Khas untuk mamaku dan ibu-ibu diseluruh dunia yang bakal sambut hari ibu pada 8Mac2011..
Mungkin ada yang sudah ataupun belum maklum bahawa hari Ahad kedua dalam bulan Mei adalah hari Ibu. Aku pun baru tahu sebab tiap-tiap hari adalah hari Ibu. Tiap-tiap akan menyayanginya. Senang cerita dia adalah perempuan yang paling aku sayang. Tiada lain selainnya. Dialah yang beri aku kehidupan. Teringat masa sekolah rendah dulu, mak akulah yang mula-mula mengajar aku mengenal tulisan al-Quran. Bukan setakat itu aja, habis semua yang berkaitan pelajaran dimulai dengan dia. Tanpa dia aku tiada. memang aku sangat sayang kat mama. Bila dah besar sikit mama ajarlah masak, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, jaga adik, dan lain-lain lagi. Masa tu, lepas darjah 6, mama kata, " Nanti bila abang dah masuk asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju sendiri....., lipat baju sendiri....., kemas baju sendiri....., gosok baju sendiri....., semua sendirilah. heheh.." Masa tu, mama terus bagi kursus kat aku, habis semua dia ajar. Memang hebat betul aku masa tu, sampai senior-senior asyik suruh aku gosokan baju diaorang aja. Tension siut..huhuh... Lepas SPM, sementara tunggu keputusan SPM keluar, mama ajar aku lebih kepada mengurus rumah dan memasak. haha.. Jadi housemaid aku masa lepas SPM hari tu. Masak memanglah reti tetapi bujang punya stail lah. hahah... Nanti bila mama dan ayah balik dari sekolah diaorang terus makan dan rehat sebab rumah dah kemas, baju dah basuh dan dijemur, nasi dan lauk dah masak. Memang hati aku puas juga. Mana taknya, kalo aku masak kureng skit, mesti diaorang kata okay punya. jaga hatilah kononnya, tetapi mama masih bagi nasihat lagi. hehehe...
Walaupun aku dah pelajari segala benda dengan mama, tetapi aku masih merasakan mama buat adalah terbaik. Kalau aku basuh baju dan jemur menggunakan mesin dan sabun yang sama, tetapi mama punya basuhan dan kain jemuran nampak kemas dan lembut saja. Aku punyalah susun macam mana pun mesti nampak macam orang malas. hahaha.. Kalau aku masak sedap manapun, bila mama yang masak sesimple manapun masakan itu, pasti aku tambah berkali-kali. Sebab itulah kalo aku balik rumah boleh bertambah berat badan yang sudah memang berat ni. hahaha.... Kalau aku gosok baju segosok manapun, mama yang gosok cepat lagi dari aku, tidak nampak kedutan lain. Bajunya akan lebih selesa dipakai berbanding aku gosok sendiri. Kalau aku menyapu rumah, pasti aku rasa macam ada habuk lagi, tetapi bila mama yang sapu, habis clear kawasan rumah. Bersih dan kemas. Aku SUKA!!!!!!
Tetapi dah besar-besar ni, tak sesuai dah nak suruh mama ja kan?? aku buat juga walaupun ia tak seBEST mama. Erm.. agak-agaknya ada ke calon isteri yang boleh jadi macam mama?? ehmmmm... Mungkin ada. Tetapi benda ini semua boleh dibentuk. Mama kan ada, bolehlah dia ajar bakal menantu dia nanti. hahah.. tetapi kalau tak tau banyak, teruk plak kena dengan mama nanti. heheh..takdelah, acah aja..:)
Ucapan buat MAMA sempena hari ibu ini. Mama, tiap-tiap hari, hari abang adalah hari mama. Selagi hayat abang ada dan selagi hayat mama ada, akan abang berikan terbaik untuk mama. Mama, terima kasih sebab mendidik abang selama ini. Terima kasih di atas susu mama yang menjadi makanan ruji utama yang pertama bagi diri ini. Terima kasih kerana memarahi abang semasa abang jatuh basikal masa kecil dulu, dalam marah-marah masih lagi mengubati luka abang. Mama, terima kasih kerana beri pendidikan yang banyak kepada abang. Mama adalah yang terbaik sekali bagi diri ini. Semuga mama akan sentiasa sihat, bahagia, bersabar, dan ceria selalu. Muga rezki mama akan terus murah dan sentiasa dalam Rahmat Ilahi.
"Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk mamaku ini. Ampunilah dosanya, ya Allah. Rahmatilah dan berkatilah dirinya agar dia dapat terus melaksanakan amanahMu ya Allah. Ya Allah, mungkin aku bukan terbaik untuknya, tetapi dia adalah yang terbaik untukku. Ya Rahim, Kau limpahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga kepadanya. Tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat memberi yang terbaik untuknya dan janganlah Kau menjadikan aku ada menyakiti hatinya. Bantulah hambuMu ini ya Allah."
Owhh yea.. Sebelum terlupa, kepada mak angkat di Kuala Lipis, terima kasih kerana sudi mengambil berat tentang Nazz, menjaga Nazz, dan segala-galanya. jasamu akan ku kenang selamanya. Nazz merasakn diri ini amat berharga. Terima Kasih.
Selamat Hari IBU semua ibu-ibu di dunia ini. ('_<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan