Khamis, 25 November 2010

Kenapa bukan FACEBOOK...

Assalamualaikum...

Hari ini aku sekadar ingin berkongsi kenapa aku tidak lagi berFACEBOOK. Sebelum tamatnya sesi alam pengajian, aku telah mematikan FACEBOOK aku. Lama juga berfikir untuk menamatkan laman sosial ini. Bukan apa, hati ini tidak sedap hati bila log in FACEBOOK ini. Memanglah sebelum ini ada terbaca di dalam solusi bahawa tidak mengapa untuk kita berFACEBOOK. Dengan alasan kita dia tidak menggunakan duitnya untuk memerangi Islam.

Emm.. Memang tiada bukti lagi bahawa Mark Zuckerberg tidak menggunakan duitnya untuk memerangi Islam, tapi cuba kita fikirkan semula. Umat Islam mewajibkan umatnya untuk melakukan zakat. Tujuan zakat pula untuk apa? Untuk membantu membangunkan Islam. Begitu juga untuk Mark, sudah pasti dia akan menyalurkan sedikit dari kewangannya untuk Israel. Fikir kembali, Israel semakin berani untuk mengambil tanah Palestin. Sikit demi sedikit tanah Palestin dijajah. Dibuat rumah untuk penduduk Israel. Mana mungkin Mark tidak beri sedikit wang pun untuk Israel. MENIPU!!!! Pasti ada.Kerana dari sejarah, Israel adalah musuh yang paling dekat dengan Islam di sana. Tahukah anda semua bahawa bumi Palestin sudah hampir hilang dari Google maps? Cubalah lihat baru anda percaya.

Dari blog sahabat saya, FACEBOOK adalah laman kedua yang paling tinggi traffic(pelawat) selepas Google. Di dalam carta traffic yang melayari FACEBOOK, Indonesia,Malaysia,Filipina dan Singapura adalah negara yang paling ramai melayari FACEBOOK. Di dalam keempat-empat negara ini, penduduk majoritinya ialah Islam, betul atau tidak? Fikirkan. Ini membuktikan betapa mudahnya umat Islam ditakluki dengan hiburan. Sedarlah wahai sahabat.

Pasti akan ada yang membantah entri ini. Betul, memang ada yang menggunakan FACEBOOK untuk berdakwah, tetapi, berapa sangatlah orangnya. Kebanyakkannya guna untuk komen sana sini, Like sana sini, Tagged pic sana sini dan lain-lain.

"Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”:- (Riwayat Abu Daud )

 
Sudah banyak kita mengikut program boikot Israel, tetapi dengan nyatanya kita masih lagi menyokongnya. Di mana kesedaran kita sebagai umat? Memang aku tidak dapat membuktikan bahawa Mark tidak gunakan keuntungan dari FACEBOOK untuk membasmi Palestin. Tetapi, andai kata dia ada keluar sedikit dari wang FACEBOOK untuk Israel, macam mana? Bukankah kita seperti bersubahat? Bersamalah kita berfikir secara rasional dan berpandukan iman bukan berorentasikan nafsu. Islam kuat pabila umatnya kuat.

* Entri yang aku tulis adalah sebab aku tidak menggunakan FACEBOOK lagi. Bukan untuk menghasut atau dengki untuk mana-mana pihak. Aku menulis sekadar rasa dan hasil dari bacaan dari blog-blog juga artikel rakan maya yang lain. Sekadar berkongsi, aku tidak menyatakan menggunakan FACEBOOK itu salah, cuma berkongsi rasa. Ada rakan aku yang turut sama tidaklagi menggunakan FACEBOOK, atas dasar dia selalu diganggu oleh manusia-manusia yang tidak sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga saudaranya terutamanya kaum hawa. Banyak lagi kenapa bukan FACEBOOK jadi pilihan. Akan ku berkongsi lagi. InsyaAllah. maaf jika terasa dan sama-sama betulkan jika ada kesilapan. ('_<)

2 ulasan:

kenalinegaraku4u2c berkata...

Assalamualaikum..Saya amat setuju dan menyokong tindakan saudara menamatkan laman facebook saudara.Apa yang diperkatakan saudara dalam posting,adalah benar belaka.Saya juga telah lama terfikir,mengapakah bijakpandai orang Islam tidak ada yang mau memulakan laman sosial seperti pengasas facebook.Jutaan atau billion kah modalnya??Saya rasa tidak.Pengasa facebook pun hanya bermula tanpa modal dari universiti beliau je.Mungkin saya juga akan mengikut langkah saudara.

Nazirul Zol berkata...

alhamdulillah.. tue lah, kita ada ramai pakar komputer.. napa tidak dibuat.. plus, tadi baru terdengar yang Google mahu join dengan Facebook. Kerana peratus manusia yang buka facebook akan lebih tggi dari google. Aduhai.. macam mana ni.. emm..terpulang lah untuk kita berfikir..