Rabu, 27 Julai 2011

Assalamualaikum...

Habis sudah kelas pada hari ini. Tidak mengajar, tetapi menjaga budak lepas peperiksaan. Nak pastikan diaorang senyap bukan senang, maklumlah budak-budak ini bukannya bawak buku macam pelajar sekolah menengah atau selebihnya. So, tengah-tengah aku usha internet pasal Ramadhan dan seangkatan dengannya, terbaca pasal e-Qurban. Mungkin ia boleh jadi kita punya zakat@derma harta dalam bulan Ramadhan ini. Mencari sebanyak mana pahala amalan kita kerana, hanya pada bulan Ramadhan nantilah segala amalan kita akan digandakan. InsyaAllah. Apa itu e-Qurban?

e-Qurban ialah satu laman yang dimana kita boleh menjadikan kita sebagai seorang muslim akan mudah untuk mencari jalan untuk melakukan ibadah qurban atau penyembelihan.

Serba sedikit makluman pasal e-Qurban ini...



Soalan 1 :

Apakah yang dimaksudkan dengan Korban?
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih
binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Soalan 2 :

Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?
Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.
Soalan 3 :

Apakah binatang yang disyariatkan untuk korban?
Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :
  1. Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  2. Kambing biasa -  berusiadua tahun dan ke atas.
  3. Unta – berusia limatahun dan ke atas.
  4. Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas.
Soalan 4 :

Berapakah bilangan minimum haiwan yang digalakkan untuk ibadah korban?
Bagi haiwan seperti lembu, kerbau atau untuk bilangan minimum untuk ibadah korban adalah 1 bahagian. Manakala kambing bilangan minimum adalah satu ekor.
Soalan 5 :

Saya telah melaksanakan ibadah korban sebelum ini, bolehkah saya
melaksanakannya lagi?
Boleh, ibadah korban boleh dilaksanakan seberapa banyak sekiranya berkemampuan.
Soalan 6 :

Bolehkah saya melaksanakan ibadah Korban untuk ibu dan ayah atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia?
Boleh, dengan memasukkan nama mereka sebagai yang melakukan ibadah korban tersebut.
Soalan 7 :

Jika saya menyertai program ibadah korban ini dengan pihak Al Ansar, apakah bukti yang menunjukkan ibadah korban tersebut telah dilaksanakan.
Pihak Al Ansar akan mengeluarkan sijil akujanji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.
Soalan 8 :

Apakah kelebihan menyertai ibadah korban dengan pihak Al Ansar?
Kami menternak sendiri lembu-lembu untuk Korban ini di ladang kami di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan aqiqah dan qurban sepanjag tahun.



 Oh yea.. lagi satu, jika nak cari rezeki, mungkin dengan menyertai rakan affiliate di bawah e-Qurban ini dan mendapat sedikit imbuhan jika berlakunya tempahan dibawah anda. Rezki dan berdakwah..


Tiada ulasan: