Ahad, 17 Oktober 2010

Hari Ilmu Pendidikan, Dinner Maths, Perhimpunan Guru Kebangsaan.

Assalamualaikum...

Haiii, lama tak menconteng kat sini. heheh.. Minggu lepas adalah hari tersibuk dalam sejarah sepanjang duduk di IPT ini. Mana tidaknya, Dinner Asy-Syakirin, Hari Ilmu Pendidikan, Dinner Sem 8, Asignment Application Maths, Perhimpunan Guru kebangsaan dalam satu minggu yang sama. Tetapi, alhamdullillah semuanya beres dengan baik. Allah juga telah memberi aku kesihatan dalam menyelesaikan tugas-tugas yang di amanahkan. 

Tugas yang paling berat bagi aku ialah apabila dilantik ajk siaraya untuk hari ilmu pendidikan. Ia bukan sesuatu yang mudah. banyak barangan amanah yang kita pegang. Bukan itu sahaja, backdrop, kamera, video cam, semua itu di bawah satu ajk. Kena memastikan semua berjalan lancar dan memastikan ajk mendapat kebajikan yang sebaiknya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya Natrah dan fahmi. Terima kasih juga kepada Dzamin, Wanzo, Epy dan Pian. Tanpa korang, kerja aku akan menjadi lebih susah. Thanks a lot dude..("_)..

Untuk dinner maths, masih lagi ajk siaraya. Membuat persembahan multimedia, urus persembahan pelajar, dan membawa peralatan yang diperlukan memang sudah menjadi tanggungjawab utama. Bosan juga menjadi ajk siaraya ini. Tidak dapat bersama rakan-rakan semasa dinner dan sibuk ulang-alik ke komputer dan meja dinner. Semuanya demi rakan-rakan. Semoga mereka bergembira pada malam dinner tersebut. Aku doakan korang terus bahgia dan gembira. ('-<)..

Perhimpunan Guru Kebangsaan memang menarik. tetapi keadaan sedikit tidak mengizinkan. Pening berada di dalam tempat yang ramai orang dan sempit. Terus terang kata, AKU BENCI TEMPAT YANG RAMAI ORANG. SEMPIT DAN CROWDED!!! hehehe... Namun ia tetap jadi pengalaman baru. Malah aku juga berpeluang berjumpa dengan rakan dari IPG lain. Melihat dia gembira apabila keluar dewan menjadikan aku juga gembira. Mungkin ini jadi pertemuan kami yang terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri tetapi dengan matlamat yang sama untuk mendidik anak bangsa. Banyak yang kami kongsi tentang kehidupan dan Islam. Muga ilmu tersebut diberkati.

Secara mudahnya, aku memang penat minggu lepas. tetapi buat juga dengan hati yang gembira. Esok, ada lagi kerja yang bakal kami buat. Moga aku dipermudahkan. Terima kasih kepada yang terus menyokong dari segi pinjaman pakaian dinner, DZAMIN. dari segi pertolongan hari EDU, WANZO, FAHMI, NATRAH, EPY, PIAN, DZAMIN, AMIN. Dari segi sokongan moral, MY MUM & DAD, UNIQUE SMILE, JUNIOR ASY-SYAKIRIN, PENSYARAH, dan RAKAN-RAKAN LAIN TERUTAMA MATEMATIK 2. Luv u All... Moga ia menjadi ingatan buat diri ini. InsyaAllah...

Nanti akan upload sedikit gambar sepanjang aktivit (' _<)

2 ulasan:

unique_smilez berkata...

unique smilez x suka tmpat "keramat" tu..bny sgt pergaulan bebas berlaku..x sesuai dgn etika guru...moga Allah berikan hidayah agar sntiasa berubah kdp yg lbh baik...insyaallah..amin

Nazirul Zol berkata...

yea.. bgs unique smile ni.. pasni blh perbaiki agar kita tidak selitkn elemen2 yang mcm tue..