Selasa, 12 Oktober 2010

Hari Sambutan Ulang Tahun Asy-Syakirin 2010 & Sem 8 dirai..

Malam tadi adalah malam kami ahli Asy-Syakirin menyambut ulangtahun kelahiran kelab ini dan penghargaan terhadap sem8. Malam tadi menunjukkan bahawan kelab ini telah bertambah ahlinya. Moga dengan pertambahan  ahli ini akan menjadikan Islam akan terus disegani dan dihormati. Majlis ini diadakan di MAEPS tempat makan kelas kami dan memang santai. Seronok bila bersama adik-adik kelab ini. Tetapi terasa sayu juga kerana bakal meninggalkan adik-adik ini. Sedihnya... Awal sangat itu kami berpisah. Ada juga adik junior yang mengadu yang surau pasti sunyi dengan ketiadaan kami. Pesan pada adik-adik, " Jangan risau, surau ini tidak akan sunyi jika kamu semua masih lagi sudi untuk turun ke surau. Tambahan pula, abang pasti ajk baru ini pasti akan menyediakan banyak aktiviti menarik untuk kamu semua. percayalah. Yang penting kalaun ajk buat aktiviti tu, pi la join sama. jangan tengok saja. :P"..

Selesai berjamuan kami bergambar. Ada juga adik-adik junior yang bergambar bersama. Memang diri ini dihargai. Moga persahabatan kita akan terus berkekalan. Dan abang bangga mengenali anda semua. Walaupun mungkin hanya sekejap saja kita kenal, tapi abang pasti anda semua akan mampu menaikkan nama Asy-Syakirin ke mata orang sekeliling. Ajak lagi ramai masuk kelab ini kerana kita umat Islam memang perlu bersatu untuk berjaya. All the best... Salam Sayang dari abang...('_<)

Tiada ulasan: