Isnin, 13 September 2010

Berjabat Tangan Atau Musafaha Dengan Perempuan


Oleh: Ustaz Mohammad Elias Bin Abdul Jalil

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.
Kerana firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nuur ayat 30:

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Ta’ala Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;…”

Ayat ini mengharamkan lelaki dan perempuan memandang antara keduanya maka diqiaskan menyentuh kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan syahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.

رُوِي عن معقل بن يسار أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : “لأن يُطعَن في رأس أحدِكم بمِخْيَط من حديد ، خير له من أن يَمَسَّ امرأةً لا تَحِل له” ، رواه الطبراني والبيهقي

Diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sesungguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.”

Menurut mazhab Syafi’e, menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram sama ada (dengan) syahwat atau tidak, sama ada muda mahupun yang tua, melainkan kanak-kanak yang belum sampai had syahwat. والله اعلم.

*Ustaz Mohammad Elias Bin Abdul Jalil Al-Malakawi ialah salah seorang tenaga pengajar di Pondok Diniah Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan.

Tiada ulasan: