Isnin, 24 Januari 2011

Selamat Hari Raya....??

Berkata Hasan al-Basri ; "Setiap hari yang kosong daripada maksiat adalah Hari Raya. 
Setiap hari yang diisi dengan ketaatan, zikir, dan syukur kepada Allah adalah Hari Raya"


Aik?? Kenapa tiba-tiba raya pula kan? Sebenar benda ini aku saja nak kongsi bersama dengan orang ramai kerana kebanyakkan kita hanya memikirkan raya hanya Aidilfitri dan Aidiladha. Hari raya didefinisikan sebagai hari yang sangat istimewa dan berbeza dengan hari-hari yang lain. Pada hari itu, mereka bersuka ria dan bergembira bersama dengan orang yang dekat dihati mereka. Cuba kita fikirkan semula, hari yang bersih tanpa maksiat dan hanya ketaatan kepada ALLAH adalah sesuatu yang sangat memberi kepuasan pada kita. Betul tak? Senang cerita bila kita tengah terfikir tentang satu makanan yang sedap-sedap, tiba-tiba, datang seseorang dan hantar makanan tersebut pada kita, pasti kita makan dan habiskannya. Kita pasti akan puas. 


Mungkin ada yang telah maklum, bagi umat Islam terdapat 3 Hari Raya yang kita raikan. Bukan 2 tau...huhuhu.. Hari Raya tersebut ialah; 1. Hari Raya yang disambut setiap minggu iaitu Hari Jumaat dimana pada hari itu kuam muslimin bersuka ria dengan menyempurnakan solat selama 1 minggu. 2. Hari Raya Aidilfitri yang dirai setelah kita selesai menyelesaikan puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan disambut pada bulan Syawal. 3. Hari Raya Aidiladha dirai setelah menyempurnakan ibadah haji. Muslimin bergembira kerana telah berjaya melaksanakan perintah Allah dan maghfirah daripada-Nya. Untuk Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha adalah diharamkan berpuasa untuk kita, manakala untuk Hari Jumaat, makruh untuk berpuasa jika tidak diikuti sehari sebelum atau selepasnya. 

Dalam hadis riwayat al-hakim, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud; 
" Hari Jumaat adalah Hari Raya bagimu. maka janganlah engkau berpuasa padanya kecuali berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya."

Ini sekadar perkongsian untuk semua. Semoga Allah tidak menutup pintu hati kita menerima rahmatnya. Kita juga perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah bukan hanya pada manusia sahaja. Kerana resam kita sebagai Khalifah di muka Bumi Allah ini, Jaga hubungan kita dengan Allah, Manusia dan Alam sekeliling. Moga kita sentiasa perbaiki diri kita dan memperbaiki diri kita dari hari ke hari kerana setiap hari yang bebas maksiat dan penuh dengan munajat kepada Allah adalah Hari Raya. Jom beraya tiap-tiap hari...(^_<)


Sumber : Solusi edisi isu no.27

Tiada ulasan: