Pelik tak bunyinya? huhuh.. Buat pengetahuan semua sekarang tengah musim durian kat area JB and Gelang Patah. Bagi yang gile durian, mungkin dah melahap beberapa biji durian. Bagi orang yang macam aku nie, benda ini langsung tak effect kehidupan biasa ku. hahah.. kerana aku bukan hantu durian.
Di pendekkan cerita, pada 1 hari, ada seorang guru menjemput aku dan beberapa orang guru pergi menjamah durian dikebunnya. Sebagai warga baru, aku turut serta dengan undangannya. Perjalanan ambil masa 30 ke 40 minit. jauh gak tue...huhuh.. Kami pi sebelum solat Jumaat, dan bersolat di sana.
Selepas bersolat, kami bergerak terus ke tempat sasaran dan menjamah durian yang disediakan. Waahhh.. memang la banyak guru tersebut menyediakan untuk rakan2nya. Yang seronoknya, aku rasa dah semakin rapat sebagai warga SKTS. muga ia menjadi titik tolak aku lebih menyukai sekolah ini. InsyaAllah..
ini ada sedikit gambar semasa kami menjamah durian tersebut.. huhuh..:)
Yang paling aku ingat dari kata2 tuan empunya kebun durian ini. " Orang yang berbadan kecil paling kuat makan durian" so, cikgu2 perempuan yang dalam gambar ini, memang kuat makan durian. huhuhu...hebat diaorang ni..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan