Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Ahad, 27 November 2011

Selamat Pengantin Baru....

Semalam aku pi rumah kawan baik kat Kluang. Dia sudah berkahwin. Alhamdullillah di ijab kabul dgn baik. Lelakinya pun aku kenal. Mau tak, cikgu satu daerah dengan akumasa posting. Lagipun aku dah kenal lama dah. baik orangnya. Dua-dua orang yang baik. 


Kepada rakan lain yang aku tak sempat pi  rumahnya, aku minta maaf sangat2. bukan sengaja tidak pergi, tetapi, kekangan yang mungkin sush untuk diselesaikan. Aku akan cuba untuk melawat korang jika ada kesempatan. Kepada yang sudah berkahwin, tahniah dan aku doakan semoga korang berbahgia hingga anak cucu dan juga di akhirat kelak. Jadilah suami isteri yang bertanggungjawab dan baik.. Aminnn...


Salam Awal Muharam

Selamat menyambut maal hijrah. Semoga ia menjadi titik permulaan baru kepada kita. Yang lepas dijadikan pedoman dan dinilai sejauh mana iman kita terhadap Islam. Tahun ini, kita perbaiki mana yang kurang, isi mana yang kosong, betulkan mana yang rosak, catkan iman kita supaya lebih cantik dan lawa dari biasa. insyaAllah. Semoga semua temui keberkatan. Aminnn...


Isnin, 12 September 2011

Selamat Berjuang anak murid ku...

Assalam.. 

Ucapan ini khas kepada anak muridku yang bakal menghadapai UPSR esok. Tidak kira semasa praktikum ke, sbe ke atau anak murid yang aku tidak ajar atau tidak kenal, cikgu ucapkan semuga kamu berjuang habis-habisan. Peduli apa orang kata. Peduli apa target sekolah. Peduli apa target cikgu. Yang penting, kamu semua perlu berusaha sehabis baik. Bukan selalu ambil UPSR pun. hehe... Sekali seumur hidup. :) 

Dikesempatan ini, cikgu sedia kongsikan beberapa tips. Mungkin berguna untuk kamu kelak. Tidak semestinya UPSR mungkin juga apa2 ujian yang lain.



TIPS DARI GURU MATHS:

Sebelum masuk dewan - Pastikan semua alatan dan kad pengenalan mesti dibawa dengan lengkap. Tinggalkan yang tidak perlu seperti marker pen, pembaris pelbagai bentuk, pen merah dan lain-lain. Bawa yang betul-betul perlu dan wajib seperti pensil 2B atau HB lebih dari 2 batang pensil, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan. Jika semua sudah tersedia. Jangan lupa mandi pagi dan bersarapan. Penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan fokus. Solat jangan dilupakan pula. Sebelum bertolak ke sekolah atau masuk, dikesempatan itu, bacalah ayat al-Quran mana yang mampu. Buat pengetahuan semua, membaca ayat al-Quran menyebabkan kita lebih fokus dan insyaAllah, ia akan memproses otak dan minda kita untuk lebih cergas. Jika yang tidak sempat ulangkaji semua, bawa nota ringkas dan bacalah sedikit dan bukan semuanya, kerana ia akan menganggu fokus anda. Yang penting anda kena yakin, anda sudah usaha dan sekarang anda mahu uji kemahiran anda. Yakin bahawa ALLAH dan doa kedua ibu bapa juga guru kamu sentiasa bersama kamu. Senyumlah semasa masuk dewan nanti. :)

Semasa perjalanan masuk ke dewan -
Seperti yang cikgu pesan sebelum masuk dewan, senyumlah ketika masuk ke dewan Tidak kira kamu belum habis ulangkaji atau pun sudah, tenang dan senyumlah. Lagi satu, JANGAN BERBINCANG SEMASA MASUK KE DEWAN. Jika ada kawan yang bertanya, anda cuma perlu tenang dan beri jawapan yang seringkas mungkin dan ubah topik kepada yang lebih ringan dan tenang. Mungkin boleh beri kata semangat dan berdoa kepada Allah bersama-sama kerana doa berjemaah lebih afdal dari seorang diri. :) Bacalah ayat al-Quran sebagai penenang jiwa. MASUK DENGAN KAKI KANAN dan BERI SALAM SEPENUHNYA (Assalamualaikumwarramtullahiwabarakatuh). Jangan kuat-kuat hingga ganggu rakan lain, cukuplah sekadar kamu sendiri yang mendengarnya. DUDUK DENGAN TENANG dan JANGAN BERBUAL DENGAN RAKAN SEBELUM, cukup sekadar senyum. :) Yang penting bertenang dan berdoa. Letakkan alatan untuk menjawab soalan di atas meja.

Sebelum dan selepas menjawab soalan - Apabila sudah dapat kertas, UCAPKAN TERIMA KASIH dan SENYUM KEPADA PENJAGA PEPERIKSAAN. Bukan apa, mungkin pemeriksa tersebut juga akan mendoakan anda semua dan mungkin juga akan membantu sedikit. heheh... Jangan terus buka kertas soalan. Dengar arahan ketua penjaga dengan sepenuh perhatian. Bertenang dan buka dengan lafaz Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Baca soalan dengan penuh perhatian dan fahaminya dengan baik. Jangan gopoh dan terlalu yakin. YAKIN ITU MESTI TETAPI BUKAN TERLALU YAKIN. Buat semakan semula jika sudah menjawab dan sebelum hantar, buat semakan terakhir dan fokuskan semakan kepada soalan yang anda yakin betul agar, ia menjamin markah penuh kepada soalan tersebut. JANGAN TINGGAL SOALAN KOSONG walaupun anda tidak tahu! Wajib kepada murid cikgu yang belajar Maths. Jangan tinggal soalan kosong, isi sahaja jawapan yang kamu rasa ia berkait dengan apa yang diminta. Tutup soalan dengan tenang dan ucapkan ALHAMDULLILLAH sebagai bukti itu usaha anda dan anda bertawakal. :) Keluar dewan dengan tenang dan tidak perlu berbincang lagi tentang perkara yang telah lepas. Fokuskan kepada peperiksaan yang seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada penjaga peperiksaan dan guru yang anda jumpa. InsyaAllah, keberkatan akan beri anda kejayaan.



USAHA sudah, JAWAB pun sudah, jadi BERTAWAKALLAH. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda.
ALL THE BEST!! tidak perlu GOOD LUCK kerana anda berjaya bukan kerana 'LUCK' tetapi kerana USAHA ANDA!

Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Mama.. ('_<)

Mirwana - Permataku
Khas untuk mamaku dan ibu-ibu diseluruh dunia yang bakal sambut hari ibu pada 8Mac2011..




Mungkin ada yang sudah ataupun belum maklum bahawa hari Ahad kedua dalam bulan Mei adalah hari Ibu. Aku pun baru tahu sebab tiap-tiap hari adalah hari Ibu. Tiap-tiap akan menyayanginya. Senang cerita dia adalah perempuan yang paling aku sayang. Tiada lain selainnya. Dialah yang beri aku kehidupan. Teringat masa sekolah rendah dulu, mak akulah yang mula-mula mengajar aku mengenal tulisan al-Quran. Bukan setakat itu aja, habis semua yang berkaitan pelajaran dimulai dengan dia. Tanpa dia aku tiada. memang aku sangat sayang kat mama. Bila dah besar sikit mama ajarlah masak, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, jaga adik, dan lain-lain lagi. Masa tu, lepas darjah 6, mama kata, " Nanti bila abang dah masuk asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju sendiri....., lipat baju sendiri....., kemas baju sendiri....., gosok baju sendiri....., semua sendirilah. heheh.." Masa tu, mama terus bagi kursus kat aku, habis semua dia ajar. Memang hebat betul aku masa tu, sampai senior-senior asyik suruh aku gosokan baju diaorang aja. Tension siut..huhuh... Lepas SPM, sementara tunggu keputusan SPM keluar, mama ajar aku lebih kepada mengurus rumah dan memasak. haha.. Jadi housemaid aku masa lepas SPM hari tu. Masak memanglah reti tetapi bujang punya stail lah. hahah... Nanti bila mama dan ayah balik dari sekolah diaorang terus makan dan rehat sebab rumah dah kemas, baju dah basuh dan dijemur, nasi dan lauk dah masak. Memang hati aku puas juga. Mana taknya, kalo aku masak kureng skit, mesti diaorang kata okay punya. jaga hatilah kononnya, tetapi mama masih bagi nasihat lagi. hehehe...



Walaupun aku dah pelajari segala benda dengan mama, tetapi aku masih merasakan mama buat adalah terbaik. Kalau aku basuh baju dan jemur menggunakan mesin dan sabun yang sama, tetapi mama punya basuhan dan kain jemuran nampak kemas dan lembut saja. Aku punyalah susun macam mana pun mesti nampak macam orang malas. hahaha.. Kalau aku masak sedap manapun, bila mama yang masak sesimple manapun masakan itu, pasti aku tambah berkali-kali. Sebab itulah kalo aku balik rumah boleh bertambah berat badan yang sudah memang berat ni. hahaha.... Kalau aku gosok baju segosok manapun, mama yang gosok cepat lagi dari aku, tidak nampak kedutan lain. Bajunya akan lebih selesa dipakai berbanding aku gosok sendiri. Kalau aku menyapu rumah, pasti aku rasa macam ada habuk lagi, tetapi bila mama yang sapu, habis clear kawasan rumah. Bersih dan kemas. Aku SUKA!!!!!!

Tetapi dah besar-besar ni, tak sesuai dah nak suruh mama ja kan?? aku buat juga walaupun ia tak seBEST mama. Erm.. agak-agaknya ada ke calon isteri yang boleh jadi macam mama?? ehmmmm... Mungkin ada. Tetapi benda ini semua boleh dibentuk. Mama kan ada, bolehlah dia ajar bakal menantu dia nanti. hahah.. tetapi kalau tak tau banyak, teruk plak kena dengan mama nanti. heheh..takdelah, acah aja..:)

Ucapan buat MAMA sempena hari ibu ini. Mama, tiap-tiap hari, hari abang adalah hari mama. Selagi hayat abang ada dan selagi hayat mama ada, akan abang berikan terbaik untuk mama. Mama, terima kasih sebab mendidik abang selama ini. Terima kasih di atas susu mama yang menjadi makanan ruji utama yang pertama bagi diri ini. Terima kasih kerana memarahi abang semasa abang jatuh basikal masa kecil dulu, dalam marah-marah masih lagi mengubati luka abang. Mama, terima kasih kerana beri pendidikan yang banyak kepada abang. Mama adalah yang terbaik sekali bagi diri ini. Semuga mama akan sentiasa sihat, bahagia, bersabar, dan ceria selalu. Muga rezki mama akan terus murah dan sentiasa dalam Rahmat Ilahi.

"Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk mamaku ini. Ampunilah dosanya, ya Allah. Rahmatilah dan berkatilah dirinya agar dia dapat terus melaksanakan amanahMu ya Allah. Ya Allah, mungkin aku bukan terbaik untuknya, tetapi dia adalah yang terbaik untukku. Ya Rahim, Kau limpahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga kepadanya. Tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat memberi yang terbaik untuknya dan janganlah Kau menjadikan aku ada menyakiti hatinya. Bantulah hambuMu ini ya Allah."

Owhh yea.. Sebelum terlupa, kepada mak angkat di Kuala Lipis, terima kasih kerana sudi mengambil berat tentang Nazz, menjaga Nazz, dan segala-galanya. jasamu akan ku kenang selamanya. Nazz merasakn diri ini amat berharga. Terima Kasih.

Selamat Hari IBU semua ibu-ibu di dunia ini. ('_<)

Selamat Hari TUA.....

Ini ditujukan khas kepada my bro, Muhamad Afif sempena besdaynyer yang ke-18.. Inilah adik paling kecik aku ada. hahah.. I mean yang bongsu la yea.. Dia memang best, baik orangnya, cumanya dia bongsukan, so malasnya lebih sikit. Tetapi, apabila ada orang minta tolong mesti dia buat. Cume mungkin tengok mood dia. Dia nie memang minat giler dengan Chelsea. Tapi kami sama iaitu tak suka MU. hahaha...:P Hobi kami lebih kurang. Boleh kata antara kami adik beradik memang la mempunyai hobi yang sama. Suka membaca, especially komik, suka menonton, suka main game. macam lagilah. Alhamdullillah hari tu, SPM dia dia berjaya mengatasi aku dalam BI@Eng. Cemerlang tul BI nyer. Akunya BI time SPM dulu dapat C ja.. Itu pun dah cukup alhamdullilah. Bukan sebab tidak suka Eng, tapi mungkin ada silap di mana2. ;).. Sekarang ini, kami bersama meminati figure anime jepun and diecast. Pasni kami mungkin akan cuba hobi baru. Hehhe.. Ini sedikit pic dia.




So, 7 Mei adalah hari lahir dia ke dunia yang fana ini. Semakin hari dia sudah semakin tua, dan apabila dia semakin tua, aku sudah semakin dekat dengan mati..huhuh.. So, kepada my bro, selamat hari lahir ke 18. Muga umur kamu diberkati, dan rezki akan bertambah murah. nanti leh beli model diecast , figure dengan komik banyak2. huhuh..Semntara tinggal dengan ma and ayah ni, jaga dorang baik2, kalo berlaku pe2 cepat gtau abg. Dengar cakap ma ayah. jangan melawan. huhuh..Thanks jadi adik yang baik kepada kami bertiga. Muga jadi orang dewasa yang cemerlang. All the best, tak kisah ambil course apa pun nanti, tetapi kehidupan pasti ada dan perlu diteruskan. All the best. Ini ada lagu tuk kamu..huhu.. Dari tHe beAtles.. Figure lego menyanyi..:P Macam CN BLUE tue band dia... hahahah...:P