Assalam..
Ucapan ini khas kepada anak muridku yang bakal menghadapai UPSR esok. Tidak kira semasa praktikum ke, sbe ke atau anak murid yang aku tidak ajar atau tidak kenal, cikgu ucapkan semuga kamu berjuang habis-habisan. Peduli apa orang kata. Peduli apa target sekolah. Peduli apa target cikgu. Yang penting, kamu semua perlu berusaha sehabis baik. Bukan selalu ambil UPSR pun. hehe... Sekali seumur hidup. :)
Dikesempatan ini, cikgu sedia kongsikan beberapa tips. Mungkin berguna untuk kamu kelak. Tidak semestinya UPSR mungkin juga apa2 ujian yang lain.
TIPS DARI GURU MATHS:
Sebelum masuk dewan - Pastikan semua alatan dan kad pengenalan mesti dibawa dengan lengkap. Tinggalkan yang tidak perlu seperti marker pen, pembaris pelbagai bentuk, pen merah dan lain-lain. Bawa yang betul-betul perlu dan wajib seperti pensil 2B atau HB lebih dari 2 batang pensil, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan. Jika semua sudah tersedia. Jangan lupa mandi pagi dan bersarapan. Penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan fokus. Solat jangan dilupakan pula. Sebelum bertolak ke sekolah atau masuk, dikesempatan itu, bacalah ayat al-Quran mana yang mampu. Buat pengetahuan semua, membaca ayat al-Quran menyebabkan kita lebih fokus dan insyaAllah, ia akan memproses otak dan minda kita untuk lebih cergas. Jika yang tidak sempat ulangkaji semua, bawa nota ringkas dan bacalah sedikit dan bukan semuanya, kerana ia akan menganggu fokus anda. Yang penting anda kena yakin, anda sudah usaha dan sekarang anda mahu uji kemahiran anda. Yakin bahawa ALLAH dan doa kedua ibu bapa juga guru kamu sentiasa bersama kamu. Senyumlah semasa masuk dewan nanti. :)
Semasa perjalanan masuk ke dewan - Seperti yang cikgu pesan sebelum masuk dewan, senyumlah ketika masuk ke dewan Tidak kira kamu belum habis ulangkaji atau pun sudah, tenang dan senyumlah. Lagi satu, JANGAN BERBINCANG SEMASA MASUK KE DEWAN. Jika ada kawan yang bertanya, anda cuma perlu tenang dan beri jawapan yang seringkas mungkin dan ubah topik kepada yang lebih ringan dan tenang. Mungkin boleh beri kata semangat dan berdoa kepada Allah bersama-sama kerana doa berjemaah lebih afdal dari seorang diri. :) Bacalah ayat al-Quran sebagai penenang jiwa. MASUK DENGAN KAKI KANAN dan BERI SALAM SEPENUHNYA (Assalamualaikumwarramtullahiwabarakatuh). Jangan kuat-kuat hingga ganggu rakan lain, cukuplah sekadar kamu sendiri yang mendengarnya. DUDUK DENGAN TENANG dan JANGAN BERBUAL DENGAN RAKAN SEBELUM, cukup sekadar senyum. :) Yang penting bertenang dan berdoa. Letakkan alatan untuk menjawab soalan di atas meja.
Sebelum dan selepas menjawab soalan - Apabila sudah dapat kertas, UCAPKAN TERIMA KASIH dan SENYUM KEPADA PENJAGA PEPERIKSAAN. Bukan apa, mungkin pemeriksa tersebut juga akan mendoakan anda semua dan mungkin juga akan membantu sedikit. heheh... Jangan terus buka kertas soalan. Dengar arahan ketua penjaga dengan sepenuh perhatian. Bertenang dan buka dengan lafaz Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Baca soalan dengan penuh perhatian dan fahaminya dengan baik. Jangan gopoh dan terlalu yakin. YAKIN ITU MESTI TETAPI BUKAN TERLALU YAKIN. Buat semakan semula jika sudah menjawab dan sebelum hantar, buat semakan terakhir dan fokuskan semakan kepada soalan yang anda yakin betul agar, ia menjamin markah penuh kepada soalan tersebut. JANGAN TINGGAL SOALAN KOSONG walaupun anda tidak tahu! Wajib kepada murid cikgu yang belajar Maths. Jangan tinggal soalan kosong, isi sahaja jawapan yang kamu rasa ia berkait dengan apa yang diminta. Tutup soalan dengan tenang dan ucapkan ALHAMDULLILLAH sebagai bukti itu usaha anda dan anda bertawakal. :) Keluar dewan dengan tenang dan tidak perlu berbincang lagi tentang perkara yang telah lepas. Fokuskan kepada peperiksaan yang seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada penjaga peperiksaan dan guru yang anda jumpa. InsyaAllah, keberkatan akan beri anda kejayaan.
USAHA sudah, JAWAB pun sudah, jadi BERTAWAKALLAH. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda.
ALL THE BEST!! tidak perlu GOOD LUCK kerana anda berjaya bukan kerana 'LUCK' tetapi kerana USAHA ANDA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan