Di musim peperiksaan inilah yang biasanya Sang Malas dan Panglima Rajin akan berperang. Macam aku, sekarang berada ditengah-tengah di mana mereka menjadikan aku sebagai medan peperangan. Bahaya sungguh diri ini. Sebagai medan peperangan tersebut, kita kena pilih untuk memberi kelebihan kepada pihak mana. Bukan senang untuk memilih pihak mana yang patut diberi kelebihan. Bergantung pada keadaan diri kita. Kesihatan kita, sekeliling kita, cuaca dan lain-lain. So, aku pun mendapat ilham untuk mereka cerita yang mengarut ini. heheh...
Kisahnya bermula, disebuah kawasan yang menghijau dan sunyi sepi. Jangan katakan bunyi harimau menggaum, bunyi serangga pun tiada. Yang ada bunyi tajam yang dihasilkan pabila angin menerjah daun-daun lalang. Di sinilah sejarah dalam diri manusia sentiasa berulang. Peperangan diantara Sang Malas dan Panglima Rajin. Sejarah ini akan sentiasa berulang pabila kawasan yang berlakunya peperangan ini menerima 'assignment', kerja lebih, dan terutama sekali adalah bila tibanya peperiksaan. Kawasan ini seperti telah disumpah dan akan berulang sejarahnya apabila tiba masanya. Peperangan terus berlaku dan pihak mana yang menang sentiasa berubah-ubah.
Setelah sekian lama, kawasan ini sepi tanpa gangguan, ia kembali muncul. Sang Malas telah kembali setelah ia pulih dari kekalahan yang memalukan dari Panglima Rajin. Kali ini dia berlaku disebabkan Peperiksaan akhir hampir tiba. Kali ini Sang Malas datang dengan konco-konconya yang lebih hebat dan lebih ganas. Sudah banyak kawasan yang dia telah kuasai. Hari demi hari semakin kuat dia menguasai kawasan-kawasan yang dia hendak kuasai. Seperti vampire yang ternampak titisan darah dalam movie Twilight ataupun Blade. Begitulah kerakusan Sang Malas dan konco-konconya. Di sinilah kawasan di mana dia telah dimalukan oleh Panglima Rajin. Kekalahannya dulu, memberinya dendam yang begitu mendalam terhadap Panglima Rajin. kedatangannya kali ini dengan visi dan misi yang jitu dan bermatlamatkan mengalahkan Panglima Rajin seteruk mungkin. Dia membawa Tok Hujan, Megat Katil, Si Bantal, Gebor Biru, Angin Putih, Si TV kilat, dan Sang Internet Tempang. Kesemua pahlawan yang dibawanya bukan calang-calang dan mempunyai rekod terbaik didalam menguasai sesuatu kawasan.
Mendengar akan berita kebangkitan Sang Malas, Panglima Rajin tidak boleh duduk diam. Perasaan resah semakin menghantui dirinya. Dia terus memanggil pahlawan-pahlawan terbaik dia dari semua daerah untuk menjadi bala tenteranya pada kali ini. Dia telah menjangkakan sesuatu yang besar akan berlaku. Oleh itu, dia telah memanggil, Semangat Waja, Laksamana Nota Kecil, Puteri Pen Pelangi, Tok Dzikir dan Si SetiaJitu. Mengikut sejarah dahulu, Panglima Rajin mempunyai ramai pengikut, tetapi pada kali ini hanya beberapa sahaja yang dapat hadir oleh kerana tugas-tugas yang berat sedang dipikul oleh pengikutnya yang lain.
Masanya telah tiba. Sebelum Panglima Rajin berangkat, dia berdoa bersama pengikutnya agar diberi kekuatan dan membantunya dalam menguasai peperangan kali ini. Panglima bergerak dengan langkah yang jitu dan penuh bermatlamat agar dia tidak goyah semasa berlawan nanti. Setibanya dia di situ, dia terkejut kerana kawasan yang dulunya memberi kemenangan pada mereka sedang memihak kepada Sang malas. Ditambah pula Sang Malas membawa pengikut yang sungguh hebat dan terkenal didalam dunia kepahlawanan. Ini telah meruntuhkan sedikit hati Panglima Rajin. Sang Malas ketawa terbahak-bahak sampai ternampak anak tekak nya melihat keadaan Panglima Rajin.
* Bersambung...hehehe...
P/s : Cerita ini akan bersambung sampai akhirnya peperiksaan nanti. ingin tahu pihak mana yang menang di kawasan ini? adakah ia Sang Malas? ikutilah sambungannya.. tunggu...
Apa-apa pun, teruskan semangat menempuh ujian ini. chaiyuk2...heheh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan