Jumaat, 25 Februari 2011

Kejutan demi kejutan??!!!!

Assalamualaikum...

Dah dekat sebulan aku di sekolah baru ini. Semakin hari, kehadiran aku diterima oleh warga sekolah. Alhamdullillah, semua berjalan lancar. Cumanya mungkin akan bertambah sibuk selepas ini. Minggu ini saja sudah macam-macam kejutan yang aku terima. Pertama kena jadi pengerusi majlis untuk hari persaraan seorang guru. Dengarnya majlis itu didatangi oleh pihak ppd johor bharu. Wahhh.. Cuaknya.. Tetapi ditambah pula cuaknya dengan menyuruh aku menjadi pengerusi majlis pada hari ini sempena majlis perpindahan guru naik pangkat. haha.. Macam cacing kepanasan aku dibuatnya. Mencari-cari nota untuk study pengacaraan. bayangkanlah dari kecil sampai dah kerja, langsung tidak pernah menjadi pengacara. hahaha...

Alhamdullilah, semua selesai dengan baik. Dan bolehlah cover skit ketaq ni.. huhuhu... 8Mac ni pula tuk majlis persaraan guru HEM sekolah tu. Moga aku dapat lebih bersedia. Tadi kejutan hadir lagi. Kali dari GPK 1, menawarkan aku menjadi guru disiplin. hahaha.. Dia suruh aku fikirkan dulu. Tawaran yang betul0betul mengejutkan orang. Tapi takpe, aku akan fikirkan dan sentiasa memilih yang terbaik untuk semua. harap-harap ia akan terus menjadi baik. hehehe... 

Balik dari sekolah pi solat jumaat dekat masjid dekat-dekat sekolah. Sebabnya mahu pergi ke suruhanjaya sumpah. Nak diselesaikan secepat mungkin, agar gaji masuk bulan 3 nie.. yeahhhhh... huhuh... Perginya diteman dan dibelanja.. hahah.. kenyang tul hari ni.. susah dapat tue orang belanja.. KFC lagi.. hehe.. InsyaAllah, dapat gaji, belnja dia pula. hehe..

Esok nak balik rumah sebab sekolah takde aktiviti koko. huhuh.. Jom sapa nak join. nak rehat0rehat kat rumah bersama famili.. huhuh.. nak organize balik diri ni.. huhuh.. k lah.. Nanti kita sambung lain... Wasalam...

Tiada ulasan: