Assalamualaikum..
hai, lama tak tulis kat sini...bukan apa, sebenarnya kurang topik yang hendak ditulis...
tetapi setelah ditanya orang kenapa tidak update blog, terasa juga..huhuh...
hari ni aku just nak tulis pasal presentation research pagi tadi..
huhuh..
alhamdullillah, semua berjalan dengan baik..
walaupun baru malamnya mendapat pemberitahuan mengenai pembentangan ini, tetapi aku gagahi untuk membuat persembahan yang ala kadar dan memenuhi syarat.
Setelah selesai, baca semula report kajian dan terus tidur..
Dalam proses nak tidur tu, mcm2 dugaan, bunyi ntah apa2, tambah pula dengan tido2 ayam..
aduhai.. penat berfikir.. namun aku terus tidur..huhuh..
Esoknya (pagi ini) aku bangun dengan pening kepala..
mandi dan solat subuh..
sempat juga aku mencapai kitab suci Allah dan membaca 2muka surat dengan kadar yang perlahan kerana kepala sudah sangat berat...:)
bersiap2 untuk ambil kunci kelas dan segalanya tampak normal...
Masuk sahaja kelas, ramai yang tertanya-tanya mengenai persiapan persembahan kajian..
semuanya tidak bersedia.. lalu aku bertanya " harus siapakah yang akan bentang??"...
aduhh.. payah gak ini... Puan Lee dgn Miss Tan masuk membuktikan memang akan ada pembentangan hari ini.. aku dengan selamba bangun dan pasang LCD.. Sambil Puan Lee tanya semuanya berdiam diri dan Puan Lee ajukan kepada aku untuk membentang.. Dengan pasrah aku terus setuju...
Semasa pembentangan, penggunaan bahasa inggeris kelihatan sedikit goyah.. ada gagap disebabkan gugup..dan hampir berpeluh badan ini..tetapi hanya aku yang tau pasal research aku..so, kalo kelentong skit pun takpe..huhuhu..tapi secara jujur dan telusnya semua perkara adalah benar..
Alhamdullillah, semua soalan dapat dijawab dan respon oleh kawan-kawan juga amat baik..
lega setelah membuat pembentangan.. rasa segar dalam badan ni..
terima kasih terutama kepada Puan Lee kerana memilih saya sebagai pembentang pertama, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang support sampai kajian ini siap dan terima kasih juga kepada keluarga yang banyak beri galakkan kepada saya.. yang paling utama terima kasih kepada Allah kerana beri aku kekuatan untuk berdiri di hadapan dan melakukan pembentangan..thank you ALLAH..:)
kepada rakan lain yang belum bentang..All the best tuk kamu..cuba yang terbaik n chaiyuk2...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan