Assalamualaikum semua..
Selamat pagi, Morning, SobahanNur. heheh..
Diawal pagi begini elok lah kita mulakan dengan memuji Allah dan bersyukur dengan memberi kita peluang untuk terus hidup dan memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Moleklah kiranya kita sentiasa bertaubat kerana hari-hari kita tanpa disedari sentiasa menghasilkan setitik dosa. Kepada yang belum sedar, sedarlah.
Ehh..pe plak aku merepek nie.. hehe.. saja ja nak menulis bde ngarut kat sini. pasal ketupat..hehe.. malam tadi bermulalah operasi kami membuat ketupat. buhsan2 aku pun join sekali dgn sedikit kepakaran hasil dari pengajian dengan ibuku waktu kecil dahulu. kalo nak diikutkan, dah lama juga tak menganyam ketupat nie. tp alhamdullilah, malam td, ia telah mengembalikan skill untuk membuat ketupat ni. heheh..
Haa.. inilah hasilnya. aku ade wat juga tau.. ada percaya?? percayalah. kalo nak suh sku tunjuk depan sahabat sekalian pun blh. nanti kita sama2 belajar. rasanya senang ja wat ketupat nie.
Setelah selesai, malam tadi adalah berYM dgn sahabat baru, menanyakan mengenai ketupat ini. Apa yang dia tahu adalah ketupat palas dan ketupat daun kelapa. Aku rasa, aku pun tau tue ja.. heheh.. ada laen ker?? Yang aku tambah adalah, ketupat daun kelapa ada bermacam-macam bentuk dan namanya.. lain tempat lain panggilannya. Hasil dari pengajian aku, heheh.. Malam td kami cuma menghasilkan 4 bentuk ketupat daun kelapa. Kami hasilkan ketupat bawang, pasar, satay dan katak.
Ini adalah sejenis ketupat yang biasa dibuat oleh orang ramai. Kami memanggilnya ketupat bawang. Ini adalah kerana bentuknya yg mengembung di bahagian bawah dan seakan-akan bawang. So, ia dipanggil ketupat bawang. Kenyang kalo makan satu ini. hehehe..
So, aku dah tunjuk sehabat sume, ketupat yang aku dah buat malam td. maybe anda akan sedikit keliru sebab korg tak lihat dengan mata sendri. So, kalo nak lihat lebih lanjut, mai datang rumah. heheh.. Nanti aku jamu korg dengan ketupat ini.hehe..
Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang menyambut perayaan ini terutamanya orang muslim. Moga kita akan mendapat rezeki untuk menunaikan haji dan menyambut hari raya ini di tanah suci. InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Salam Ukhwah..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan