Khamis, 25 Disember 2014

Doakan kesejahteraan mangsa banjir

Assalamualaikum. Lama benar hamba tidak menulis di dalam blog hamba ini. Jadi sedikit kemaskini dari hamba. Hamba sekarang sihat disamping keluarga dan isteri tercinta. Juga bersama bayi yang bakal dilahirkan oleh isteri ambe. hehe..

Ya, pasal banjir ini, aku rasa sangat sedih dan sangat berdukacita. Banjir semakin teruk dan kerosakkan hampir keseluruhannya. Jadi marilah kita sentisa berdoa dan ditujukan khas untuk mangsa banjir, muga mereka tenang dan selamat sehingga semuanya kembali ke asalnya.


P/s: Amalkan doa ini jika anda semua terlihat banjir. muga segalanya selamat.

Jumaat, 11 Januari 2013

Guru dan pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan

11 Januari 2013
Peringatan! Jangan sertai perhimpunan. Kita ada matlamat yang lagi besar. Masa hadapan anak murid adalah tanggungjawab kita. Ingat, seorang doktor silap akan menyebabkan seorang pesakit mati, tetapi, jika seorang guru silap rosak satu generasi. Didiklah anak murid kita dengan ikhlas. Didiklah anak kita untuk berkasih sayang dan terangkan kepada mereka tentang keindahan ISLAM. bukan didik anak murid kita dengan kebencian. Kerana, kebencian memusnahkan. Contohi Rasullah dalam mendidik, insyaAllah kita berjaya. Amin..


Rabu, 18 April 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Sabtu, 4 Februari 2012

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

salam maulidurasul ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Rabu, 1 Februari 2012

♥ Tanda Seorang Lelaki Benar2 Mencintai Anda ♥

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap. 

2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri. 

3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh 

4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati. 

5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya' 

6. Dia akan menerima kekurangan anda. 

7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda. .... 

Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda ...