Khamis, 28 Julai 2011

Tahniah Malaysia... Aku masih lagi berbangga jadi rakyat Malaysia walaupun kalah dengan Singapore malam ni..






Selepas menyaksikan perlawanan yang berlangsung selama 90minit, Malaysia pada malam ini seri dengan Singapore 1-1 dan seterusnya kecundang ditangannya dengan agregate 6 berbalas 4. Emmm.. sebagai peminat bola sepak Malaysia yang tidak hebat bermain bola dan hanya menyokong sahaja, aku nampak permainan pemain kita ditahap yang tidak berapa bagus. Macam ada satu yang kurang. Nak kata penyokong Malaysia tidak beri sokongan, penuh dah satu stadium tadi. Macam tengok piala dunia. Banyak lepas bola, dan paling ketara pertahanan kita, masih lagi ada yang tidak kena. Malam ini, aku anggap Apex@Khairul Fahmi, boleh dikatakan "Man Of The Match" untuk Malaysia. Banyak bola yang dia usaha untuk tangkis dan berhasil. Memang terbaik. Sampai terniat dalam hati, biar Apex saja yang main sorang. hahaha.... Apa-apa pun aku akan terus sokong skuad negara. Entah kenapa aku nak tengok lebih lagi persembahan dari skuad bola sepak negara kita ini. Cuba jadi macam Nicole David, pegang kejuaraan dunia dan macam pegang piala antara kampung. hahaha... Malaysia, terus maju dan kami akan sentiasa menyokong anda. Jangan risau pasal penyokong kerana kami pasti menyokong anda. heheh...:)

Tiada ulasan: