Rabu, 6 Oktober 2010

Today.... ClassLess....

Assalamualaikum...
 
Hari ini adalah hari yang boleh dikatakan agak sibuk. Walaupun ada kelas, tetapi duduk di kelas cuma 15 minit sahaja. 

7.45 pagi : Pergi ke kelas seperti biasa, mengambil kunci kelas A4. Tetapi hari ini, Wan yang bawa kunci tu ke kelas. Lepas tu pergi ke pejabat untuk melihat borang pinjaman dewan kuliah untuk hari Ilmu Pendidikan pada 14 dan 15 Oktober ini. Untuk memastikan LCD disenaraikan di dalam senarai pinjaman. LCD tiada dalam pinjaman, masukkan pula LCD dalm senarai. Lepas tu pinjam pula kipas dan wayar extension. Lepas pinjam pergi jumpa En.Balan di perpustakaan. Sekadar untuk memastikan yang dia mengetahui apa yang perkhidmatan dia diperlukan pada hari Ilmu Pendidikan tersebut. Alhamdullillah, ternampak borang yang tertampal pada papan peringatannya. Dan dia memberitahu apa yang diperlukan. Lepas itu jumpa pula En.Abraham. Sekadar hendak memberi maklum balas yang kami, Ajk, sudah melakukan tindakan. Hanya tunggu masa dan ketika. ;P.

8.30 pagi : Barulah dapat masuk ke kelas. Duduk dalam 15 minit, bercerita tentang perkembangan dengan Pengerusi hari Ilmu Pendidikan. Kami keluar pula untuk bermesyuarat bersama pensyarah Ilmu Pendidikan. Macam-macam dibualkan dalam mesyuarat tersebut di bawa sampai ke pukul 12.30 tgh hari. Nasib baik ada air-cond, mau pengsan dalam tu lama-lama. Pensyarah lagilah, dari jam 8.30 pagi sampai pukul 1 petang. ('_<)..

12.30 petang : Rehat dan makan tengahari.

1.30 petang : Ke perpustakaan, membuat banner untuk hari ilmu pendidikan. Banner untuk kelas. Alhamdullillah. Siap juga banner tersebut. kira-kira jam 3.30 petang barulah pulang ke bilik.




Malam ini, akan buat tugasan subjek terakhir. Buat masa ini, ada minat dan kekuatan untuk buat. Lepas solat Isyak, akan bertungkus lumus kerana Application mathematics antara subjek yang menarik untuk dikaji. hehehe... Doakan moga terus diberi kekuatan dan kesihatan. Minggu depan adalah hari yang paling sibuk sepanjang pengajian. Maaf kepada rakan-rakan Maths 2, esok aku akan minta tangguh perjalanan kita atau anda akan pergi tanpa aku dan beberapa lagi rakan kelas yang bakal sibuk. maaf....Terima Kasih Ya Allah dengan kesihatan yang telah diberi. Aku bersyukur pada-Mu. Kami mohon kejayaan program kami kepada-Mu Allah... ('_')

Tiada ulasan: