Ahad, 20 Februari 2011

Lamanya tak mengarut kat sini....

Assalamualaikum


Apa khabar sahabat semua? Moga semua baik-baik belaka yea.. Lama tul tak mengarut kat sini. Nak dekat 3 minggu rasanya. Mungkin sebab dah bergelar sebagai guru sepenuh masa. hehe.. ditambah pula sebagai guru baru. Lagilah sibuk. Walaupun buat masa ini tak dapat jadual lagi setelah jadual yang sebelum ini telah ditukar kepada guru baru yang lagi satu. hehehe...

Sekolah?? alhamdullillah, baik semuanya setakat ini. Mungkin bukan semua tapi bolehlah dikira sebagai semua. Minggu pertama telah menyebabkan aku sedikit kecil hati kerana panggilan dan harapan menggunung oleh ketua sekolah ini. Hari Rabu sepatutnya guru berpakaian ko-ko, tetapi aku tidak merancang untuk membawa baju tersebut semasa mula-mula ketempat baru ini. mana mungkin aku yang masih baru baru nak membawa semua baju yang aku ada dirumah ke sini. nak letak mana nanti?? Alasan itu tidak diterima malah ia mengatakan "Awak guru maktab, sepatutnya tahu semuanya". Ya Allah sungguh aku berkecil hati kerana aku datang sebagai pendatang baru, banyak lagi yang perlu aku pelajari dan masih perlu bimbingan. Bukan berhenti setakat di situ, sebagai ketua bukankah kita perlu tahu nama ahlinya, sekurang-kurangnya yang berkhidmat dibawahnya. Dengan mudah dia memanggil, "Hey, GURU MAKTAB". Wahh.. nampaknya aku sorang saja yang dilahirkan dari maktab. yang lain, semua dari universiti tempatan dan luar yang lebih gah kononya dari maktab. Untuk pengetahuan anda, maktab telah ditukar nama kepada INSITUT PENDIDIKAN GURU. tolong ambil ini serius. hehehe... Mungkin nama aku susah diingat kot. Walaupun cuma 2 orang sahaja guru baru yang masuk yang namanya nazirul dan fadhli, tapi mungkin nama kami susah nak diingat. Ntahlah. Tetapi aku suka dengan suasana sekolahnya yang relax dan tidak banyak tekanan. Ditambah pula, guru-guru baik dan mesra. Mungkin ada yang mengambil masa, tetapi takpa kerana mungkin lama aku di sana. Aku akan cuba beri terbaik tuk sekolah aku ini. Bak kata VIRUS dalam 3Idiots, "Hidup adalah perlawanan, yang kalah pasti mati". Ahhh!! watpa aku pakai idea bengong dia. Kan lebih mudah kalau kita ambil ia sebagai hobi dan minat kita, pasti kita akan buat kerja dengan gembira. Bak kata Punsukh Wangdu dalam 3Idiots juga, "Jadilah yang cemerlang, pasti kejayaan mengikut kamu". Cemerlang pada diri sendiri lebih puas dari menjadi cemerlang untuk orang lain. hehehe... kan aku dah mengarut.. :P

Kerja?? setakat ini tidaklah sibuk mana disebabkan kami masuk lambat, tidak banyak rombakan yang dibuat. Sekadar menjadi ahli biasa yang membantu. Tidak tahulah lepas ini, mungkin sibuk tahap sibuk. hahah...:P Pembawakan dari pengalaman praktikum, terasa nak saja membuat persediaan guru macam praktikum. Tapi kalau kelas banyak. Mak aii, tak tau lah nak panggil sibuk tahap pe lagi..

Rumah?? Setakat ini masih menumpang dirumah makcik yang mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit perjalanan disebabkan jauh dan kesesakan lalulintas. Maklumlah orang malaysia yang kerja kat singapore ramai sangat. Gaji mahal kat singapore sana tu. huhuh... Mungkin nasihat kepada pengguna jalan raya yang baru di JB ini, bawaklah dengan ALERT sentiasa, kerana pemandu gila ramai kat sini. kadang-kadang kereta yang elak motor. Macam mana tu?? huhuhu... kami sedang mengusahakan 1 rumah sewa yang dekat dengan sekolah Hafez. Dah tengok rumahnya. Ok dan selesa. Safety pun ok. Plus, rupanya yang ajak kami sewa bersama ialah senior masa kat IPT, Anep kot tak silap. huhuhu.. Jauh sikit dari masjid, so nak kena beli motor cepat. Save minyak nanti nak pi masjid. huhuh.. leh la gi selalu.. Rumah teres 3 bilik.

Murid?? macam biasalah, budak-budak. memanglah nakal sikit. masa diorang tengah nak mengenal dunia yang dibentuk oelh seorang guru. Aku rasa mana-mana sekolah pun, kalau dah namanya budak, jangan dirisau lah. Layan saja. Tetapi perlu diingat kepada guru baru, mungkin kita kena guna pendekatan baru. Marah-marah atau pukul-pukul ini dah tidak boleh di pakai sangat. Budak boleh jadi bertambah liar dan ganas. Mungkin kita sekarang kena trima dia sebagai anak dan kawan. InsyaAllah semua pasti baik. :P mungkin kita kena pi memancing kadang-kadang untuk melatih kesabaran kita. heheh...

Apa lagi?? haaa... pasal konvo. banyak duit tu nak dipakai. Gaji pula tak masuk lagi ini. Macam mana ni? ada orang nak sumbang duit tak? hehehe.. Konvo buat kat PICC. 15 sampai 17 Mac. Jom lah join. Yang tak bestnya, kami terima anugerah mengikut pengajian bukan institut. huaaa.. sedih2...:p

Ermmm.. nantilah kita sambung lain. huhuh.. banyak nak crta tapi lupa. Apa-apa nak tahu lagi. Leh la tanya. Nanti aku jawab. hehe... K lah. Moga semuanya bertambah baik. dan jaga diri yea kawan-kawan...

Wasalam...

Tiada ulasan: