Selasa, 20 April 2010

Takut pada MATA sendiri...

Assalamualaikum..

apa khabar semua?? Lama tidak menulis di dalam blog ni.
menyepi sahaja. heheh...

Alhamdullillah, minggu akhir ni,relax sikit..yela, penilaian dari pensyarah dah habis..
tidak sabar untuk berbakti di sekolah lain pula..hehe.. manalah agaknya akan dihantar tahun depan..

Sejak akhir2 ni, ada fenomena baru berlaku ke atas diriku..
Aku mula takut pada MATA sendiri..
Kenapa?? Asal aku tengok cermin, aku akan cuba untuk mengelak dari melihat mata aku.
Bila hendak mandi pun aku akan cuba elak dari melihat mata apabila tengok cermin.

Apabila difikir-fikir, memang kita patut takut dengan mata kita.
Cuba kita bayangkan, ke mana kita gunakan mata kita.

Mari kita bawa diri kita dengan bayangkan yang kita telah mati.
Kita bawa ke kubur dan mula disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir.
pada masa itu mulut kita akan dikunci serapatnya dan anggota badan lain akan menjawap segala persoalan yang diajukan.
MATA adalah salah satu anggota yang akan disoal.
Apa yang kita lihat?
Apa kebaikan yang kita buat guna mata?
Adakah kita melihat yang baik shaja?
Adakah kita guna mata utk melihat maksiat?
dan lain-lain lagi..


Ya Allah, bagaimanalah agaknya aku menggunakan mata ku ini ya Allah..
setiap kali ku melihat cermin, mata seperti marah kepada ku..
Ya Allah, aku memohon ampun kepada mu Ya Allah..
Sesungguhnya aku insan lemah dan hina.
Mungkin aku gunakan mata ku untuk melihat dunia sahaja..
mungkin juga aku alpa untuk melihat sesuatu yang berunsurkan akhirat..
Ya Allah, bantulah hamba mu ini..
Moga apabila ku mati, mata ku akan menjawab yang baik-baik sahaja..


Diriku Perlu Dididik..

Tiada ulasan: