Sabtu, 2 Oktober 2010

Bang!! Siapa pilihan abang??



Ini adalah pertanyaan yang sering kali didengar sebelum aku berpindah ke alam pekerjaan. Hehe.. Sibuk benar adik-adik junior mahu mengetahuinya. Maklumlah senior yang tiada gosip di surau tu..haha...

Jawapanku mudah. Secara sinisnya, "Semua yang dikenali berkemungkinan akan menjadi jodoh, mungkin kita juga boleh ditakdirkan menjadi jodoh." Secara berseloroh pula," Abang kahwin dengan janda kot, tapi nak yang kayalah, nanti senanglah dia pergi, abang amik harta belanja kamu semua, hahaha..." Gurau sahaja, tiada kaitan dengan siapa pun. :) Tetapi secara jujurnya, "Abang sudah berusaha, soal hati tidak boleh dipaksa, mungkin itu lebih baik untuk dia dari memilih abang dan mungkin ada yang sedang menunggu abang. Bila? Itu abang tidak tahu. Usaha kena ada, tambah doa untuk petunjuk juga perlu ada. Abang tidak boleh memaksa seseorang menyukai abang. Nanti lepas kahwin tidak bahagia sampai bercerai buat apa? Takkanlah kita nak buat masjid untuk diruntuhkan? Tidak mengapa, ada jodoh nanti abang akan khabarkan. Jangan risau semua dijemput hadir ke majlis itu, InsyaAllah. Tapi bila majlisnya tue..kita tak tahu...hehehe.."


So, kepada adik-adik junior yang ambil berat sangat pasal abang senior ni, terima kasih banyak-banyak yea.. Kenangan bekerja dengan anda memang akan sentiasa tersemat di hati. Maaf jika jawapan kepada adik-adik tidak memuaskan. hehehehe... Aku hanya insan kerdil di bumi ini. Usaha + Doa = Adalah tu nanti habuannya.. Yakinlah...:) Abang akan sentiasa ada untuk kamu..('',)

5 ulasan:

~arisa_miyazaki~ berkata...

i like!! =)
yeah, ayahanda.. teruskan berusaha..
hehe..

Nazirul berkata...

hahaha... InsyaAllah.. Ada jodoh tidak kemana...heheh...

Tanpa Nama berkata...

lelaki yg baik utk pmpn yg baik..yakinlah dgn janji Allah pd hambaNYA...moga mendapat jodoh yg terbaik...amin Ya Rabb...:)

unique_smilez berkata...

lelaki yg baik utk pmpn yg baik..yakinlah dgn janji Allah pd hambaNYA...moga mendapat jodoh yg terbaik...amin Ya Rabb...:)
usaha + doa = tawakal...
moga mndpt yg terbaik....:)

Nazirul berkata...

thnks yea rakan-rakan..
sayang kamu semua..")