Isnin, 10 Ogos 2009

Praktikum.. Oooo... Praktikum..

Praktikum ... Ooo.. praktikumm... akhirnya dah hampir 7 minggu aku berpraktikum. Pagi tadi selesai penilaian bersama pensyarah dan guru pembimbing (bukan pembimbing sebenar) untuk subjek minor (english). Bukan senang hendak mengajar bahasa inggeris dengan diri sendiri ini lemah dalam subjek tersebut. Apa pun kena usaha yang terbaik dan alahamdullillah semuanya berjalan lancar. Yang kurnag senangnya, kami telah dianggap sebagai guru yang tak mesra oleh guru pembimbing(bukan pembimbing sebenar). jika nak diikutkan kami selalu ja sapa dia bila terserempak, tapi dia yang buat muka 'toya' ja. tiba-tiba hari ini, kita pula yang di'mark' sebagai guru kurang mesra. masa itu, terfikir juga apa tak cukup mesra ke kami sampai guru-guru jemput pi kenduri dan ajak pi makan bersama. rasanya dah cukup mesra. emm.. ntah la.. kecewa juga mula nya, tapi.. bersabar jela.. nasib baik tinggal 2 minggu ja, kalo tak, lagi tension kat situ. pe2 pun, aku doakan semua berjaya untuk praktikum yea. lagi satu, jaga kebersihan diri anda. maklum la H1N1 sekarang dah menular sangat. secara purata penduduk Malaysia ini mati seorang dalam sehari.

H1N1 ini mengikut ilmuan Islam, ia diturunkan sebagai bala kepada umat dunia ini. jika dibuat perbandingan hendak dibuat perbandingan dengan penyakit lain, H1N1 ini lah yang paling berbahaya setakat ini. Bayangkan satu hari, seorang mati kerana penyakit ini, jika tidak dibendung akan sampailah giliran kita pula, insyaALLAH..heheh..

Suka untuk diingatkan dan mengingatkan bahawa, setiap yang berlaku, kembalinya hanya pada Allah. Oleh itu sahabat sekalian, berdoalah, minta padaNya perlindungan terbaik kerana hanya padanya sajalah kita memohon perlindungan.

Emmm... apa-apa pun selamat berpraktikum kepada sem 6 PISMP. kepada yang baru sahaja berpraktikum, selamt berpraktikum juga. kepada junior, selamat ber'SBE'. ambil pengalaman sepenuhnya. berseronoklah, nanti kat praktikum tak sempat berseronok...
heheheh... All the best, InsyaALLAH.. AMINNN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tiada ulasan: