oleh kerana kami ni guru... bila ada sedikit ganjaran, semua pakat marah semua mengungkit pelbagai alasan waktu kerja jadi bandingan paling hangat sebab cuti cikgu panjang ada yang mencemuh sebab murid tak pandai pandai pun ada yang mencebek sebab murid panjat pagar tanpa gerun cikgu berniaga antara yang hebat terima kutukan sampai ke PPD, cikgu yang pergi kursus pun dapat aduan kereta cikgu lawa, besar pun kena bahan guru malas, guru tak guna, guru tak bersopan... haihhhh..... banyak lagi yang mereka bidaskan oleh kerana kami ni guru... kalau boleh, jangan ada kenaikan kalau boleh, tak payah cuti, kerja berpanjangan kalau boleh,,segala perangai murid, cikgu disalahkan kalau boleh, segala aktiviti di sekolah tak perlu bayaran kalau boleh, semua hal ehwal murid kena selesaikan kalau boleh, apa sahaja masalah kesihatan murid uruskan kalau boleh, jangan ada seorang pun murid kena jangkitan kalau boleh, .....uruslah semua, asal murid pandai, sekolah bagus, sukan menang, ibu bapa tiada aduan dan senyum memanjang....
oleh kerana kami ni guru.. kami dengar segala rungutan kami baca tulisan kutukan kalian kami telan semua kepahitan kami melihat semua gelagat kelakuan kami menggelengkan kepala dengan kesalan
oleh kerana kami ni guru.. kami kenal yang merungut tu dulu luka di kaki cikgu yang balutkan yang menulis kutukan tu dulu pensil pun pernah cikgu hadiahkan yang panas bersuara lantang kami pernah didik jadi pemidato handalan dan kamu ..kamu ..kamu kamu dan semua kamu pun sama,..bertanding sukan cikgulah yang bertempik beri sokongan kalau peperiksaan kamilah yang mengamin doa kejayaan kalian kalau sakit, kamilah yang hantar ke klinik untuk rawatan
oleh kerana kami ni guru.. ilmu yang dicurah telah pun kami halalkan tidak pula kami tuntut kembali segala yang kami berikan sekadar... kami akan lebih tenang sekiranya anak murid pandai beri penghargaan peka dan tahu mengenang jasa orang yang telah menjadikan kamu "orang" sebagai tanda ilmu diberi .. telah terkesan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan