Memaparkan catatan dengan label bacaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bacaan. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2011

Pelajar tak faham maksud Surah al-fatihah.. ermmm???




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDfihS-QgZFO6ivKnXYn5Aii6z8m7f4wfjG9NiQXor1ycE63vJahtB2fMTJWUSvzgKnba_HBwXdeGqqOTyJ6-HrfNUB3mfh1irsul2zOrvqtcBSMLDgWPZf1sHVQn-IsKvs4UNYCYcdvo/s1600/al-fatihah-res.jpg


Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.

Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang…bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.

Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.
Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.

sumber dari www.hmetro.com.my

Jumaat, 6 Mei 2011

Mungkin sudah tiba masa untuk kita belajar MENGHARGAI.....

Setelah aku selak punya selak, belek punya belek, jumpa post nie.. Walaupun bahasanya sedikit kasar dengan menggunakan gua sebagai saya, tetapi bacalah. Tersentuh juga. Mungkin selepas ini ada yang akan lebih berusaha menghargai sesuatu. Jika aku dikurniakan isteri nanti, akan ku perbaiki diri ini menjadi terbaik untuknya dan akan sentiasa menghargainya. InsyaAllah..:)




Gua dah bernikah sekarang. Isteri gua memang baik sangat2. Tapi dia tak seperti yang gua expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, gua tengok dia memang sorang yang pendiam jer…, jarang gile cakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak gua nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh…. Memang obvious lah kalau gua tegur. Tapi gua suka dia macam tu, so takda la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 dengan lelaki lain..

Cantik???

Memang laaaa...., kalau tak gua comfirm tak sangkut punyer. Haha... Cantik pada mata gua laaaa.... Member2 pon ada yang cuba usha…. Sori le... dia nak layan. Haha…. Memang market gua.... Last2 gua yang dapat, memang rasa bangga gilerrrr.... hehehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hahaha....

Gua usha cara yang elok laaaa..., gi jumpa bapak dia dulu, gentlemen beb! Slowtalk dengan bapak dia. Err...., bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya.. Perghhh.., memang kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau.. Habis kalau tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak!!!! Bapak dia sound la..., “ko ni, camna ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam, hahaha...

Masa tu rasa down giler... bhai.... Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal gua.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta gua??? Huhuhu.... time tu gua dah terpikir nak usha calon lain jer…. Gua memang ada lagi sorang yang gua suka. Haa… yang ni gua memang kamceng giler…. wa cakap luuu…. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasi lah dengan minah ni…. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal gua akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng.. jeng… jeng.. tak seperti yang gua jangkakan. Hahaha… gua ingat kena reject, sekali family diorang terima. Warghh….. happy giler... beb…. syukurrrrr..... Alhamdulillah.

So, memang sah la takda jodoh gua dengan Ika. Time gua bagitau Ika gua nak nikah, dia accept jer….. Kejam gila gua…. Dia kata semoga gua bahagia.. lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompomlah gua sebagai suami Ara. Happynya gua Tuhan jer… yang tau.. kat rumah dia macam biasa, cool jer.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah gua tanya, setengah patah dia jawab. Kalau gua tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi gua yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila gua cakap pasal something, dia macam blur... Macam tak supportive sangat. Last2 gua dah malas nak borak.. oh boringnya….  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia jer… sengih. Cam yang gua buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, gua ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi isteri gua pulak memang macam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas gua yang bersisa rokok pon, dia mesti batok.. tak bau asap rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang isteri, makin lama makin kurang gua merokok..  kalau gian sangat pon gua merokok time kat ofis jer….

Isteri gua kerja hospital, bahagian obat-obatan.. Gua lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 gua yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, memang hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So gua akan selalu bukak tingkap, nyaman sket.. hehehe…

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. takleh bukak tingkap kete, gua dah memang pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata isteri gua keguguran akibat kemalangan tu. Hah….???

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu gua terus suruh Ara berhenti kerja. Dok rumah je.. gua dah korbankan rokok gua, so dia kena korbankan kerja dia. Gua dah tak tahan bau ubat!! Gua sorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami!

Dekat setahun kami nikah, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat gua, nak gua ambik dia jadik bini no. 2.. perghhh… dia sanggup..

Alamak ni dah kes angau betol.. padahal gua baru jer kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat gua. Then gua teros terang je la, gua cakap kat dia, yes gua memang tak kamceng mana dengan isteri gua sekarang.. And banyak benda yang kami takda persamaan.

Ara memang tak banyak bercakap. Kalau gua cuba buat lawak, dia macam tak tangkap jer…. Sedih tol.. tak pandai nak borak. Kalau jumpa member2 gua lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama jer.... hahaha.... macam tu la isteri gua.. kadang2 bila fikir lucu pun ada jugak....

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Gua cuba biasakan diri dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 nikah dulu.. Ara pulak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Gua bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Gua takleh menduakan Ara.. Gua memang sayangkan Ara. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tapi dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan isteri gua. Bab2 agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak gua Hafiz, memang dia trained elok2 ngaji Al-Quran. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi gua itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari gua makin bosan dengan rumahtangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Gua pulak suka keluar lepak dengan kawan2. Makin lama makin jarang gua duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 gua dah kena gi kerja.

Dalam tempoh tu jugak, gua sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate gua. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis gua.. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat gua. So… dialah yang selalu gua ajak keluar malam, teman gua borak2, kadang2 sampai pagi!

Gua sedar gua seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati gua.. Teringin nak kawin dengan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat gua luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat gua. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi gua memang terhibur bila dok dengan Lisa. Isteri gua kat rumah, dengan anak gua jarang sangat gua luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan gua dari hari ke hari. Dia mula sedar gua ada pompuan lain. Satu hari dia bagitau, dia izinkan kalau gua nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. gua pelik, apa kaitan??

Dan gua terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make- up kat muka 2 inci macam takleh kena air, tak ambik air semayang ke? tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So... gua postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan apa gua cakap. So.. sad!!!..

Ketika perkahwinan gua dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru gua diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak (kanser). Ya Allah…!!!

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah (kanser) tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Gua rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau gua..???

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So... jantung jadi lemah.. So... itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi macamana dia boleh ajar anak gua mengaji?

Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap jer.. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal…!!!

Gua buntu…..

Masa itulah baru gua terfikir, kami tak pernah bertikam lidah, tak pernah gadoh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi gua tak sedar selama ni.. gua asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan gua. Dan tak pernah luahkan derita kat gua..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama.. Gua menangis depan doktor tu puas2, walaupun doktor pompuan. Gua dah tak kisah. Gua menyesal dengan cara gua layan Ara selama ni.

Dia dah bagi gua macam2, jaga makan minum, pakaian gua, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah melawan apa gua cakap, apa gua suruh.. Gua suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, gua sempat tengok balik kenangan2 kami.. Gua belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami nikah dulu. Ada satu kotak jam, jam yang gua pakai sekarang.. gua terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara akan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa.

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..*
Berderai lagi airmata jantan gua. Kenapa gua tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa gua tak tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri gua segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah gua beri kat Ara?

Mulai saat tu gua jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak gua bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu gua dah serabai gilerrrr…. Sangat tak terurus…. Baru gua sedar pentingnya Ara dalam hidup gua.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, gua minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Gua nak temani dia puas2. Gua nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu gua. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu gua akan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia tak menyesal nikah dengan gua. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan gua. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Gua dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada gua melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah gua separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Gua tak tahu apa lagi boleh gua buat.. Gua bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Gua pasrah….. Kesedihan gua terubat bila gua lihat dia pergi dengan tenang. Sempat gua ajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu gua kucup buat kali terakhir.. innalillahiwainaillahirojiun… selamat menemui PENCIPTA mu sayangKu…

Kini…, hampir 5 tahun usia pernikahan kami, tinggal gua dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara……

Cara Wardina latih anak lekat solat 5 waktu..



Artikel nie aku mik dari blog Kay. Rakan blog dan IPT..hahah... Mungkin ini tuk kita sendri sebagai bacaan..:)


my penat lelah paid off...[taken from Wardina's blog, i guess]

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Isnin, 22 November 2010

Komik hobiku...

Assalam... hi.. sebenarnya banyak yang aku nak tulis kat entry blog nie.. Tapi nanti dululah. kumpul bahan2 dulu..hehhe... Buat masa ini aku nak berkongsi hobi aku yang biasa aku buat. secara am nya hobiku membaca tapi secara khas nya membaca komik...hehehe... Buat pengetahuan semua aku sudah berumur 23 tahun tapi masih lagi dengan hobi ini. Kenapa?? kerana aku memang membesar dengan komik. minat membaca dibentuk dengan komik.

Sering juga orang bertanya, kenapa masih lagi membaca komik. Macam budak-budak katanya.. Tapi bagi aku komiklah yang membentuk imaginasi dan pemikiran seseorang. Jika anda membaca satu ayat, anda akan terus faham apa yang cuba disampaikan. tetapi, jika anda diberi gambar sahaja, di dalam pemikiran anda akan membentuk pelbagai idea mengenai gambar tersebut. Latihan ini memudahkan seseorang membentuk pemikiran secara mudah tentang sesuatu. Situasinya begini, jika anda diberi satu bentuk, anda akan dapat tahu apa yang terdapat di sisi dan dibahgian belakang bentuk tersebut secara mudah.. cubalah buat..heheh...

Plus, aku juga banyak belajar erti kehidupan melalui komik. Aku belajar erti bersahabat, menerima kelemahan dan kekuatan, dan belajar untuk tidak berputus asa. Banyak lagi yang aku belajar. Yang baik aku ambil yang tidak baik ku jadikan pengajaran. Banyak lagi perihal komik. So kenalah mengalaminya sendiri. Percayalah. Prinsip aku mudah.. Belajar sahaja dengan apa yang ada disekeliling kita. memang banyak membantu... ('_<)

Ini adalah antara koleksi komik yang aku ade.. :)


Dragon Ball... Koleksi pertama yang aku dapat masa sekolah rendah lagi. Best.. Lukisan dia pun kemas dan menarik.

One Piece adalah komik yang paling aku minat. Cerita dia mengajar aku erti persahabatan. Kita tidak boleh berjaya dengan diri sendiri. Sedarlah, bahawa kita perlu bantuan untuk berjaya. Episod dia sekrang sampai komik ke 59. tidak nampak lagi penamatnya.sentiasa ada kejutan. :)

Hunter X Hunter adalah komik mengenai pemburuan. Best komik ini. Sesiapa nak jadi hunter cam crocodile hunter, bacalah komik ni..huhuhu..

Dan banyak lagi koleksi dari keluaran Comics House

Naruto

Misteri Naga

Rave


Hitman Reborn


Yu-gi-oh

Tidak kurang juga komik buatan Malaysia seperti ujang, gila-gila dan lain2. Tapi aku lebih meminati Gempak, Starz, dan kreko.

Diantara koleksi GempakStarz;









Buat pengetahuan semua, kegilaan aku kepada komik menjadikan aku mencari komik-komik terpakai yang dijual. banyak juga yang aku beli secara murah. thanks pada yang menjual. Thanks pada mama and ayah yang tidak pernah membuang komik aku..huhuhu... Plus kami adik beradik memang minat komik. huhu.... cuma genre berlainan.hehehe... ermm.. kepada yang nak membaca, mai lah datang rumah.. Tapi yang kenal2 jela.. tak kenal cam ner nak datang..heheh... k, selamat membca komik.. jadikan ia hobi baru anda...:P Sekadar berkongsi..

Khamis, 11 November 2010

Village View Restaurant and Ampang Hill...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Lama juga tak menulis kat blog nie.. Maklumlah, fokus pada final exam kononnya..huhuh...
Oh ya.. Cakap pasal final exam, last paper adalah sangat mengecewakan untuk diri ku.... Untuk pertama kali meninggalkan kertas soalan dengan ada bahagian yang tidak dijawab. Maybe sebab aku tak habis study or main banyak.. Tapi application memang subjek yang aku leh masuk, tapi..... Rezki takde rasanya.. Takpe, akan diperbaiki lagi...

Selepas final paper, kami Semester 8 dijamu dengan minum petang. Kami memang unite. huhuhuh... Esoknya kami merancang untuk pergi makan2. Aku menyerahkan tugas dan kepercayaan kepada Amin, Sobri, dengan kojey untuk uruskan benda ini.. memang sempoi... Aku suka kenangan hari ini. heheh... Memang menyeronokkan.. Paling tidak boleh dilupa...:)

Kami pergi makan malam di Village View kat Reko, kajang. Memang puas. Makan punya makan, selepas itu kami pergi ke Bukit Ampang. Untuk melihat permandangan Kuala Lumpur diwaktu malam di atas bukit.. hehe.. memang lawa tempatnya.. Romantik.. Di situ kami membuat sesi meluah perasaan dengan menyatakan sesuatu sebelum berpisah. Sebagai orang pertama, tidak tahu apa yang boleh dicakapkan.. Aku minta ampun dan maaf jika aku ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan ada menyakitkan hati kalian... kerana aku insan hina. Aku juga minta halal jika aku teramik hak korang semua sama ada dengan betul prosedurnya ataupun bukan. :) Seronok dapat kenal korang... Memang terbaik... Aku sangat suka kat korng....Moga ukhwah kita akan kekal ya... Apa2 bgtau la... Terima kasih untuk segala ilmu dan menjaga aku selama 4 Tahun ini... Aku sangat rindu... Aku nak nangis tadi, tapi aku kawal juga kerana aku nak pastikan benteng kita terus teguh...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aku percaya yang korang semua pasti akan menjadi insan yang terbaik... Kerana anda adalah terbaik... Yakin dan percayalah...

Again, thanks for everything.. I proud to know u all... sorry ya... MT2!!!!!! Aja-Aja Fightie!!!!!...('_<)

Selasa, 5 Oktober 2010

Personaliti Ikut Bulan Islam


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: ini cuma sekadar berkongsi. Sama ada anda menerima atau tidak itu terpulang. Allah juga tidak suka bagi orang yang menilik..('',)

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. 

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil. 

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. 

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya. 

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga. 

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya. 

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa. 

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki. 

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat. 

Syawal 
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki. 

Zulkaedah 
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan. 

Zulhijjah 
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Rabu, 17 Mac 2010

Sebatang Pohon Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


*cite ni dh biasa kita dengar.ibaratnya pohon epal itu adalah ibu bapa kita. kita tinggalkan mereka bila senang dan cuma cari susah dan perlukan bantuan.wlu begitu mereka ttp cbe mnolong asal anak mereka gembira dan bahagia. itu dalam hubgn kkluargaan-1. lam konteks hbgn prsahabatan-2 jga begitu. kita mula mngabaikn kwn yg sntiasa bsama kita, kwn yg bkngsi ssh snang bila kita seronok bsama kwn baru. tanpa sedar, ada hati yg terluka disaat hati kita gembira..pd kawan2, thnx tuk mereka2 yg sntiasa jdi pohon epal tuk aku..n maaf sgt andai kdg ak jdi bdk kecil yg xthu menghargai :'(

p/s:
1- sayangi ibu bapa.tu mesti.
2- epal, dahan dan batang phon epal hnya tuk mreka yg sntiasa ada d bwh phon. lau pergi xkn dapat lagi.jdi, main prmainan d bwh phon epal, bina rumah di bwh phon epal dan blyar bila phon epal mati.hee~ sy xckup baik tuk jdi cm pohon epal yg sntiasa ada wlu diabaikn.sori.

no more tears.
peace :P
"^_^

Isnin, 23 November 2009

Sang Malas vs Panglima Rajin (Sem6 2009) Bhgian 2

Sambungan episod yang lepas.. hehe..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sang Malas dan konconya terus melakukan serangan tanpa memikirkan apa-apa strategi. Baginya, kemenangan sedang memihak kepadanya. Panglima Rajin dan sahabatnya terus bertahan agar tempat ini tidak jatuh ke tangan Sang Malas. Terus menerus Sang Malas melakukan serangan. Ramai pengikut Panglima Rajin cedera parah. Ada diantara mereka hampir menyerah kalah. Panglima Rajin perlu memikirkan sesuatu agar kemenangan menjadi milik mereka.


Tanpa berlengah Panglima Rajin pergi ke tempat tinggi dan menjerit " Wahai parajurit yang menegakkan keadilan. Anda tidak perlu takut dengan keadaan kita sekarang. kuatkan semangat anda. anda perlu ingat kemanisan dalam kejayaan anda. setiap kejayaan tidak akan manis jika tiada halangan dan tentangan. kenapa kita perlu gentar jika kita yakin haluan kita betul. kita memberikan kejayaan pada TEMPAT ini. TEMPAT ini memerlukan kita. percayalah, tanpa kita tempat ini akan kontang dan seperti padang tandus. anda ingin melihat keadaan begitu!!!!" TIDAKK!!!! semua pengikutnya membalas. " Bagus!! bangunlah sahabat sekalian. perjuangan kita belum tamat. banyak lagi yang kita kena buat. kemenangan milik kita.


Dengan kata-kata tadi, semua pengikut bangkit dan menepis segala serangan yang dibuat. bagi mereka hanya kemenangan yang berada dihadapan. bukan tunduk dan mengalah. Tiba-tiba satu cahaya turun dari langit memancar terus kepada Panglima Rajin dan pengikutnya. Seperti baru sembuh dari pelbagai penyakit, mereka semua mendapat tenaga untuk terus berperang. Sang Malas dan pengikutnya tumbang satu demi satu. Sang Malas mengamuk dan terus menyerang Panglima Rajin tanpa berfikir panjang. Panglima Rajin dengan tenang mengelak dan menjatuhkan Sang Malas. Panglima Rajin terus menghunuskan pedang untuk memenggal kepala Sang Malas. Sang Malas terus merayu dan meminta maaf. Betapa malunya Sang Malas kerana dia telah ditumpaskan di TEMPAT yang sama.


Panglima Rajin melepaskan Sang Malas kerana bukan menjadi matlamatnya untuk mencemarkan TEMPAT ini dengan darah. Semua konco Sang Malas pulang dengan perasaan malu dan berdendam. dia berazam akan terus menyerang TEMPAT ini hingga kemenangan menjadi miliknya.


Keadaan kembali tenang. Panglima Rajin memanggil pengikutnya. " Wahai sahabatku, Sang Malas pasti akan kembali. Kemenangan kali ini bukanlah kemenangan yang berkekalan. jika kita lalai pasti kita tumbang. kita perlulah kuatkan diri kita agar kita sentiasa bersedia. ingat bahawa Allah menjadikan kita agar TEMPAT ini dapat perlindungan sepenuhnya dari gangguan yang tidak elok. teruskan tanamkan benih semangat pada tempat ini. Allah sentiasa berada bersama kita. Yakinlah. ALLAHUAKBAR!!!"

Dalam kehidupan ini, memang kita akan sentiasa berperang di antara sifat malas dan rajin kita. malas adalah satu sifat yang diberi oleh Allah. tapi kenapa?? pasti ada hikmahnya. Malas diberi agar kita mals untuk melakukan maksiat, buat perkara yang tiada faedah, dan semua perkara positif. itulah tujuan nya. bukannya malas untuk melakukan sesuatu yang baik. hehe.. moga ia dapat perbaiki diri kita agar jadi terbaik dari semalam dan terus baik dari hari ini. InsyaALLAH.. moga terhibur.. hehe..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 14 November 2009

Sang Malas vs Panglima Rajin (Sem6 2009) Bhgian 1

Di musim peperiksaan inilah yang biasanya Sang Malas dan Panglima Rajin akan berperang. Macam aku, sekarang berada ditengah-tengah di mana mereka menjadikan aku sebagai medan peperangan. Bahaya sungguh diri ini. Sebagai medan peperangan tersebut, kita kena pilih untuk memberi kelebihan kepada pihak mana. Bukan senang untuk memilih pihak mana yang patut diberi kelebihan. Bergantung pada keadaan diri kita. Kesihatan kita, sekeliling kita, cuaca dan lain-lain. So, aku pun mendapat ilham untuk mereka cerita yang mengarut ini. heheh...

Kisahnya bermula, disebuah kawasan yang menghijau dan sunyi sepi. Jangan katakan bunyi harimau menggaum, bunyi serangga pun tiada. Yang ada bunyi tajam yang dihasilkan pabila angin menerjah daun-daun lalang. Di sinilah sejarah dalam diri manusia sentiasa berulang. Peperangan diantara Sang Malas dan Panglima Rajin. Sejarah ini akan sentiasa berulang pabila kawasan yang berlakunya peperangan ini menerima 'assignment', kerja lebih, dan terutama sekali adalah bila tibanya peperiksaan. Kawasan ini seperti telah disumpah dan akan berulang sejarahnya apabila tiba masanya. Peperangan terus berlaku dan pihak mana yang menang sentiasa berubah-ubah.

Setelah sekian lama, kawasan ini sepi tanpa gangguan, ia kembali muncul. Sang Malas telah kembali setelah ia pulih dari kekalahan yang memalukan dari Panglima Rajin. Kali ini dia berlaku disebabkan Peperiksaan akhir hampir tiba. Kali ini Sang Malas datang dengan konco-konconya yang lebih hebat dan lebih ganas. Sudah banyak kawasan yang dia telah kuasai. Hari demi hari semakin kuat dia menguasai kawasan-kawasan yang dia hendak kuasai. Seperti vampire yang ternampak titisan darah dalam movie Twilight ataupun Blade. Begitulah kerakusan Sang Malas dan konco-konconya. Di sinilah kawasan di mana dia telah dimalukan oleh Panglima Rajin. Kekalahannya dulu, memberinya dendam yang begitu mendalam terhadap Panglima Rajin. kedatangannya kali ini dengan visi dan misi yang jitu dan bermatlamatkan mengalahkan Panglima Rajin seteruk mungkin. Dia membawa Tok Hujan, Megat Katil, Si Bantal, Gebor Biru, Angin Putih, Si TV kilat, dan Sang Internet Tempang. Kesemua pahlawan yang dibawanya bukan calang-calang dan mempunyai rekod terbaik didalam menguasai sesuatu kawasan.

Mendengar akan berita kebangkitan Sang Malas, Panglima Rajin tidak boleh duduk diam. Perasaan resah semakin menghantui dirinya. Dia terus memanggil pahlawan-pahlawan terbaik dia dari semua daerah untuk menjadi bala tenteranya pada kali ini. Dia telah menjangkakan sesuatu yang besar akan berlaku. Oleh itu, dia telah memanggil, Semangat Waja, Laksamana Nota Kecil, Puteri Pen Pelangi, Tok Dzikir dan Si SetiaJitu. Mengikut sejarah dahulu, Panglima Rajin mempunyai ramai pengikut, tetapi pada kali ini hanya beberapa sahaja yang dapat hadir oleh kerana tugas-tugas yang berat sedang dipikul oleh pengikutnya yang lain.

Masanya telah tiba. Sebelum Panglima Rajin berangkat, dia berdoa bersama pengikutnya agar diberi kekuatan dan membantunya dalam menguasai peperangan kali ini. Panglima bergerak dengan langkah yang jitu dan penuh bermatlamat agar dia tidak goyah semasa berlawan nanti. Setibanya dia di situ, dia terkejut kerana kawasan yang dulunya memberi kemenangan pada mereka sedang memihak kepada Sang malas. Ditambah pula Sang Malas membawa pengikut yang sungguh hebat dan terkenal didalam dunia kepahlawanan. Ini telah meruntuhkan sedikit hati Panglima Rajin. Sang Malas ketawa terbahak-bahak sampai ternampak anak tekak nya melihat keadaan Panglima Rajin.

* Bersambung...hehehe...

P/s : Cerita ini akan bersambung sampai akhirnya peperiksaan nanti. ingin tahu pihak mana yang menang di kawasan ini? adakah ia Sang Malas? ikutilah sambungannya.. tunggu...
Apa-apa pun, teruskan semangat menempuh ujian ini. chaiyuk2...heheh...

Khamis, 18 Jun 2009

Artikel Mengenai Komik Di Akhbar Utusan Malaysia

Komik dan remaja sukar dipisahkan


antara komik Jepun yang telah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia yang menjadi kegilaan remaja.


"Komik sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya atau 'teman sejati' di waktu kebosanan sehingga sanggup membelinya hampir setiap hari," kata seorang peminat komik, Syela Syiqim Abdullah, 24.

Menceritakan detik atau sebab beliau jatuh cinta dengan komik, Syela berkata, semuanya bermula sejak enam tahun lalu iaitu ketika beliau menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau.

Katanya, suatu hari beliau dan rakan baiknya Raja Intan Dianna Raja Azaham atau lebih dikenali Nana bersiar-siar ke pekan.

"Saya dan Nana ke sebuah kedai buku dan membelek-belek komik yang dijual untuk melihat serba sedikit kandungannya.

"Kami tertarik walaupun baru membaca beberapa helaian serta ringkasan di bahagian belakangnya dan terus membelinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ukay Perdana baru-baru ini.

Syela berkata, selepas membacanya, dia tertarik untuk membeli komik kedua dan seterusnya sehingga mencecah ratusan buah kini. Jelasnya, dia mengumpul dan membeli koleksi komik tempatan dan luar yang menepati citarasanya seperti cerita cinta dan aksi.

"Saya memperuntukkan paling kurang RM50 sebulan untuk membeli satu komik hampir setiap hari. Namun ada kalanya lebih banyak kos perlu dikeluarkan jika saya membeli dua atau tiga buah sekali gus bergantung kepada komik.

"Biasanya selepas pulang dari tempat kerja, saya akan singgah di kedai runcit atau Sungei Wang untuk membeli komik," katanya.

Ketika ditanya apa reaksi keluarga dan rakan-rakan berhubung minatnya kepada komik, Syela berkata, beliau amat bersyukur kerana ibu dan bapanya amat memahami dan ada kala

ibunya sendiri yang akan membelikannya

komik terbaru.

"Abang saya juga ketika remaja gemar mengumpul komik Ujang Ibu bapa kami memahami serta menyokong kerana komik ini akan membuatkan kami banyak menghabiskan masa di rumah untuk membacanya.

"Rakan-rakan juga menerima secara positif minat saya ini kerana ia sesuatu yang baik dan ada juga yang sudah terpengaruh menjadi peminat komik," tambah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik ini.

Menurut Syela, kebiasaannya orang menganggap komik hanya pembacaan ringan yang menghiburkan tetapi ia lebih daripada itu.

Katanya, apabila seseorang mula meminati komik, mereka akan terus tertarik dengannya, jadi ia akan memupuk minat membaca yang tinggi.

Walaupun mengakui komik mampu mengkhayalkan dan memerlukan peruntukan tambahan, ia juga menenangkan,

mengajar memupuk sifat baik dan mengisi

masa lapang yang akan mengelakkan

diri daripada gejala lepak atau kegiatan

tidak bermoral.

Tambahnya, kelebihan yang ada pada komik sehingga mampu menarik perhatian pembaca adalah keunikan dan keindahan lukisan,

teknik serta warna yang digunakan di dalamnya.

"Cerita yang dipaparkan lebih ringkas dan memudahkan pembaca faham serta biasanya ia kena-mengena dengan kehidupan masyarakat atau fantasi yang sering diidamkan individu terutama golongan remaja," kata Syela.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm


Pembaca komik mampu bijak dan kreatif

AHLI akademik menyifatkan komik mampu membantu pembacanya berfikir dengan lebih bijak dan kreatif.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, komik mempunyai banyak kategori dan setiap satu mengandungi kebaikan selagi tidak memaparkan jalan cerita kurang bermoral atau aksi ganas.

"Saya sendiri kerap membeli komik bergambar termasuk berkaitan sejarah untuk pembacaan seorang anak saya yang mengalami masalah autisme iaitu lambat memahami sesuatu cerita atau maklumat.

"Dengan komik ini, anak saya lebih memahami jalan cerita yang dipaparkan dan mengetahui banyak sejarah penting negara," katanya ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.

Beliau berkata, golongan pelajar pula boleh membaca komik yang menceritakan mengenai bidang pendidikan seperti Matematik dan Sains supaya lebih mendalami bidang itu.

Menurut Ahmad Atory, individu perlu memandang bahan bacaan itu secara positif dan menggalakkan diri serta keluarga membacanya kerana banyak komik yang dijual di negara ini memaparkan nilai murni dan mesej yang baik kepada pembaca.

"Penggemar komik membabitkan setiap peringkat usia masyarakat dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana komik mampu menenangkan pemikiran.

"Ada pelajar genius juga amat gemar membaca komik kerana ia boleh membantu mengurangkan tekanan selepas penat mengulangkaji pelajaran terutama pada minggu peperiksaan," katanya.

Namun dalam soal ini, katanya, individu perlu tahu memilih jenis komik yang dapat mendedahkan mereka dengan ilmu yang baik.

Atory berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau komik yang dibaca anak mereka dan membelikan komik yang bersesuaian dengan usianya supaya tidak terdedah dengan cerita tidak bermoral atau keganasan.

"Individu juga perlu membaca komik pada waktu terluang bagi mengelakkannya ketagih sehingga menjejaskan tanggungjawab lain," tambahnya.

Selain itu, jelasnya, bidang penghasilan komik perlu dikembangkan menjadi sebuah industri yang penting di negara ini.

Tambahnya, bidang itu yang terbukti mempunyai ribuan penggemar setia adalah satu cabang seni penting dan boleh digelar seni pembacaan.

"Ketika ini, penggiat dalam bidang komik termasuk kartunis adalah kurang dan negara perlu memikirkan cara untuk mencari pelapis berkebolehan," katanya.

Pakar Budaya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Abdullah Hassan pula berkata, pembaca komik ada dua kumpulan.

"Ada pembaca yang memilih komik yang dipenuhi perkataan manakala ada pula yang gemarkan komik yang banyak gambar bagi menerangkan jalan cerita di dalamnya.

"Jika ada yang anggap komik negatif, ia salah kerana sama ada positif atau negatif sesebuah bahan bacaan itu, ia bergantung kepada bentuk perkataan atau gambar yang dipaparkan, " kata beliau.

Komik, tambahnya, memudahkan pembaca memahami isi kandungannya kerana dijelaskan secara ringkas melalui tulisan dan gambar jadi tidak hairan sejak puluhan tahun lalu ramai cerdik pandai yang belajar serta menerangkan hasil teori atau ilmu mereka melalui komik.

Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, komik mampu menarik minat individu untuk membaca terutama di kalangan generasi muda.

"Pelbagai jenis komik yang mempunyai kandungan bermutu boleh diperoleh di pasaran dan ia akan membantu pemikiran seseorang dan memberi banyak pengetahuan kepada mereka.

"Lebih baik jika diwujudkan pula komik yang tidak menggunakan bahasa rojak tetapi mengandungi tatabahasa yang tepat," katanya.

Bagi memastikan golongan remaja tidak terdedah dengan paparan berunsur negatif seperti cerita lucah, komik jenis itu perlu dipantau supaya tidak dijual sewenangnya di pasaran.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm


Komik boleh diibaratkan ubat


dua orang kartunis tempatan dikerumuni peminatnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, baru-baru ini.


KOMIK dianggap ‘ubat’ yang berkesan bagi mengurangkan ketegangan pemikiran dan perasaan seseorang.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mariani Md. Nor berkata, antara lumrah manusia adalah lebih gemar melihat objek berbanding tulisan.

Beliau berkata, setiap individu tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa lebih berminat untuk mengetahui sesuatu maklumat jika ia dipaparkan melalui gambar atau tulisan yang diselitkan lukisan berbanding tulisan sepenuhnya.

“Dengan ini, komik adalah bacaan yang dapat menarik minat seseorang membacanya kerana dipenuhi gambar dan karikatur.

“Keindahan dan keunikan lukisan serta ciri-ciri tertentu seperti kelucuan yang dipaparkan di dalam komik membantu pembaca menumpukan perhatian dengannya sehingga melupakan sementara masalah dihadapi,” katanya.

Mariani berkata, setiap peringkat usia dalam masyarakat menggemari komik namun biasanya jenis komik yang dibaca berbeza.

“Golongan kanak-kanak biasanya sukakan komik cerita kartun atau siri kartun yang dibukukan seperti Doraemon dan Shin-Chan.

“Remaja lebih gemar membaca komik mengenai alam percintaan manakala dewasa lebih tertarik kepada komik yang menerangkan urusan perniagaan,” katanya.

Pada masa sama, jelasnya, komik tidak menyumbangkan kesan negatif selagi pembacaannya dikawal.

Menurut Dr. Mariani, komik berbentuk lucah dan ganas perlu dielak bagi memastikan seseorang tidak terdedah dengan nilai negatif.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Noor Azniza Ishak berkata, kebiasaannya penggemar komik terdiri daripada golongan individu yang gemar berimaginasi atau berkhayal.

“Golongan ini juga biasanya tidak banyak bergaul dengan orang lain kerana gemar berkhayal mengenai sesuatu perkara.

“Individu yang gemar berimaginasi untuk menjadi kaya atau pandai akan meminati komik berbentuk pendidikan manakala yang gemarkan aksi kasar seperti pergaduhan dan peperangan lebih tertarik dengan komik kepahlawanan,” katanya.

Menurut Noor Azniza, kesan positif dan negatif daripada komik bergantung kepada jenis yang dibaca.

Segelintir pembaca gemar mencuba apa yang terkandung di dalam komik manakala ada pula yang tidak mengikuti ceritanya,” tambahnya.

Dalam kehidupan ini, jelasnya, individu tidak boleh mengambil sesuatu perkara terlalu serius atau fanatik kerana ia akan menimbulkan kesan negatif.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

Komik mempunyai 1001 kebaikan dan keunikan tersendiri

Bagi kartunis terkemuka tempatan, Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim Anon, 44, komik mempunyai 1001 kebaikan dan keunikan tersendiri.

Maka tidak hairanlah penggemar komik wujud di seluruh dunia dengan jumlah jutaan orang.

Di negara ini sahaja penggemarnya berjumlah ratusan ribu.

Ujang berkata, komik terbahagi kepada pelbagai jenis dan antara yang popular adalah Selapstik serta Editorial.

Katanya, jenis Selapstik adalah kartun yang tidak mempunyai dialog seperti Tom and Jerry dan Editorial pula seperti kartun Lat.

"Komik diminati kerana ia seni visual iaitu mudah difahami dan lebih ringkas.

"Bahan bacaan ini mempunyai banyak kesan baik antaranya, menenangkan ketegangan perasaan dan pemikiran, membantu pembaca lebih cepat mendalami cerita, menceriakan, murah serta dapat mengisi masa lapang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, katanya komik biasanya bukan sahaja mengandungi cerita atau karikatur menarik yang ringkas, tetapi juga iklan, fakta mengenai sesuatu produk atau perkara penting, peraduan dan pelbagai isu berkaitan kehidupan masyarakat.

Tambahnya, walaupun komik diakui mampu membuatkan individu ketagih mengikutinya dan bersikap negatif apabila membabitkan jenis peperangan atau lucah, ia dapat dielakkan dengan mengawal pembacaannya.

Menurut Ujang, pada awal penerbitan komik di negara ini iaitu sekitar tahun 80-an, ia sukar diterima secara meluas kerana ramai ibu bapa yang menganggap komik memberi unsur negatif dan mempengaruhi pemikiran anak mereka.

Namun pada tahun 90-an pasarannya semakin baik kerana masyarakat mulai sedar kebanyakan komik mengajar pembacanya menanam sifat murni dan memberi kebaikan tambahan lain melalui ilustrasi atau visual.

"Penerimaan terhadap komik semakin dapat dilihat apabila kerajaan menubuhkan Sekolah Seni Johor Bahru di Johor dan Sekolah Seni Kuching di Sarawak bagi membantu individu mendalami seni visual dan lukisan.

"Penubuhan sekolah ini membantu menyediakan pelapis dalam bidang penghasilan seni visual dan lukisan termasuk untuk komik," katanya.

Sementara itu, jelasnya, sekitar tahun 1995 hingga 2000, komik tempatan mampu dijual lebih 400,000 naskah sebulan yang memberi pulangan ratusan ribu ringgit kepada pengeluar dan kartunisnya.

Ditambah hasil pendapatan iklan yang dipaparkan di dalam komik, ia membuatkan penghasilnya hidup senang. Bagaimanapun Ujang berkata, selepas tahun berkenaan, jualannya semakin menurun akibat faktor lambakan komik dari negara luar dan kemudahan membacanya di internet.

"Pembaca tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana dengan strategi yang diambil syarikat luar untuk membukukan rancangan kartun popular sebagai komik, mereka pasti terpengaruh. Ada pula pembaca yang tidak sedar komik yang diikuti adalah komik luar," tambahnya.

Ujang yang sudah berkecimpung sebagai pelukis komik hampir 30 tahun, berkata, kerajaan perlu lebih prihatin dan harus mengambil langkah berkesan untuk membantu kira-kira 2,000 pelukis komik dan animasi tempatan supaya mampu terus menjual karya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm


Kartun dan komik tempatan wujud sejak sebelum merdeka

Sejarah kartun dan komik di Malaysia dikatakan bermula sejak zaman sebelum merdeka.

Kewujudan pertama kartun dan komik di negara ini disiarkan di dalam dua akhbar iaitu Warta Ahad sekitar Mei 1936 dan Warta Jenaka pada September 1936.

Sejak itu, kartun dan komik semakin berkembang dan melahirkan ramai kartunis hebat termasuk Raja Hamzah, K. Bali, Osman Kangkong, Mohd. Sallehuddin, Halim Teh, Yusuf Sharif dan Hashim Awang.

Presiden Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik), Muhd. Azhar Abdullah berkata, pada tahun 1950-an pula, terbitan Utusan Zaman menghasilkan kartun dan komik Wak Ketuk yang popular ketika itu.

"Pada zaman berkenaan, kartun dan komik disiarkan dalam cerita politik dan berkaitan kehidupan masyarakat tempatan," katanya ketika dihubungi Mega baru-baru ini.

Beliau berkata, komik adalah medium yang digunakan sebagai bahasa komunikasi visual bagi menarik perhatian pembaca. Ia lebih ringkas, banyak gambar dan mudah difahami," katanya.

Muhd. Azahar memberitahu, penerimaan kepada komik dapat dilihat melalui kewujudan Pekomik.

Katanya, Pekomik penting bagi memenuhi kehendak golongan karyawan atau penggiat komik dan peminat tempatan yang kian bertambah.

"Dengan Pekomik, golongan ini akan mendapat faedah sepenuhnya daripada usaha dan minat tinggi mereka terhadap komik.

"Pekomik juga bertujuan mengembangkan dan memartabatkan dunia komik negara melalui penganjuran pelbagai program serta aktiviti termasuk Anugerah Pekomik," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm


Sume di atas dari Utusan Malaysia

Isnin, 25 Mei 2009

Samudera Buat Guru..

Di sudut pintu utama kelas , terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan , raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang. “Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula . “Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu. Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya . “Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?” Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa. “Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”. “Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?” Samad hanya diam tanpa jawapan . “Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri” Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya.

Di hari yang lain

“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??” Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”. Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi. “Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan . “Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”.

Kampung Sebiru

Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa. Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti . Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti. Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah. “Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya. “Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad.

Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain . Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya. “Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan.

“Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya. “Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi . Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu. “Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.



“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”. Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”. Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun. “Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah. Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya.

“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru . “Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan. Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru. Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.

“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah. “Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang. Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting. “Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan. “Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid. “Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid. Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.

“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan. “Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta. “Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri. Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad. “Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad. “Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan. “Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad. Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya. “Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.

Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi. “Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan. Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya. “Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih. “Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara. “Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.

Di atas pentas
“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk , “Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”. Majid memulakan biacara. “Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah. Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh. Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah . Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya. “Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian. Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..

SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang Tiada gelora,
Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,

Pada pantai aku melepas rindu,
Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,

Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku, Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku, Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku, Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku, Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok… Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…


Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar , Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya. Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya. Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.

*cerpen ini diambil dari iluvislam.com dari
Mohd lutfi Hafifi. Mutah , Jordan

Dari cerpen ini, ia mengajar bagaimana sebenarnya menjadi seorg guru... bukan sekadar nak memastikan pelajar belajar atau buat kerja sekolah tetapi, penerapan sesuatu nilai untuk kegunaan semasa diluar kawasan sekolah dan kehidupan.. guru perlu betul2 menilai apa yang baik atau buruk sebelum menerjah pelajar kita.. pelajar adalah amanah kita.. igt jgn pecah amanah.. pe hukum nya?? tny la ustaz...heheh....