Sabtu, 5 Februari 2011

Dunia lain...

Assalamualaikum...

7. Feb 2011, akan bermulalah hidup aku sebagai satu diri dalam fasa kehidupan yang baru. Tanggungjawab sudah semakin besar dan banyak yang perlu difikirkan  lebih daripada fasa kehidupan yang sebelum ini. Aku bakal menjadi guru di Sek Keb Taman Suria. Pada hari Khamis yang lepas, telah pergi melawat sekolah tersebut. Sekolah yang besar dan ramai muridnya rasanya. Terletak ditengah-tengah taman, pasti jalan ke sekolah tersebut sesak diwaktu pagi dan pulang dari bekerja.

Ermmm... Puas sudah berfikir dan mengkonstrak balik pemikiran ini agar lebih bersedia di tempat baru ini. Ditambah dengan sudah lama tidak menulis, berfikir seperti guru menjadikan diri ini sedikit resah. Setiap saat berfikir macam mana lah kehidupan aku nanti.

Aku berdoa, semoga segala yang ditakdirkan ini adalah terbaik untuk ku. sentiasa berdoa dalam diri agar aku dapat bertindak dan berfikir dengan baik. sehingga kini, hati ini sentiasa resah. Mungkin sudah 1 hari ke sekolah, ia akan kembalikan semangat aku. Ya ALLAH, aku bermohon pada MU agar diberi jalan yang baik. Beri aku petunjuk untuk hidup di bandar metropolitan ini. Kepada rakan lain, moga anda dapat berkhidmat dengan baik dan tanggungjawab kita nanti jangan dilupakan.

All the best for all of us..InsyaAllah...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan: