Sabtu, 15 Januari 2011

Perginya seorang sahabat....

AL- FATIHAH


Almarhum Hafizan b. Bakiran

Pagi ini aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat semasa sekolah rendah di Sek. Keb. Parit No. 5, Parit Yusuf. Dia bernama HAFIZAN B. BAKIRAN. Hafizan adalah seorang rakan yang baik dan mudah mesra. Dari tingkahnya yang mudah menegur orang, banyak yang dapat dibualkan jika kami bersama-sama. Baru-baru ini setelah kami menghabiskan pengajian di sekolah menengah yang berbeza, kami berjumpa kembali dan beraya bersama. Saat itu seperti hendak mengumpulkan semua sahabat sekolah rendah dan bertemu bersama. Kepada yang mengenalinya atau tidak, mohon agar memaafkan dosanya dan menghalalkan apa yang telah dihutang oleh arwah. Moga arwah dapat berehat dengan tenang dan ruhnya dicucuri rahmat. Melalui khabar yang diterima, arwah pergi dengan terlibat di dalam satu kemalangan di Tangkak. Aku pun tidak dapat berita penuh dan aku akan usahakan dalam masa terdekat ini.

Kepada sahabat yang membaca artikel ini, saya mohon sedikit masa sahabat untuk membacakan Al-fatihah untuk arwah ini sebagai suadara Islam. InsyaAllah, berkat Al-fatihah kita ruhnya aman dan tenang di sana.

Terima kasih semua.. (^_<)

1 ulasan:

soutulmujahid.com berkata...

innalillahi wa inna ilaihir raji'un... semoga arwah dirahmati dan semoga semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT. amin...