Salam. Apa macam persediaan korang untuk raya esok? Semua dah siap? Ke baru nak pi mencari malam ni, maklumlah, manalah tahu dapat harga murah murah malam ini kan. heheh...
Mengenai tajuk di atas, aku tidak sangka entri aku pasal ketupat yang sebelum ini mendapat perhatian ramai. Terima kasih semua. Muga ia dapat dikekalkan kerana ia adalah warisan orang tua kita. Nanti jangan sampai anak cucu kita tidak tahu ketupat yang sebenar macam mana. Tahu ketupat segara ja kang. hehehe...Sedangkan upin ipin pun nak belajar buat ketupat, so, kita apa lagi? Belajarlah yea jika berkesempatan. hehe.. Ini aku ada letakkan video upin ipin buat ketupat. Comey tul diaorang ini. haha...
Macam mana? best tak?? Tahun ini aku kurang membuat ketupat. Hanya 3 jenis ketupat utama sahaja yang dapat aku buat. 1. Ketupat satay, 2. Ketupar Katak dan 3. Ketupat Pasar.
Ini adalah ketupat katak. Mak aku lah yang ngaja. Sebabnya, ia boleh berdiri seperti seekor katak bertanduk dan berekor. heheh... Bentuknya menarik. Lawa berbanding ketupat lain.
Ini adalah ketupat satay. Nenek aku suka ketupat ini sebab isinya tidak banyak dan siapa yang makan sikit akan mengelakkan diri kita dari melakukan pembaziran. Kalo pergi tempat jual satay, kebanyakkannya mereka jual ketupat jenis ini. :)
Ini pula ketupat pasar. Teknik buatannya sama dengan ketupat pasar, cuma penambahan ketebalan dibahagian sisinya. Sisinya sedikit tebal berbanding ketupat satay. Mungkin kepada siapa yang makan banyak bolehlah memilih ketupat jenis ini.
So, tahun ini, 3 ketupat ini sajalah yang aku dapat buat. Jika ada yang nak tahu pasal ketupat lain, bolehlah baca entri yang sebelum ini. Klik link yang aku bagi, Ketupat oooo Ketupat... Sekdar berkongsi...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ampun salah silap. Muga ukhwah kita akan sentiasa berkekalan hendaknya. Salam Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan