
Salam. Hari ini baru petang ini aku buka laptop ni. Baca punya baca, aku terbaca pasal keputusan UPSR. Secara keseluruhan, UPSR 2011 menunjukkan keputusan yang sangat baik semenjak dari UPSR 2008. Walaupun sekolah aku cuma 4 orang sahaja yang mendapat 5A, tetapi, cukup alhamdulillah segalanya masih stabil. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENAT LELAH GURU YANG MENGAJAR. Lepas ini, kena usaha lebih untuk mendapat lebih terbaik dari apa yang telah kita capai. Daripada pengamatan aku tentang UPSR kali ini kat sekolah ini, banyak yang perlu sikap murid-murid itu sendiri perlu diperbaiki. Kebanyakkan mereka mengambil benda ini remeh, lepas UPSR sudah mula lupa diri yang keputusan masih belum keluar dan kurang mendekatkan diri dengan Allah. Cikgunya risau, tetapi anak muridnya masih lagi selamber dan endah tak endah. Ahhh, membebel apa plak aku ni..
Ohh yea, tentang keputusan UPSR ini, kawan2 bolehlah baca selanjutnya di link yang aku berikan. Mungkin ia boleh membantu thesis atau kajian dalaman anda. INsyaAllah...
Tahniah sekali lagi... (^-<)
http://buletinkpm.blogspot.com/2011/11/keputusan-upsr-terbaik-sejak-2008.html
Labels:
anak-anak,
Apa-apa aje..
Rabu, 16 November 2011
Thanks, its inspired me...
Assalam.. begini, sebenarnya semalam, macam biasa aku ke sekolah. Lepas punch card, aku masuk ke bilik guru untuk melepakkan diri. Tup-tup atas meja ada kad buatan tangan. Aku duduk dan baca apa yang dituliskan. Wahh... terkejut and sedikit tersentuh. Rupanya anak murid yang beri aku kad tu. Tak sangka rajin plak dorang buat benda gini tuk aku. hahaha... Aku ambil ini sebagai pemberi semangat pada aku untuk aku bantu dorang menghadapi kehidupan ini. Apa yang ditulis dalam tu? Aku ada ambil pic sikit. malas nak hurai banyak2.huhu.. sekadar berkongsi untuk menjadi lebih baik. Aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik untuk anak murid aku ini. InsyaAllah. Muga ia jalan yang betul untuk aku.. Aminnn...
* Aku tak tau apa korang pk jika aku letak benda macam ini. Ini adalah sesuatu yang beri aku inspirasi untuk aku buat lebih terbaik. Thanks for view..:)
Labels:
anak-anak,
Apa-apa aje..,
Coretan
Isnin, 14 November 2011
Kenapa One Piece...
Hari ini aku nak perdengarkan satu lagu pembukaan dalam anime One Piece. Tetapi sebelum itu, aku nak cerita sikit, kenapa aku minat sungguh dekat cerita ini. Anime ini banyak mengajar aku pasal kesetiaan dan kepercayaan dalam bersahabat. Kadang-kadang, aku sampai menangis gak lah kalo ada scene yang berkaitan dengan persahabatan dorang dalam cerita ini. Jangan kata bersahabat dengan manusia sahaja, malah dorang terap nilai bersahabat dengan kehidupan dan benda sekeliling. Bukankah kita biasa mendengar 'Alam akan turut berzikir dan berdoa untuk kita'. Jadi, takkanlah kita tak balas budi dorang kan? Mestilah sama-sama memberi dan menerima. Sekarang anime dia dah mencecah ke 522 episod. Manga (komik) plak, janganlah cerita, dah berapa ratus episod ntah. huhuh...Kalo sesapa yang baru cuba-cuba meminati anime, moh layan One Piece ini, anda pasti tidak menyesal. hehe...
Oklah, berbalik pada lagu pembukaan cerita One Piece ini. Sebenarnya sudah banyak lagu pembukaan dan penutupan untuk anime One Piece ini. Yang aku nak kongsi adalah lagu pembukaan yang ke-14. Lirik lagunya banyak mengajar aku tentang kepercayaan bersahabat dan keyakinan terhadap sahabat. Kalau hayati, boleh tersentuh juga. Jom cuba dengar. Sekadar suka-suka...
P/S: ini bukan nasyid tau, lagunya dalam bahasa Jepun. Ada 2 version, 1 penyanyi lelaki dan 1 lagi penyanyi perempuan, tetapi akubagi yang perempuannya versi. Aku gak ade sertakan lirik tuk mudahkan pembacaan anda semua. Harap terhibur dan hayati..:)
Lirik lagu
Tajuk : Fight Together
Let's leave before the dawn shows
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)
What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)
The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there
So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)
What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)
The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there
So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together
I never compromised
On that day, wherever I looked up
I saw an high endless sky
I came this far
And the several oaths in my heart
Are not hesitating now
I'm carrying them on my back
The sun rises
and lightens my sadness up
I do believe it
One day we'll go find together
The future that connect us as one
There's no one who can substitute you
Don't ever forget
We fight together
Labels:
Apa-apa aje..,
One Piece,
Video CamBest
Selasa, 1 November 2011
Pabila aku kebosanan dalam mesyuarat...
Pernah tak korang semua menghadapi sindrom kebosanan yang melampau? huhuh... Aku SOKMO.. huhuh.. Tengah-tengah bosan tu, apa yang korang buat? mesti macam2 benda pelik yang korang buat kan? kalo aku, kadang2 cari handpon, main game atau sms org. huhuh... tapi kalo ada buku ja, aku conteng2 apa yang patut. huhuh...
Tiga gambar di atas berlaku bila aku dah buhsan sesangat. Contenglah apa yang patut. Dengan bakat yang takde, conteng aja.. Kadang-kadang, ntah pa2 aku conteng. hahah...
Nampak tak, apa yang aku buat dengan abacus@sampoa ni? hahah.. Cari lah sendri apa yang aku buat. benda ini berlaku masa aku pi kursus KSSR tahun 2 selama seminggu. Dah buhsan sgt, buat la benda gini. nasib baik aku tak wat main sorong2. hahha...:P
Tiga gambar di atas berlaku bila aku dah buhsan sesangat. Contenglah apa yang patut. Dengan bakat yang takde, conteng aja.. Kadang-kadang, ntah pa2 aku conteng. hahah...
Nampak tak, apa yang aku buat dengan abacus@sampoa ni? hahah.. Cari lah sendri apa yang aku buat. benda ini berlaku masa aku pi kursus KSSR tahun 2 selama seminggu. Dah buhsan sgt, buat la benda gini. nasib baik aku tak wat main sorong2. hahha...:P
Labels:
Apa-apa aje..
Sabtu, 15 Oktober 2011
Kelebihan Guru Dalam Bajet 2012
Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji
kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan
baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga
pendidik kini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan
negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji
kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan
modal insan cemerlang.
“Memang
pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini
menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat
sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan
tanggungjawab guru kini. Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan
Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan
negara jiran kita Singapura,”.
Pengumuman
bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga
daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Guru bukan siswazah
menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima
kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah
gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia
(SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji
maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut
SBPA.
Apa komen anda sebagai guru ataupun bukan guru??
Labels:
Apa-apa aje..,
sekolah
Ahad, 7 Ogos 2011
Buat duit raya dengan ChurpChurp... Mudah saja..
Apa yang perlu dibuat? Mudah sahaja. Hanya perlu daftar dan mula kongsikan iklan dari ChurpChurp melalui Facebook dan Twitter anda. Daftar pun mudah sahaja. Jomlah join. Siapa yang ada blog pun join lah. Yang dah pakai nuffnang, leh jpin gak kerana ChurpChurp dengan nuffnang bekerjasama. Income dapat berdasarkan per klik. Mungkin satu klik memberi anda 20sen ke 40sen.
Halal kah ia? Halal selagi anda kongsi iklan yang tidak berasaskan arak dan yang haram seperti judi. huhuh.. Yang per klik ini halal ke? emm... anggap macam inilah, Blog ini tempat anda menjual kuih buatan anda sendiri di bulan Ramadhan. Ada rakan anda nak tumpang kuih di gerai anda. Anda kan boleh ambil sedikit upah untuk menjual kuih tersebut. :) Jadi, insyaAllah halal..JOM JOIN!!!!!!
Labels:
Apa-apa aje..,
Duit Tepi,
Ramadhan
Khamis, 4 Ogos 2011
Sudah niat untuk bersahur ke belum? Jom niat sekarang...
Assalam..
Tengah-tengah aku hendak menutup malam ini selepas selesai membuat kerja, saja-saja aku membuka Youtube dan cari lagu-lagu nasyid yang bertemakan Ramadhan. Terjumpa pula video scene Upin dan Ipin berniat puasa semasa sahur. Comel... comel... comel... So, Apa lagi , jom kita berniat sekarang..:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Ramadhan,
Video CamBest,
Video Upin Ipin
Khamis, 28 Julai 2011
Tahniah Malaysia... Aku masih lagi berbangga jadi rakyat Malaysia walaupun kalah dengan Singapore malam ni..
Selepas menyaksikan perlawanan yang berlangsung selama 90minit, Malaysia pada malam ini seri dengan Singapore 1-1 dan seterusnya kecundang ditangannya dengan agregate 6 berbalas 4. Emmm.. sebagai peminat bola sepak Malaysia yang tidak hebat bermain bola dan hanya menyokong sahaja, aku nampak permainan pemain kita ditahap yang tidak berapa bagus. Macam ada satu yang kurang. Nak kata penyokong Malaysia tidak beri sokongan, penuh dah satu stadium tadi. Macam tengok piala dunia. Banyak lepas bola, dan paling ketara pertahanan kita, masih lagi ada yang tidak kena. Malam ini, aku anggap Apex@Khairul Fahmi, boleh dikatakan "Man Of The Match" untuk Malaysia. Banyak bola yang dia usaha untuk tangkis dan berhasil. Memang terbaik. Sampai terniat dalam hati, biar Apex saja yang main sorang. hahaha.... Apa-apa pun aku akan terus sokong skuad negara. Entah kenapa aku nak tengok lebih lagi persembahan dari skuad bola sepak negara kita ini. Cuba jadi macam Nicole David, pegang kejuaraan dunia dan macam pegang piala antara kampung. hahaha... Malaysia, terus maju dan kami akan sentiasa menyokong anda. Jangan risau pasal penyokong kerana kami pasti menyokong anda. heheh...:)
Labels:
Apa-apa aje..
Ramadhan sudah dekat.. Sudah bersedia ke kawan-kawan?
Assalamualaikum...
Wahh!!!! Ramadhan nak dekat dah. Tak sabarnya rasa. Bulan yang paling aku tunggu-tunggu. Bestnya.. TEngah-tengah aku tengok-tengok video kat youtube, teringat nak tengok video pasal iklan Ramadhan. Memang best iklan dari luar. Buat masa ini, aku sediakan sedikit contoh. hehe.. kongsi sesama..:)
lepas ini, kawan-kawan kita sediakan bacaan al-Quran dalam kereta ya..:)
Ini lagi satu yang menarik. Kan kita sunat sahur kerana apa? kerana sahur membezakan kita dengan puasa orang yahudi.. Walaupun seteguk air. jom bersahur. Haa..disamping kita bersahur, apa kata kita solat sunat beberapa rakaat. Solat tahajud pun kira ok dah..:) Jom..
Ini best gak.. Kita nanti jangan nak beli makanan buka ikut nafsu, berikan sedikit untuk orang yang tidak berkemampuan. Bersedekah seikhlasnya, sebab bukankah pahala kita digandakan paling banyak dalam bulan Ramadhan ini. So, apa lagi, jomlah bersedekah. InsyaAllah pahala amalan ini akan bantu kita apabila kita dipanggil nanti.. :)
emmm... ini hiburan sedikit dari kumpulan nasyid Unic dan Inteam bertajuk Kemuliaan Ramadhan. Dengarlah. best... Terbaikk...:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Ramadhan
Khamis, 21 Julai 2011
Suka? Sayang? Cinta? Entahlah.. Aku konfius..:P
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
menyukai,
menyayangi dan mencintai? tak sama kan? kalau orang tu cakap dia suka kita, tak
semestinya dia sayang dan cinta kita, kan? tapi kalau dia cakap dia cinta kita,
maknanya dia sayang dan suka la eh? camtu? jom kita hayati each word of
menyukai, menyayangi dan mencintai.. pendapat saya la..
bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.
bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.
bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.
bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.
bila
kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya
walaupun kamu harus mengorbankan jiwa kamu.
Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”
Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”
Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”
Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”
Suka
adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “tampannya/cantiknya kamu”.
Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.
Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.
di
saat orang yang kamu suka menyakitimu, kamu akan marah dan tidak mahu berbicara
dengannya.
di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.
di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.
di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.
di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.
di
saat kamu suka padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.
di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
Suka adalah hal yang
menuntut, Sayang adalah hal yang memberi dan menerima dan Cinta adalah hal yang
memberi dengan rela.
Gempak.Org
Labels:
Apa-apa aje..
Rabu, 20 Julai 2011
Lagi sekali.....
Assalamualaikum semua sahabat... Apa khabar? Sudah lama, tidak ku tulis sesuatu dalam blog ini. huhuh.. Sibuk juga dengan kerja sekolah yang tidak pernah habis. haha.. Tetapi, ada juga yang curi masa tido, main game dll. huhuh... Buat masa ini aku tak sempat nak menulis apa, walaupun banyak yang hendak dikongsi. Kerana ada kelas malam inilah yang terganggu.. huhu.. kena ganti orang.. tetapi aku nak kongsi video yang aku dapat dari orang juga. hhuhuh.. Sama-sama hayatilah yea..
Labels:
Apa-apa aje..
Rabu, 22 Jun 2011
Temuduga SPP yang aku kurang senang...
Asssalamualaikum... haii semua.. Hari ini aku sangat kecewa dengan diri aku. Banyak soalan temuduga yang au terdiam kaku. Jika bercakap pun, tiada isi. Kalo mengoreng, sama seperti diam. Lebih baik diam sebagai tanda kita taklah mengarut banyak sangat. Nanti penemuduga tu kata kita ni kaki ngarut. hahah...
Apa yang aku dapat hasil dari temudga tadi, sebagai seorang guru, janganlah ilmu kita terlau sikit. Kena tambah lagi walaupun ia tiada kaitan dengan guru. Siapa kata baca NKRA, PIPP, KSSR, FPK dah cukup? Langsung tadi tiada kaitan soalannya dengan benda yang aku sebut ini. Plus, fakta itu penting. Jangan goreng ikut suka ja. Bacalah buku banyak2, tengok berita, baca akhbar, selalu dengar talk dan lain-lain lagi.
Sekarang ini, aku cuma berdoa tuk yang terbaik bagi aku dan rakan-rakan. Moga kami lulus. InsyaAllah.
kepada yang belum temuduga, All the best. Bacalah sesuatu yea...:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Coretan
Khamis, 9 Jun 2011
Belang punya stail bila di kampung...
Assalamualaikum.. hehehe... Belang? Ala, kucing di rumah atuk ini. Dulunya kucing rumah aku. Tetapi, di atas sebab-sebab tertentu, kena tinggalkan kucing ini dirumah atuk. Belang memang sangat manja. Mudah berdamping dengan orang. Plus, sekarang ini suka betul dia tido. Asyik tido ja.. hahah.. Terpaksa lah kacau dia kalo nak bermanja-manja. hehe... Lepas tu, tdo dia dah la unik. Unik sungguh. Aku pun tak pasti mana dia blaja. haha..:P tidor gaya malas...
Perkenalkan diri.. mioww.. aii.. Nama saya Belang. Saya manja dan dari spesis campuran Bengal dan kampung. :)
Saya suka tidur cara ini. Best.. Sonok woo.. heheh...
Labels:
Apa-apa aje..,
kehidupan
Rabu, 8 Jun 2011
Panorama Kampung Tok aku..huhuhu...
Assalamualaikum...
Hai semua, setelah semalaman aku sekeluarga bergerak ke kampung, akhir kami tiba jam 12.10pagi. Huhuhuh.... Jalan yang baik dan hujan renyai sedikit. Dah lama sungguh rasanya tak balik kampung. Rindu plak suasan raya. Best.. Sonok..
Petang ini mahu pergi mandi sungai kat Lawin. Siapa mahu ikut? Angkat tangan!!!! Pengangkutan ditanggung. Tetapi datang Grik dulu lah.. hahaha...
Apa-apa pun nanti aku roger balik. Nak berehat dulu. Tenaga untuk mandi sungai petang ini. hahah...
Labels:
Apa-apa aje..,
kehidupan
Isnin, 6 Jun 2011
Lama punya cerita - Grand Dinner 2010 ::Pembukaan Majlis::
Hai... Hari ini, dengan kudrat internet yang ada, aku telah berjaya memuat naik 2 klip @ video untuk persembahan yang digunakan semasa Grand Dinner PISMP maths 2010. Sepatutnya 3 video yang aku buat sendiri dengan gambar-gambar yang diberi oleh rakan-rakan. Tetapi berjaya muat naik 2 sahaja, lain kali sambung lagi. Di sini akan ku sertakan 2 video yang telah dimuat naik. Video ini disunting oleh aku sendiri dan alhamdullillah, aku rasakan ia terbaik pernah aku buat walaupun simple. heheh... Ohh ye.. Untuk video pembukaan, sepatutnya panjang, tetapi, aku muat naik yang pendek punya sahaja di atas sebab kemampuan tenaga internet yang kurang. hehehe.. Enjoy yok...:)
::Video Pembukaan::
::Video Istimewa 1::
Labels:
Apa-apa aje..,
Video CamBest
Ahad, 5 Jun 2011
Selesai 1 paper...
Hari ini aku habiskan masa untuk tanda paper matematik anak murid aku darjah 5 kelas ke 2 dari 3 kelas. Mungkin ada yang terbayang, kenapa lama sangat tanda. Sebabnya atas dasar kesian, mencari seberapa markah yang boleh untuk bantu diaorang dalam perolehan markah. Tetapi, susah juga nak memberi markah kerana Matematik itu rigid dan tiada gorengan. huhuhu...
Alhamdullillah, adalah yang peroleh A, namun yang FAILED nye pun boleh tahan juga. huhuh.. Ntahlah, siapa yang bersalah, aku harap apa yang telah aku sampaikan diaorang boleh terima. Tinggal mereka perlu usaha lagi. Mungkin ini bukan yang terbaik, InsyaAllah, akan datang diorang akan beri terbaik. Aminnnn.... :)
Tengah mencari-cari gambar yang berkaitan dengan post ini, aku terjumpa beberapa gambar yang melibatkan peperiksaan dan aku rasakan ia menarik dan ingin berkongsi dengan semua. hayati dan fahamilah. So, jangan terkejut kalau jumpa anak murid yang jawab begini..:)
Yang dibawah ini pula, terdapat unsur ugutan. hahah... dah tahu nak jawab, terpaksalah ugut. hahaha..
Ini bawah rumus Maths.. Kalaulah budak expand macam ni. Problem sungguh ni..huhuh..
Kreativ betul fikiran budak ini. hahah.. lain ditanya, lain pula dia bikin rumusnya. hahah...
Yang ini pula, penjelasan pasal graf yang diberi, namun tiada kaitan dengan soalan..:)
Ini pula, kreativ juga orangnya. Memandai ja tambah jawapan sendiri. Baik cikgu tak yah buat soalan. hahah...
Gambar terakhir ini pula, mungkin soalan susah sungguh, ditambah dengan jalan kerja yang tidak teratur, terus ambil keputusan gantung diri. Tekanan budak ini, guru kena berhati-hati dengan budak macam ni. Nasib baik dia lukis saja, kalau betul, susah guru tue..heheh..
Apa yang dikongsi, sekadar perkongsian. Kita sebagai orang yang boleh berfikir, fikirkan kenapa itu jawapan yang diberi. Yang tersurat ditunjuk, yang tersirat perlu difikirkan. InsyaAllah..:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Coretan
Langgan:
Catatan (Atom)












