Sabtu, 10 September 2011

"Cikgu saya ini Sengal dan Lembap"

Salam..





Terkejut dengan tajuknya? Inilah yang terjadi pada kami yang berada dibawah pentadbiran guru besar yang sebegitu. Mulanya aku cuma dengar orang bercerita. Namun, semalam, sebelum pulang ke rumah, menjalankan rutin seperti biasa pada hari Jumaat, iaitu menghantar buku rancangan mengajar, masuk ke dalam pejabat, terlihat kelibat guru besar dan seorang guru. Topik perbualan mereka kelihatan begitu serius dan terdengar topik perbualan mereka tentang permohonan untuk bertukar tempat bekerja. Guru tersebut minta untuk mohon tukar di atas sebab-sebab tertentu namun, ditolak oleh guru besar atas dasar guru tersebut boleh beri kerjasama dan boleh pakai. Tengah-tengah aku nak keluar dari pejabat tersebut, aku terdengar lagi perbualan yang rasanya bukan lagi rahsia. " Awak janganlah pindah dahulu, duduk sini sampai tahun depan, saya boleh harapkan awak, CIKGU-CIKGU LAIN LEMBAP!". Mak aii! Aku tersentak juga bila buka pintu pejabat untuk keluar dari situ namun aku terus keluar sambil dalam hati masih lagi berbual, "Ai, selama guru-guru ini jayakan program sekolah dan naikkan nama sekolah, adakah usaha diri dia sendiri? Orang lain susah-susah buat kerja dia, dia dapat nama, tak cukup lagi? wahh, hebat GB aku ini". Kecewa jugalah aku dengar.

Mulanya aku cuma dengar cerita dari guru lain, yang pada awal pagi semalam, atas sebab orang lain, guru dia pula yang dipanggil sengal di hadapan seorang guru dan GPK 1. Begitu kecil dan sampahnya kami sebagai seorang guru yang bekerja di bawah dia. Itu belum cerita yang dia sebagai ketua bukan nak membantu kami malah memihak kepada pihak luar sedangkan kami ini bekerja di bawah satu bumbung dia. Ya Allah, masih lagi dia begitu. Ramai juga rakan sekerja aku yang lauh perasaan pagi semalam. Rupanya banyak juga kisah silam yang tidak baik dengan GB ini. Bayangkan seorang guru yang cemerlang di awal kemasukkannya, menjadi guru yang bermasalah? Pasti ada sesuatu yang tidak kena betul tak? Kurang sokongan dari ketua dan apa benda sahaja yang dibuat pasti akan di tahan. Sejak akhir-akhir ini, suka betul mencari salah guru. Ada sahaja yang salah pada seorang guru dan yang betul semuanya dia. Jika satu masalah itu timbul, dan guru memberi jalan penyelesaian, namun cadangan itu tidak diterima. Lepas itu bila dia dah nampak masalah itu, guru juga yang salah. Rasanya kat sekolah aku, ramai guru yang sudah mengalami 'BURNOUT'. BURNOUT itu apa? secara ringkasnya, seorang itu sudah cuba sedaya upaya namun mengalami stress kerana penat ataupun tiada sedikit pun penghargaann untuk dirinya, yang semakin dicari adalah salahnya. Di sinilah fungsi psikologi pendidikan dan psikologi rakan sekerja kena dibuat, namun gb ku ini langsung tiada kemahiran ini. Tidak layak menjadi gb bagi aku.

Setelah aku mendengar dari rakan-rakan lain, aku dapat simpulkan yang gb aku ini buat kerja bukan nak naikkan nama sekolah. Namun, dia nak menaikkan nama dia sendiri. Kata-kata dia yang kononnya akan menyokong kerja guru dia, akan memastikan nama sekolah naik, dan lain-lain adalah dusta. Maaf katalah, di dalam Islam, kita sebagai umat Islam kena menutup pekung saudaranya sendiri(menutup kelemahan saudara seIslamnya) namun, Gb aku ini habis semua pekung guru dibuka. Habis semua guru lembap, Habis semua guru sengal. Habis semua guru malas. Dihadapan ibu bapa, guru adalah satu tempat untuk menutup kelemahan pengurusannya. Dihadapan ibu bapa dan orang luar, dia adalah orang yang paling lengkap dan terbaik. 

Aku harap lepas ini, biarlah semua ketua pentadbiran dapat memberi yang terbaik untuk pekerja di bawah organisasinya. Janganlah perkecilkan rakan sekerja kita. memang manusia tidak pernah terlepas dari buat kesilapan, namun siapa kita untuk meletakkan yang dia itulah yang banyak buat masalah dan kita sahajalah yang betul. Aku dapat berita, ramai guru yang sudah sah jawatan, mohon untuk berpindah. Terkejut juga aku. Boleh kata lebih dari separuh guru isi borang online untuk pindah. Kalaulah dia seorang yang berperasaan, mesti dia terfikir, kenapalah guru dia ramai yang nak mohon pindah, betuk tak?  Ntahlah.. akup pun tak tahulah. Aku yang tidak sampai setahun berada kat situ dah rasa macam dah burnout dah. Macam nak pindah ja rasanya. Haii :(..... semoga semuanya bertambah baiklah. InsyaAllah...

2 ulasan:

Muhammad Burn berkata...

wah, luahan perasaan. print kc dia baca. haha... harap bersabar... :)

Nazirul berkata...

sebagai guru baru.. mmg kena bersabar.. huhuh