Sabtu, 15 Januari 2011

Nilai KASIH harga SAYANG..

Rasullah s.a.w. mencium Hasan bin Ali dan di sisinya Al.Akra' bin Habis al-Tamimi,
Maka Al-Akra' berkata, " Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka".
Rasullah memandangnya kemudian berkata, " Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang."

Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi



Cuba kita fikirkan sejenak, mana kasih dan sayang yang telah kita letakkan? Sudak cukupkah kasih sayang kita pada mak ayah kita dapat membalas apa yang telah mereka buat selama ini sampai kita dewasa? Sekdar memperingatkan pada diri kerana sejak kita mula kenal dunia ini, semakin ramai di antara kita yang lupa kasih dan sayang pada ibu bapa. Nilai kasih dan harga sayang sudah jatuh. Ramai di antara kita yang meletakkannya di tempat yang salah dan ada juga yang tidak tahu bagaimana menggunakan nilai kasih dan sayang ini dengan sebetul-betulnya. Berkasih di antara bukan mahram sehingga terjebak kepada sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang hambaNya adalah sesuatu yang salah. Kita patut sentiasa beringat kepada siapa dan hala tuju kasih dan sayang ini patut diberi. Emak kepada anaknya, anak kepada mak dan ayahnya, wanita kepada suaminya, si suami kepada isteri dan keluarganya dan lain-lain lagi. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua.




Tip untuk berkasih sayang:
1. Berkasihlah kerana ALLAH kerana itulah kasih yang sejati dan abadi.
2. Kasihi dahulu kemudian di kasihi. Ramai diantara kita yang menagih kasih sahaja. Hanya tahu meminta dan tidak memberi. Bagaimana seorang suami hendak mengasihi si isteri jika si isteri tidak memberi kasih sayang yang sepatutnya dan begitulah sebaliknya.
3. Kasih itu menuntut pengorbanan. Betullah kasih menuntut pengorbanan, sebagai anak perlulah berkorban masa dan sebagainnya untuk mak ayah kita. Bayangkan masa dan segalanya yang telah mereka korbankan untuk mereka, jika dihitung, tidak terbalas kita.
4. Jangan pula kita mengharapkan balasan. Biar ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah, walaupun manusia tidak nampak ikhlas kita tetapi ALLAH pasti akan melihat dan membalasnya. Ingatlah janji ALLAH, "Walau sekecil zarah pun kesalahan yang kita buat pasti akan dapat balasannya, begitu juga dengan sekecil zarah pun kebaikan yang kita buat Allah pasti membalasnya. janji Allah itu pasti."

Sekadar renungan untuk diri sendri dan semua sahabat. Menjadi peringatan kita yang sentiasa lupa akan diri kta sebagai HambaNya.

Tiada ulasan: