Isnin, 26 April 2010

Muridku bernama Farid


Jumaat, April 23 - Pada hari ini, pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan seperti biasa. Topik bahagi menjadikan murid berasa sukar untuk belajar. Murid susah untuk memahami cara menulis bahagi di dalam bentuk lazim. Aku telah cuba sedaya upaya untuk mengajar topik ini dan pulang ke rumah dengan fikiran sentiasa bergerak untuk memikirkan apa yang boleh dibuat untuk memudahkan kefahaman murid di dalam topik bahagi ini. 

Sebelum ke masjid untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, aku merehatkan diri dan menenangkan fikiran. Setelah merebahkan diri untuk seketika, aku bangkit dan membersihkan diri dengan niat sunat Jumaat dan bersiap untuk ke surau.

Seperti biasa, guru baru memang menjadi tumpuan oleh murid-murid sekolah. Aku masuk ke masjid dan melakukan solat sunat seperti kebiasaanku. Setelah selesai, aku duduk berzikir dan tiba-tiba aku disapa. 

" Cikgu! Cikgu!"

Rupanya muridku Farid. Murid yang terkenal dengan seorang yang kelakar dikalangan murid perempuan, aktif dan sentiasa memberikan yang terbaik di dalam aktiviti kelas. Rupa Farid juga ada dan boleh dikategorikan sebagai murid hensem. Seorang yang mempunyai kelemahan di dalam penglihatan di mana dia menghadapi masalah rabun jauh. Untuk elakkan masalah ini terus berlaku, aku memberikan cermin mata terpakai kepadanya untuk digunakan olehnya ketika belajar.

" Cikgu! Saya tidak fahamlah bahagi 3 nombor tadi."

" Kenapa Farid? Saya rasa kamu faham sahaja tadi." ujarku untuk membalas.

" Tidak fahamlah cikgu...."

" Apa yang kamu tidak faham?" balasku lagi.

" Yang bahagi 3 itulah cikgu..."

Aku menerangkan seberapa boleh dengan menguji dia kembali tentang bahagi 2 nombor. Aku mengatakan bahawa bahagi 3 nombor sama sahaja dengan 2 nombor, yang bezanya adalah ditambah lagi satu nilai tempat. Dia mengangguk faham dan kelihatan mukanya faham apa yang disampaikan. Aku berfikir, perbualan kami terhenti di situ sahaja.

Selang beberapa minit, Farid menulis menggunakan jari dikarpet masjid. Aku jangkakan yang dia membuat aktiviti yang biasa dibuat oleh kanak-kanak apabila kebosanan di masjid atau pun tempat-tempat yang berkarpet. Jangkaanku meleset. Rupanya, dia menulis soalan dan membuat jalan kerja untuk operasi bahagi. Masa itu, hatiku bermonolog sendiri dengan perasaan terharu. " Begitu semangat budak ini hendak memahami bahagi." Aku tersenyum simpul yang aku sendiri tidak tahu macam mana senyum simpul. 

" Cikgu! Betul tak? "

Aku mengangguk sahaja. "Yes! Dah faham." Dia membalas. Aku cuma mengukirkan senyuman dengan harapan dapat mendorong lagi dia untuk menguasai topik bahagi. 

" Cikgu! Cuba cikgu bagi soalan."

Aku tersentak dan menulis di atas karpet soalannya dan dia melakukan operasi bahagi tersebut. Aku membiarkan sahaja dan sesekali ada juga aku membetulkan pengiraan yang salah. Lebih kurang 3 soalan dia telah berjaya selesaikannya ketika khutbah Jumaat berlangsung. 

Perilaku Farid, menyebabkan aku bertambah semangat untuk menjadi seorang pendidik. Semangat dia untuk belajar sentiasa ada tidak kira di mana. Aku juga tidak boleh patah semangat jika ujian yang tiba mungkin sukar bagiku. Aku harap, semua guru dapat memberi yang terbaik untuk anak-anak kita. Moga apa yang kita sampaikan diberkati. 

P/s: Di bawah ni, aku sertakan gambar Farid.




4 ulasan:

Mohd Hanafiah berkata...

Good job bro. born to be a teacher.hehe..

mimbarsyahadah berkata...

bagus3...2 la tugas sebanr guru...bukan hanya dalam kelas je kita mendidik...luar kelas pun sama...teruskan usaha...moga jd guru yg cemerlang, gemilang & terbilang...

Nazirul berkata...

insyaAllah.. akan cuba yang terbaik dan terus terbaik...heheh.. sokong la kami sebagai pendidik..kami akan beri yang terbaik...

Hapi berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....