::Berkenalan::Berkongsi::Bergaul::Berhibur::Belajar::Berfikir::Bertindak::Beriman::Bertawakal::
Jumaat, 21 Ogos 2009
Hai Ramadhan... Jumpa lagi Seri Sekamat...
Assalamualaikum...
esok adalah hari terakhir aku di sek seri sekamat. tadi ada la baca surat dari anak-anak.. sedihnya, sebak rasanya. esok dah la hari terakhir, pastu kelas terakhir... Ya Allah, hambaMu mencari kekuatan. Moga-moga esok tak turun la air mata ini. 2 bulan dengan diaorang bukanlah sesuatu yang sekejap. lama tue... dari tak kenal boleh kenal, dari tak tahu menolak, alhamdullilah dah boleh menolak. hasrat di hati memang nak ajar dorg sepenuhnya. bukan nak memastikan dorg pandai, tapi sekurang-kurang boleh melihat peningkatan mereka. tadi ada juga tanda kertas soalan matematik kertas 2 dorang. paling tinggi 11 markah. dah la topik yang kita ajar tak masuk. sedih sungguh... hope dorg akan terus berusaha dan terus meminati matematik. hope sangat2...
Ramadhan pula akan tiba, memang perkara yang ditunggu-tunggu. yelah, bukan senag nak jumpe. setahun sekali, tue pun kalo panjang umur. semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dalam hidup kita semua. muhasabah diri kita dan perbaiki iman kita agar ia terus kukuh bagi menjamin kekuatan iman kita tidak goyah bila ditiup angin sama ada bayu atau pun kencang. sama-samalah kita membantu dalam meningkatkan amalan kita dibulan puasa ini, InsyaAllah..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan