::Berkenalan::Berkongsi::Bergaul::Berhibur::Belajar::Berfikir::Bertindak::Beriman::Bertawakal::

Memaparkan catatan dengan label Video CamBest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video CamBest. Papar semua catatan
Selasa, 22 November 2011
Majlis Khatan Perdana 2011 SKTS
Labels:
anak-anak,
sekolah,
Video CamBest
Isnin, 14 November 2011
Kenapa One Piece...
Hari ini aku nak perdengarkan satu lagu pembukaan dalam anime One Piece. Tetapi sebelum itu, aku nak cerita sikit, kenapa aku minat sungguh dekat cerita ini. Anime ini banyak mengajar aku pasal kesetiaan dan kepercayaan dalam bersahabat. Kadang-kadang, aku sampai menangis gak lah kalo ada scene yang berkaitan dengan persahabatan dorang dalam cerita ini. Jangan kata bersahabat dengan manusia sahaja, malah dorang terap nilai bersahabat dengan kehidupan dan benda sekeliling. Bukankah kita biasa mendengar 'Alam akan turut berzikir dan berdoa untuk kita'. Jadi, takkanlah kita tak balas budi dorang kan? Mestilah sama-sama memberi dan menerima. Sekarang anime dia dah mencecah ke 522 episod. Manga (komik) plak, janganlah cerita, dah berapa ratus episod ntah. huhuh...Kalo sesapa yang baru cuba-cuba meminati anime, moh layan One Piece ini, anda pasti tidak menyesal. hehe...
Oklah, berbalik pada lagu pembukaan cerita One Piece ini. Sebenarnya sudah banyak lagu pembukaan dan penutupan untuk anime One Piece ini. Yang aku nak kongsi adalah lagu pembukaan yang ke-14. Lirik lagunya banyak mengajar aku tentang kepercayaan bersahabat dan keyakinan terhadap sahabat. Kalau hayati, boleh tersentuh juga. Jom cuba dengar. Sekadar suka-suka...
P/S: ini bukan nasyid tau, lagunya dalam bahasa Jepun. Ada 2 version, 1 penyanyi lelaki dan 1 lagi penyanyi perempuan, tetapi akubagi yang perempuannya versi. Aku gak ade sertakan lirik tuk mudahkan pembacaan anda semua. Harap terhibur dan hayati..:)
Lirik lagu
Tajuk : Fight Together
Let's leave before the dawn shows
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)
What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)
The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there
So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)
What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)
The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there
So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together
I never compromised
On that day, wherever I looked up
I saw an high endless sky
I came this far
And the several oaths in my heart
Are not hesitating now
I'm carrying them on my back
The sun rises
and lightens my sadness up
I do believe it
One day we'll go find together
The future that connect us as one
There's no one who can substitute you
Don't ever forget
We fight together
Labels:
Apa-apa aje..,
One Piece,
Video CamBest
Selasa, 1 November 2011
Kawaaiii....
Salam.. Saja aku nak letak 2 video rabbit dengan anak kucing ni.. comey.. Aku suka.. huhuh.. Sebenarnya belajar bagaimana nak bela dorang dengan baik. Sekarang ini, kat rumah, dah bertambah pula penduduknya. huhuh.. so, kenalah rancang masa dengan baik.. enjoy lah video ini ye.. comey2...
Labels:
Video CamBest
Rabu, 24 Ogos 2011
Pesanan Ramadhan walaupun terlewat...
Labels:
Ramadhan,
Video CamBest
Khamis, 4 Ogos 2011
Sudah niat untuk bersahur ke belum? Jom niat sekarang...
Assalam..
Tengah-tengah aku hendak menutup malam ini selepas selesai membuat kerja, saja-saja aku membuka Youtube dan cari lagu-lagu nasyid yang bertemakan Ramadhan. Terjumpa pula video scene Upin dan Ipin berniat puasa semasa sahur. Comel... comel... comel... So, Apa lagi , jom kita berniat sekarang..:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Ramadhan,
Video CamBest,
Video Upin Ipin
Selasa, 2 Ogos 2011
Video ringkas buatan Malaysian pasal bulan Ramadhan...
Salam semua. Saja berkongsi satu video ini dengan semua. Tengah-tengah tengok apa yang menarik di youtube. Aku terbuka video AnwarHadi ini. Menarik dan ringkas mengenai Ramadhan. Enjoy yea...:)
Labels:
Ramadhan,
Video CamBest
Isnin, 6 Jun 2011
Lama punya cerita - Grand Dinner 2010 ::Pembukaan Majlis::
Hai... Hari ini, dengan kudrat internet yang ada, aku telah berjaya memuat naik 2 klip @ video untuk persembahan yang digunakan semasa Grand Dinner PISMP maths 2010. Sepatutnya 3 video yang aku buat sendiri dengan gambar-gambar yang diberi oleh rakan-rakan. Tetapi berjaya muat naik 2 sahaja, lain kali sambung lagi. Di sini akan ku sertakan 2 video yang telah dimuat naik. Video ini disunting oleh aku sendiri dan alhamdullillah, aku rasakan ia terbaik pernah aku buat walaupun simple. heheh... Ohh ye.. Untuk video pembukaan, sepatutnya panjang, tetapi, aku muat naik yang pendek punya sahaja di atas sebab kemampuan tenaga internet yang kurang. hehehe.. Enjoy yok...:)
::Video Pembukaan::
::Video Istimewa 1::
Labels:
Apa-apa aje..,
Video CamBest
Sabtu, 28 Mei 2011
Selamat Pagi...
Matahari mula bersinar,
Sinarannya terangi alam,
burung-burung pun berkicauan,
ermmm... pastu lupa la plak lagu kanak-kanak ni.. hahah....
Lagu ini kenangan masa Sambutan kemerdekaan kat putrajaya pada tahun 2005. Bila difikirkan, memang pelik, masa sekolah rendah, tidak pernah aku dengar lagu ini. hahaha. Dah digelar siswa, barulah dengar. hahaha...
Apa-apa pun selamat pagi semua. Mulakan hari anda dengan senyuman. Moga kita dimurahkan rezki pada hari ini. Mendapat rahmat Ilahi dan diberi pelindungan dari ancaman dan anasir jahat. Semuga semuanya baik yea. InsyaAllah...
Ini ada satu video selamat pagi cikgu masa buat persembahan dulu.. heheh...:)
Labels:
Apa-apa aje..,
Video CamBest
Sabtu, 7 Mei 2011
Selamat Hari Mama.. ('_<)
Mirwana - Permataku
Khas untuk mamaku dan ibu-ibu diseluruh dunia yang bakal sambut hari ibu pada 8Mac2011..
Mungkin ada yang sudah ataupun belum maklum bahawa hari Ahad kedua dalam bulan Mei adalah hari Ibu. Aku pun baru tahu sebab tiap-tiap hari adalah hari Ibu. Tiap-tiap akan menyayanginya. Senang cerita dia adalah perempuan yang paling aku sayang. Tiada lain selainnya. Dialah yang beri aku kehidupan. Teringat masa sekolah rendah dulu, mak akulah yang mula-mula mengajar aku mengenal tulisan al-Quran. Bukan setakat itu aja, habis semua yang berkaitan pelajaran dimulai dengan dia. Tanpa dia aku tiada. memang aku sangat sayang kat mama. Bila dah besar sikit mama ajarlah masak, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, jaga adik, dan lain-lain lagi. Masa tu, lepas darjah 6, mama kata, " Nanti bila abang dah masuk asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju sendiri....., lipat baju sendiri....., kemas baju sendiri....., gosok baju sendiri....., semua sendirilah. heheh.." Masa tu, mama terus bagi kursus kat aku, habis semua dia ajar. Memang hebat betul aku masa tu, sampai senior-senior asyik suruh aku gosokan baju diaorang aja. Tension siut..huhuh... Lepas SPM, sementara tunggu keputusan SPM keluar, mama ajar aku lebih kepada mengurus rumah dan memasak. haha.. Jadi housemaid aku masa lepas SPM hari tu. Masak memanglah reti tetapi bujang punya stail lah. hahah... Nanti bila mama dan ayah balik dari sekolah diaorang terus makan dan rehat sebab rumah dah kemas, baju dah basuh dan dijemur, nasi dan lauk dah masak. Memang hati aku puas juga. Mana taknya, kalo aku masak kureng skit, mesti diaorang kata okay punya. jaga hatilah kononnya, tetapi mama masih bagi nasihat lagi. hehehe...
Walaupun aku dah pelajari segala benda dengan mama, tetapi aku masih merasakan mama buat adalah terbaik. Kalau aku basuh baju dan jemur menggunakan mesin dan sabun yang sama, tetapi mama punya basuhan dan kain jemuran nampak kemas dan lembut saja. Aku punyalah susun macam mana pun mesti nampak macam orang malas. hahaha.. Kalau aku masak sedap manapun, bila mama yang masak sesimple manapun masakan itu, pasti aku tambah berkali-kali. Sebab itulah kalo aku balik rumah boleh bertambah berat badan yang sudah memang berat ni. hahaha.... Kalau aku gosok baju segosok manapun, mama yang gosok cepat lagi dari aku, tidak nampak kedutan lain. Bajunya akan lebih selesa dipakai berbanding aku gosok sendiri. Kalau aku menyapu rumah, pasti aku rasa macam ada habuk lagi, tetapi bila mama yang sapu, habis clear kawasan rumah. Bersih dan kemas. Aku SUKA!!!!!!
Khas untuk mamaku dan ibu-ibu diseluruh dunia yang bakal sambut hari ibu pada 8Mac2011..
Tetapi dah besar-besar ni, tak sesuai dah nak suruh mama ja kan?? aku buat juga walaupun ia tak seBEST mama. Erm.. agak-agaknya ada ke calon isteri yang boleh jadi macam mama?? ehmmmm... Mungkin ada. Tetapi benda ini semua boleh dibentuk. Mama kan ada, bolehlah dia ajar bakal menantu dia nanti. hahah.. tetapi kalau tak tau banyak, teruk plak kena dengan mama nanti. heheh..takdelah, acah aja..:)
Ucapan buat MAMA sempena hari ibu ini. Mama, tiap-tiap hari, hari abang adalah hari mama. Selagi hayat abang ada dan selagi hayat mama ada, akan abang berikan terbaik untuk mama. Mama, terima kasih sebab mendidik abang selama ini. Terima kasih di atas susu mama yang menjadi makanan ruji utama yang pertama bagi diri ini. Terima kasih kerana memarahi abang semasa abang jatuh basikal masa kecil dulu, dalam marah-marah masih lagi mengubati luka abang. Mama, terima kasih kerana beri pendidikan yang banyak kepada abang. Mama adalah yang terbaik sekali bagi diri ini. Semuga mama akan sentiasa sihat, bahagia, bersabar, dan ceria selalu. Muga rezki mama akan terus murah dan sentiasa dalam Rahmat Ilahi.
"Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk mamaku ini. Ampunilah dosanya, ya Allah. Rahmatilah dan berkatilah dirinya agar dia dapat terus melaksanakan amanahMu ya Allah. Ya Allah, mungkin aku bukan terbaik untuknya, tetapi dia adalah yang terbaik untukku. Ya Rahim, Kau limpahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga kepadanya. Tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat memberi yang terbaik untuknya dan janganlah Kau menjadikan aku ada menyakiti hatinya. Bantulah hambuMu ini ya Allah."
Owhh yea.. Sebelum terlupa, kepada mak angkat di Kuala Lipis, terima kasih kerana sudi mengambil berat tentang Nazz, menjaga Nazz, dan segala-galanya. jasamu akan ku kenang selamanya. Nazz merasakn diri ini amat berharga. Terima Kasih.
Selamat Hari IBU semua ibu-ibu di dunia ini. ('_<)
Labels:
Coretan,
kehidupan,
nasyid,
Ucapan,
Video CamBest
Band Korea... CN BLUE..
Aii... Tengah-tengah aku buhsan membuka internet ini, tak tau nak buat apa, aku pun mencari-cari video menarik dalam youtube. Ntah macam mana, tangan aku menaip CN BLUE dalam search video kat youtube. Rupanya ada lagu yang aku tak pernah dengar dari dorang ni. Apa lagi layanlah. Syok gak wooo.... Aku memang suka lah dengan band nie, cara dorang present muzik dorang lain dari yang lain. Susunan muzik dia nampak simple tapi sedqap didengar. Kadang-kadang aku siap nyanyi yang subtitle english dia, masuk beb.. hahaha... Kenal dorang ini pun dari adik aku dan beberapa rancangan variety show kat kbs ataupun download aja.. hehehe... Sedikit pic dorang. Smart and ada gaya sendri. heheh..
Chibi CN BLUE. Comel tak?? hahah....
Ini antara video yang baru aku lihat dan dengar. Aku syorkan dengar lagu LOve Girl. Best gak lagunye. ('_<)
LOVE GIRL
INTUITION

Labels:
Video CamBest
Ahad, 17 Januari 2010
Aizat - Pergi
Lirik Lagu
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
P/s ; Saja aku meletakkan lagu ni. emm..muzik dia mendayu, kalo dihayati leh banjir woo.. heheh.. bayangkan anda tiba-tiba hilang orang yang paling anda sayang misalnya dengan entri yang sebelum ini, bagaimana perasaan anda? oleh itu sayangilah orang yang dekat dengan anda sepuasnya. bagi mereka merasai kasih sayang anda dengan seikhlasnya. moga bila kita tiba di kehidupan sebenar, kita akan berjumpa kembali. InsyaAllah..
Labels:
Video CamBest
Langgan:
Catatan (Atom)