Sabtu, 15 Oktober 2011

Kelebihan Guru Dalam Bajet 2012

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang.

“Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru kini. Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura,”.

Pengumuman bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.
 
Apa komen anda sebagai guru ataupun bukan guru?? 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As Salam,

bila guru dapat kelebihan..pelajar pun apa kurangnya... =)

Nazirul Zol berkata...

wasalam..

guru memang dapat kelebihan, tetapi ditarik banyak.. cth, guru dah takde kuasa tuk merotan. Jika murid buat salah, kita cuma boleh tegur ja.. Agaknya budak zaman skrg yang cepat matang, macam ne dorg pk?? mst dorg wat tak kisah ja.. bukan kena apa2, tegur ja.. nanti salahkan sekolah, disiplin murid kurang.huhu