Jumaat, 26 November 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST





Tajuk : Andaiku Tahu
Artis : Ungu

Sebab memilih lagu ini:

Tidak tahu apa yang menarik tentang lagu ini. Ini adalah lagu pertama yang berkaitan ketuhanan dari bukan artis nasyid. Sedap untuk didengari. Cuba anda dengar dan fikirkan sedalam-dalamnya dari lagu ini. Dia ajak kita berfikir semula tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. "Andaiku tahu, akan tiba ajalku", cuba kita fikir, jika kita tahu bila tiba ajal kita sudah pasti kita akan sentiasa berdoa untuk tidak ke neraka dan masukkan kita ke syurga. Betul tak? Ini adalah lumrah kita sebagai hambaNya. Memang sengaja Allah buat begitu kerana itu adalah hakNya. Sebagai hambaNya kita kena sentiasa bersedia dengan ajal yang bakal tiba. Sama ada kita tahu ataupun tidak, kita kena sentiasa bersedia. Walaupun kita dapat petunjuk, tetapi persediaan itu mesti ada. Sama juga pabila kita dapat berita mengenai cuaca, sama ada ia hujan atau tidak kita mestilah sentiasa bersedia.

Dengarlah lagu ini sedalam-dalamnya. dan hayatilah. Bersama kita berubah untuk menjadi lebih baik dan terus berusaha untuk menjadi umat yang baik. InsyaAllah. Sekadar berkongsi. Terima kasih semua.

4 ulasan:

ciksiti berkata...

woah masuk contest ni gak..
gudluck!

Nazirul Zol berkata...

tgk dari kamunya blog la..huhuh.. masuk ja..
takde keje nak dibuat..:P

Unknown berkata...

tenkiu join contest, gudluck :)

khairolghani berkata...

terima kasih sebab join contest..good luck..:)