Assalamualaikum...
Berdasarkan tajuk di atas itu, yang biasa kita dengar adalah kegagahan lelaki dan kecantikan wanita. Tapi kali ini mahu berkongsi dari penemuan yang dibuat dari pembacaan. hehehe..
Kecantikan LELAKI
Kecantikan lelaki bukan terletak pada fizikalnya tetapi pada murni rohani. kecantikan lelaki adalah :
~ Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
~ Lelaki yang sedia menerima semua teguran.
~ Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
~ Lelaki yang tenang dan lapang dada.
~ Lelaki yang baik sangka.
~ Lelaki yang tidak kenal erti putus asa.
Kegagahan WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada pejal ototnya tetapi pada kekuatan perasaannya. Kegagahan wanita adalah :
~ Wanita yang tahan terima sebuah kehilangan.
~ Wanita yang tidak takut kepada kemiskinan.
~ Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
~ Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan