Sabtu, 1 Oktober 2011

Pemantauan mengejut dari GB...

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? lama dah tak menulis di sini. huhuh.. makin nak habis sekolah, makin sibuk diri ini. Kursuslah, taklimatlah, fail itulah, fail inilah. Mahu tak mabuk buat semuanya. Namun ku gagahi jua.

Bukan itu yang aku nak cerita, aku nak cerita pasal tiba-tiba kena pemantau mengejut oleh GB. Masa tu aku masuk kelas ganti. Biasalah hari Jumaat aku free, takde kelas, so, kelas ganti memanglah banyak menanti. huhuh... Tengah aku menguruskan kelas ganti, GB lalu di sebelah kelas dan tiba2 dia masuk lalu pintu belakang, lalu berkata, "Bila saya mahu memantau awak ye? Itulah awak, tak cari saya?". Dalam hati aku, "Aik! aku ke yang kena cari? Ini siapa nak pantau siapa ni?". Belum habis setakat itu, "Ok, nazirul, saya beri awak masa 2 minit untuk cari kelas yang awak ajar, awak ajar. Awak pakailah apa yang ada, yang saya tahu, awak ada ABM". Wahh, hebat GB aku, 2 minit itulah aku pi kelas aku, cari sapa guru pada waktu tersebut, minta kebenaran tukar, nak sedia bahan lagi. Perghh, berpeluh aku. Nasib baik, aku memang sentiasa tersedia dengan ABM yang serba guna. huhuh.. Pakai aja lah..:P

Time masuk kelas, ajar macam biasa, gunakan 2 laras bahasa, bahasa inggeris dan terang makna dalam bahasa melayu. Selang beberapa minit mengajar, GB mencelah, "Awak semua, kalo cikgu nazirul ajar guna bahasa inggeris sahaja awak faham tak?". Dia tanya tu aku tak terkejut sangat, yang aku terkejut, anak murid dalam kelas aku tu yang kurang faham bahasa inggeris menjawab, "Fahammmmm, cikgu". Wahh..  hebat anak murid aku. takpe, aku ajar 100% bahasa inggeris. Ntah diaorang faham ke dak. aku pun tak tau lah. Masa buat aktiviti kumpulan, tengah2 bagi tugasan, murid2 aku berbisik, "Cikgu! Apa yang cikgu terangkan tadi? Tak faham saya.". haa kau.. tue lah.. Sapa suruh jawab faham, cakaplah tak faham, nanti GB suh terangkan dalam bahasa melayu ja. Ishh2.. Dalam hati tergelak aku dengan budak2 ni, tapi kesian pun ada gak. Diaorg kurang faham pada hari ini..takpe, nanti cikgu cover balik yea..:)

Seperti biasa, GB aku ini akan beri sedikit talk or motivational statement kat murid2 kelas aku ini. Aku taknak lah cerita pasal apa yang dimotivasikan sebab panjang. Tetapi apa yang pasti, dia ada beritahu kat murid2, yang aku akan jadi guru yang mengajar matematik tahun 6. Terdengar aku dari suara murid2 aku, "Yes! Yeahh! Sonok2! Dapat cikgu nazz lagi".. Dalam hati aku, tenang ja bila dorang bercakap macam tu.. Sejuk ja..huhuh... malu...:)

Bagi aku, perubahan murid aku kepada yang lebih baik walaupun sedikit menyebabkan aku rasa sangat gembira. Banyak perubahan yang aku dapat lihat pada anak murid ku ini, ada yang tidak pernah lulus, Alhamdullillah sudah lulus. Ada yang sudah mula menunjukkan minat terhadap matematik. Memang itu yang sangat seronok.

Kepada anak murid cikgu, semoga awak semua sentiasa berjaya dan menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tapi dari segi rohani dan peribadi. Berubahlah kepada yang lebih baik. Sering kali cikgu ucapkan pada kamu, "Cikgu percaya pada kamu." :)

3 ulasan:

موسليماتوصليها berkata...

step into d past.. best nyer maths standard 6

Nazirul Zol berkata...

huhuh... mmg best..tapi sibuk skit kot jd cikgu yr 6 nie..
GB asyik nak rating sek naik ja.. bukan sng nak ajar budak smpi dorg dapat, sebab dorang sudah dalam level kena blajar sendri dan kena sedar sendri..:) kita cuma bantu..lainlah year 1 or 2..:)

موسليماتوصليها berkata...

D first thing first is pendekatan Cikgu. Once dia dah suka Cikgu tuh, Cikgu cakap apa pun mesti ikut, n can b seen they're trying to b like us... Inspired n jadikan kita role model kot, almaklumlah diorang belum expose to d globe ^_^