Memaparkan catatan dengan label Mari Berfikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mari Berfikir. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Gambar yang aku rasa kena kongsi.... Mari Berfikir...

Assalamualaikum..

Sudah 2 hari kita berpuasa. So, macam mana? Ada yang tinggal ke? Ishh2.. jika tiada keuzuran. Jangan tinggal yop! WAJIB ni.. So, untuk isi masa petang2 ini, aku melayari internet dan ber'Yahoo Massenger' dengan seorang rakan kenalan dari Sabah. Seorang photographer, yang kalau anda kenal, mungkin tidak sangka dia seorang photographer. hehe.. Anyway, aku hendak kongsi sedikit gambar yang dia kongsi, supaya kita sama2 bermuhasabah diri dengan nikmat yang telah diberi oleh Allah dan keindahan alam yang kita jarang nampak sebab dikaburi oleh pandangan mengejar dunia. Jadi, jom sama2 kita hayati gambar yang diberi. Diatas permintaan tuan empunya gambar, aku tidak memberi apa-apa penjelasan ke atas setiap gambar. Sebab dia nak kita menilai gambar tersebut ikut perspektif diri kita sendiri. Tepuk dada, tanya IMAN.


Dua gambar terakhir ini aku paling suka. Sebab aku pernah berangan nak ambil gambar suasana macam ini. Lawa dan mendamaikan. Ada juga gambar pemandangan disamping tuan empunya gambar tetapi aku diamanah tidak dikongsi gambar tersebut. Jadi, ini jelah yea. Jom perhati, dalami dan insafi.

Ahad, 5 Jun 2011

Ini salah SIAPA!!!!

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua... :) Seperti biasa, diwaktu cuti sekolah, tiada apa yang perlu dibuat, akhbar dibelek. tetapi, sejak seminggu dua ni, aku berang betul dengan spesis sejenis dengan kita semua. Adalah kesnye yang menyebabkan aku berang.

Kes 1 : Melibatkan Bayi @ anak yang baru lahir.



Yang pertama, masa aku belek akhbar, terbaca kes bayi dicampak dari tingkat 10. Habis berkecai kepala bayi tersebut. Ishh.. sampai hati ibu untuk mencampak bayi tersebut. Esoknya pula, bayi dibuang didalam tong sampah. Mak aii.. sekarang ini main Amazing Race cari bayi ke? Siapa dapat cari bayi yang dibuang, akan mendapat ganjaran. Secara kasarnya, ' Kalau dah tau main, jangan lah sampai buat bayi ' Bengonglah korang nie!!! Dahlah buat maksiat, dosa tue pun tak taubat lagi. Ini tambah plak dengan buang bayi. Gila lah lu bai.. Lepas tu, binatang yang tak besalah dilibatkan. Mana taknya, manusia yang berperangai haiwan. Apa kaitannya? Ibu haiwan pun suka dan akan beri perlindungan pada anak-anaknya. Manusia yang jenis ini ja yang tak sayang anak. Wahai manusia, sedarlah, setiap perbuatan kamu pasti akan dihisab. Berfikir mengikut iman, bukan ikut nafsu dan pengaruh. Tolonglah, tidak larat dah hati ini nak baca benda-benda gitu. Sakit sangat2. Moga Allah berikan kita petunjuk dalam setiap gerakan kita di bumi yang fana ini..

Kes 2 : Anak-anak remaja kita.

Hari ini, aku tengok page depan. kisah anak remaja kita sudah berani buat maksiat di rumah. Klik ini, dan bacalah sendiri. myMetroSeks hobi masa lapang . Itu belum yang remaja kita belasah warga emas atau pun orang tua. Mana rasa hormat mereka? Katanya kita hidup gaya ketimuran. Tapi? macam banyak ke arah ke baratan dan terus ke arah jahiliah. Haii.. Tambah plak kisah video klip orang kita yang seakan-akan berbaur lucah. Tidak silap tajuknya Marilah. Aku dah tengok, pergghhh.. memang teruk. Cayalah.. Cubalah tengok. Ini ibarat permulaan video seks disebar secara terbuka. Aduhhh.. Inilah Islam pada nama saja. Risaunya aku... Remaja sekrang, tolonglah sedar kesilapan kita ini. kembalilah.. InsyaAllah, kita akan diberi petunjuk. Kepada org sekeliling, prihatinlah sikit. jangan anggap gejala macam ini sebagai satu yang biasa. Sekurang-kurangnya, berdoalah semuga diberi petunjuk. Bantulah yea.. :)


Secara peribadi, aku sangat susah hati dengan keadaan sekarang ini. Pengaruh negatif terlalu besar pada anak-anak kita. Siapa yang pengaruh? tentulah orang-orang yang sudah tahu menggunakan akal dengan betul tetapi tidak menggunakannya secara rasional. Ini semua Israel lah nie. hahaha.. Aku selalu cakap macam tu, Saja untuk meletakan kesalahan atas diaorang. Sebabnya, dia selalu sangat tindas suadara kita kat sini. Kita sedar ke tak ni???!!! Dulu kita duk sibuk boikot, sekrang ini, senyaplah plak. Mananya boikot2 tue?? Takkan dah senyap kowt?? Kemonlah.. hahah...Boikot barangan Israel dan sekutunya. Boikot Facebook!!!!...:P Itu produk Israel tue.. Gunalah produk buatan Malaysia.. hahaha.. Apa-apa pun, fikirlah rakan..

Sekadar peringatan untuk diri ini agar jadi panduan sepanjang zaman, InsyaAllah..

Isnin, 24 Januari 2011

Selamat Hari Raya....??

Berkata Hasan al-Basri ; "Setiap hari yang kosong daripada maksiat adalah Hari Raya. 
Setiap hari yang diisi dengan ketaatan, zikir, dan syukur kepada Allah adalah Hari Raya"


Aik?? Kenapa tiba-tiba raya pula kan? Sebenar benda ini aku saja nak kongsi bersama dengan orang ramai kerana kebanyakkan kita hanya memikirkan raya hanya Aidilfitri dan Aidiladha. Hari raya didefinisikan sebagai hari yang sangat istimewa dan berbeza dengan hari-hari yang lain. Pada hari itu, mereka bersuka ria dan bergembira bersama dengan orang yang dekat dihati mereka. Cuba kita fikirkan semula, hari yang bersih tanpa maksiat dan hanya ketaatan kepada ALLAH adalah sesuatu yang sangat memberi kepuasan pada kita. Betul tak? Senang cerita bila kita tengah terfikir tentang satu makanan yang sedap-sedap, tiba-tiba, datang seseorang dan hantar makanan tersebut pada kita, pasti kita makan dan habiskannya. Kita pasti akan puas. 


Mungkin ada yang telah maklum, bagi umat Islam terdapat 3 Hari Raya yang kita raikan. Bukan 2 tau...huhuhu.. Hari Raya tersebut ialah; 1. Hari Raya yang disambut setiap minggu iaitu Hari Jumaat dimana pada hari itu kuam muslimin bersuka ria dengan menyempurnakan solat selama 1 minggu. 2. Hari Raya Aidilfitri yang dirai setelah kita selesai menyelesaikan puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan disambut pada bulan Syawal. 3. Hari Raya Aidiladha dirai setelah menyempurnakan ibadah haji. Muslimin bergembira kerana telah berjaya melaksanakan perintah Allah dan maghfirah daripada-Nya. Untuk Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha adalah diharamkan berpuasa untuk kita, manakala untuk Hari Jumaat, makruh untuk berpuasa jika tidak diikuti sehari sebelum atau selepasnya. 

Dalam hadis riwayat al-hakim, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud; 
" Hari Jumaat adalah Hari Raya bagimu. maka janganlah engkau berpuasa padanya kecuali berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya."

Ini sekadar perkongsian untuk semua. Semoga Allah tidak menutup pintu hati kita menerima rahmatnya. Kita juga perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah bukan hanya pada manusia sahaja. Kerana resam kita sebagai Khalifah di muka Bumi Allah ini, Jaga hubungan kita dengan Allah, Manusia dan Alam sekeliling. Moga kita sentiasa perbaiki diri kita dan memperbaiki diri kita dari hari ke hari kerana setiap hari yang bebas maksiat dan penuh dengan munajat kepada Allah adalah Hari Raya. Jom beraya tiap-tiap hari...(^_<)


Sumber : Solusi edisi isu no.27

Rabu, 19 Januari 2011

Ukur sendiri........

Assalam dan salam sejahtera..




Seperti biasa, rutin harian, buka 'lappy' ayah aku dan check email. Pastu bukalah apa yang patut. Aku try buka Tagged aku. Dapatlah satu comment dari sorang rakan Tagged. Menarik juga dengan apa yang diberi. Rasa ingin berkongsi dengan semua menjadikan aku hendak meletakkannya di dalam blog ini. Mungkin ada yang lain pendapatnya, tapi ini sebagai peringatan kepada sahabat yang sudah berpasangan diluar sana untuk menjadi kita punya alat ukur sejauh mana tanggungjawab kita terlaksana sebagai seorang anak kepada seorang insan yang melahirkan kita. Mari kita selami bersama. 


Bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan KOL pasanganku
Entah bila... aku nak KOL Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


* Terima kasih kepada rakan Tagged dengan kiriman ini. Aku tidak mengubah apa2 dan terus letakkan di blog ini. Sekadar renungan dan bukan ditujukan kepada sesiapa diluar sana. InsyaAllah..

Isnin, 20 Disember 2010

Itu adalah terbaik untuknya....

Assalamualaikum. Apa khabar semua? aku masih lagi dikampung. Menikmati suasana yang tenang dan dingin. Ditambah pula hujan sokmo di sini. hehhe... Aku ingat hendak tulis mengenai kampung halaman dan perjalanan ke sini. Tetapi apa yang akan aku tulis sama dengan tajuk di atas. (^_^)

Bukan SEMUA yang kita mahukan
Kita DAPAT,
Bukan SEMUA yang kita mahu dan kita dapat
Membuatkan kita gembira,
Bukan semua yang kita dapat
Buat kita GEMBIRA,
Semuanya ketentuan ILAHI,
Setiap yang kita miliki perlu kita hargai
Walaupun ia hanya sekadar SECEBIS KENANGAN.
Bersyukurlah dengan apa yang ada sekeliling kita.
* Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi. Jangan putus harapan. Shinjiteru!!! (percaya pada diri). Setiap apa yang kita terlepas pasti ada baik dan buruknya. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya dan diri kita. Kita tidak tahu aturan yang telah dibuat oleh ALLAH. Kita sekadar berdoa dan merancang. Hanya ALLAH yang menentukan apa yang terbaik untuk hambaNya. Ingatlah, kadangkala ALLAH memberi kesenangan bukan kerana suka akan kita malah ia telah meningkatkan tahap ujian pada diri kita. Orang yang kufur dengan nikmat yang ALLAH beri pasti akan lebih jauh dengan ALLAH. Bersyukur dan janganlah berlebih-lebihan. Sekadar berkongsi.

Kepada "Siti Khadijah" saya doakan kamu terus bahgia di dunia dan di akhirat. Terima kasih menjadi sahabat yang baik dan sentiasa memberi peringatan pada diri yang sentiasa diuji ini. Saya yakin kamu akan memberi yang terbaik untuk diri kamu dan keluarga kamu. Terima kasih untuk pengalaman ini. (^_<)

Khamis, 2 Disember 2010

Benda yang boleh Menyembuh dan Menyakitkan..

Assalam dan selamat pagi..


Apa benda yang boleh menyembuh dan menyakitkan? Aku tahu benda ini dari Imam Muda Asyraf dalam slot selami jiwa Dr Fadzilah Kamsah. Ini di ambil dari kesimpulan yang dibuat dalam slot tersebut. Kata-katanya lebih kurang begini;

" Di dalam dunia ini terdapat satu benda yang
boleh menyembuh dan memberi penyakit.
Itu adalah IBU BAPA.
Sedikit mereka gembira, maka senanglah hidup kita,
sedikit mereka terguris, maka susahlah hidup kita.
Doa ibu bapa adalah yang paling mujarab sekali di dunia ini.
Jangan sesekali kita menguris hati mereka."

Pesanan buat semua, jangan sesekali kita menyakiti hati mak ayah kita. Mereka adalah yang tiada ganti di dunia ini. Tiada siapa atau benda boleh mengantikan mereka. Adalah satu dialog dalam satu cerita melayu yang secara ringkasnya cerita tersebut mengenai adik beradik yang hendak mencari isteri baru untuk ayah mereka. Terkeluar kata-kata dari anak kedua dari keluarga tersebut, "Tiada penganti untuk mak mereka". Saya rasa yang ada hanyalah mak yang baru. Oleh itu ibu bapa kita yang melahir dan membesarkan kita memang tiada ganti. Jika kita hendak menderhaka dengan mereka, cuba fikirkan kembali betapa susahnya mak dan ayah mebesarkan kita. Mak yang mengandungkan kita, melahirkan kita dan menyusukan kita, ingat semua itu mudah ke? Pasti sangat sukar walaupun aku tidak mungkin merasainya. hehehe... Oleh itu, sahabat-sahabat, janganlah kita berbuat yang jahat kepada emak dan ayah kita. Jagalah mereka sebaiknya. Sayangilah mereka sepenuhnya. Fikirkanlah yang sebaiknya untuk mereka. ('_<)

Isnin, 29 November 2010

Mari BerFIKIR...

Ini adalah kata-kata yang aku petik dari bacaan akhbar yang saja-saja diambil untuk dibaca. Diruangan SMS pembaca. Mari kita fikirkan;

Dahulu, Hendak mencari orang JAHAT
adalah SUSAH.
Sekarang, Hendak mencari orang BAIK
pula yang PAYAH.


* Apa yang boleh aku katakan pabila difikir-fikirkan, betul juga kata-kata pembaca akhbar tersebut. Setiap kali kita selak akhbar, pasti ada sahaja berita mengenai jenayah yang dibuat oleh orang kita. Yang buang bayilah, yang membunuh, yang menyeleweng, yang merogol, yang memperkosa, yang sanggup menendang emak dan ayah sendiri dan lain-lain lagi. Ya Allah, sungguh tidak selamat bumi kita sekarang ini. Apa lagi yang kita boleh buat agar dapat dibendung dengan semua gejala ini? marilah kawan-kawan, ajaklah rakan kita membuat perkara yang baik-baik sahaja. Jangan diikut sangat nafsu. Kelak, kita yang susah. Percayalah, Kita pasti di balas dengan setiap apa yang kita lakukan. Fikirlah. ('_<)